Wednesday, January 27, 2010

Oh roti melon


Setelah 7bulan tak makan meron pan(=roti melon), semalam terlepaslah rindu dendam. Taktau lah awat yang suka sangat roti ni, masa pregnant-kan Raziqh hari tu memang kerap sungguh buat meron pan.

Tengahari semalam lepas Raziqh bangun tidur baru menggodek roti ni. Nak kata susah sangat nak buat tu taklah, cuma take time sikit berbanding buat roti biasa, sebabnya nak kena sediakan cookies(lapisan atas roti), tu ja kot. Lepas dah sukat dan campak bahan2 roti ke dalam breadmaker(bm), set-kan bm untuk buat doh dan biar bm tu buat kerja menguli dan mengembangkan doh roti. Sementara tunggu roti siap, sediakan cookies-nya pulak. Macam biasa I buat cookies tu 2jenis - yang kosong dan yang ada choc chips.

Inilah rupa cookies yang dah siap di-mixer, dibahagi 2, di-wrapping dan disimpan dalam peti ais at least 15minit sebelum dicanai dan diletak atas roti.

Kalau tengok rupa roti yang dah siap bakar kat atas tu, sebenarnya lain sikit berbanding roti melon yang ada dijual kat kedai, kelainan tu sebab I tak letak gula kat cookies tu dan sebab tak buat corak 'melon', hehehe, tak sempat aih nak bagi lawa, Raziqh dah merengek2 sebab lama sangat dah letak dia dalam walker, dah cemuih laa tu...

Petangnya bakar untuk minum petang, wahhh harum semerbak bau roti baru masak, makan panas2 pun sangatlah sedap, lebihan roti tu buat breakfast pagi ni, nyum2...

No comments: