Saturday, January 30, 2010

Takeshi-kun @ 6months old

Hari ni Raziqh Takeshi genap 6bulan, alhamdulillah...

Kadang2 I tak rasa pun Raziqh ni membesar, pelik kan? Mungkin sebab badannya yang cinonet tu kot, myLove pun sependapat dengan I, Raziqh ni kecik molek ja orangnya. Sampai ada masanya I boleh naik confuse dengan usianya, siap boleh bilang balik untuk confirm-kan kami tak salah kira, hahaha. Masa pi check up hari tu, paed kata berat dia dah melebihi average(kami sangkakan underweight), cuma badan tu ja nampak kecik. Memang berat tulang kot budak ni, hehehe... Eh tapi, sebenarnya I suka ja tengok dia 'baby' macam ni, rasa macam dia baru 3-4bulan gitu, myLove pulak dok kata yang Raziqh ni tak membesar sebab I lah, selalu sangat dok cakap nak Raziqh lambat membesar, nak dia jadi baby lama2, wakakaka, bukannya tumbesaran dia tak normal pun cik abang sayang, cuma dia nampak 'kecik' di mata kita, mungkin sebab kita dok ingat Rafiqh dulu seusia Raziqh dah macam budak besar! Tu ja pun...

Ok2, mai nak update cerita pasal dia...

1. Walaupun dia dah 6bulan dan berat dia sekarang dah lebih 2kali ganda berat ketika dilahirkan, tapi I masih belum ada plan nak start bagi dia solid foods. Tunggu dulu kot, dia pun kalau menyusu masih suka main2, bukan menyusu sungguh2 pun, Rafiqh kalau tengok Raziqh menyusu main2 dia siap cakap "minum2!", takpun "nonde2!"(=minum2), hahaha dia pun meluat tengok Raziqh mengada2... So far susu ni alhamdulillah masih mencukupi untuk kenyangkan dia, setakat ni dia belum meragam macam orang tak kenyang ka hapa ka, so I think biarlah I lanjutkan lagi tempoh penyusuan exclusive dia tu. Kita tengoklah sampai bila dia mampu bertahan dengan susu ibu semata2, hihi...

2. Beberapa hari lepas I terperasan yang Raziqh dah pun tumbuh gigi, huwaaa habis laa lepas ni dia mengganas, in fact dia dah start menggigit dah pun, aduhhh tak tahannn. Setakat hari ni nampak sebatang ja gigi dia kat bawah. Bila raba dah boleh rasa tajam dah, bila dia gigit perghhh menjerit laa mak dia. Tapi boleh tahan lagi laa, lepas2 ni terpaksalah kena guna 'kaedah elak gigitan' pulak. Kalau gigit saja takpa laa lagi, ni dia siap genyeh2, hadoi sakit wooo... Peliknya dia ni gigit mama dan ayah ja, abangnya dia tak gigit pulak padahal abang dia dok jolok jari masuk mulut dia. Ka abang dia tak rasa kesan gigitan tu ek? Ermmm musykil2...

3. Raziqh sangat suka tengok tv, oh my bad, sekarang ni susah betul nak kawal tv dari dia, tak macam masa Rafiqh dulu. Rafiqh dulu mula tengok tv masa umur dah 9bulan lebih, tu pun limit 2jam ja sehari. Tapi dengan Raziqh, leburrrr hancusss segalanya. Rafiqh lah puncanya, ya laa kan, dah Rafiqh tengok tv, Raziqh pun tumpang sekaki. Geram sungguh tengok reaksi dia bila dia dok tengok rancangan(lagu kanak2) yang dia suka, hamboi2 kemain lagi kamu yer dik!

4. Raziqh dah mula duk dalam walker sejak beberapa minggu lepas. Ayahnya tak tahan dah riba dia sebab dia tak reti duk senyap, dok tunjai2 badan tu sampai lenguh tangan nak pegang. Susah2 sangat ayah dia buh terus dalam walker, hah puas hati kami. Mula2 tu dia tau undur ja, tapi sekarang walla terer dah jalan ke depan, boleh turn left-right dah, merata dah merayap kat dapur tu, laju ja menonong. Lately suka main langgar2 dengan Rafiqh, Rafiqh naik kereta, Raziqh naik walker then langgar2 dua orang, lepas tu gelak2, haha layannn... Selalunya dia duk dalam walker masa I duk kat dapur ja, time sidai baju dan masak buh dalam tu bagi main. Sementara tak boleh merangkak lagi ni memang senang letak dalam tu, nanti dah boleh merangkak, kena lepas dia merangkak banyak2...

Muka happy duk dalam walker!!!
Tu ja kot update pasal Raziqh...
Hari ni myLove kerja, petang nanti balik kerja dia terus pi main bola, so as usual hari sabtu tak payah sediakan minum petang, cadangnya lepas zuhur nanti nak bawa 2R keluar jalan2...

4 comments:

kew_chop said...

dah start mengigit time nenen tu yg tak tahan tu kan. hihi..

Fith said...

murni,
tu lah,yg tu plg tak tahan tu.tgh2 tidur pun kita boleh terkejut kan,hehe

zura_betty said...

fith terbalik dgn zura.., zura mase amsyar badan dia punya la kecik.., tgok macam tak besar2..,

tapi nie time adik lain pulak.., skng nie je 3bulan berat dia dah 6.5kilo..! abg dulu nak sampai berat tu punya la susah..!

tapi ape pun raziqh nie mmg comel laaa..! muahhhhh

Fith said...

zura,
laa ya kaa,terblk pulak ek kita.

semangatnya si adik,dah 6.5kg dah,perghhh bagus2,takleh abg dia nak buli,nanti kejap je sama besar dgn abgnya kan,hehe...