Sejak Rafiqh mula tunjukkan minat untuk menulis, I dah pastikan yang dia pegang pensil dll tu hanya bila I ada bersama dengannya. Samada kami menulis sama2 atau dia duk depan I, I pulak buatlah kerja sendiri(lipat baju ka, surfing ka, membaca ka yada2). In fact hingga ke saat ni pun dia masih dipantau setiap kali nak main dengan crayon/magic pencils/highlighter/pen/pencil etc. Cumanya lately dah longgar sikitlah, dia boleh menulis even I tak duk dekat dengan dia, tapi dia mestilah berada pada jarak kurang dari 4meter(tu ja jarak paling jauh kat dapur tu, perasan rumah besar sangat ka hapa, hahaha) dari I yang biasanya tengah memasak. Jauh mana pun yang pasti mata ni masih boleh nampak apa yang dia dok buat, tu syaratnya...
I jugak tak letak pen2 atau peralatan menulis milik sendiri atau myLove kat merata2 tempat. I pastikan semua tu berada kat tempat2 yang tak terjangkau dek tangan Rafiqh...
Mesti ada yang kata "perghhh straight gila!", yes I am! Tapi I taklah kejam sangat nak kontrol dia membabi-buta kan, tu pasal laa I belikan board yang ada pencil khas untuk menulis tu, dengan board tu anytime anywhere dia boleh melukis...
Ada banyak reasons kenapa I buat macam tu, antaranya:
1- tak mau dia conteng benda lain selain bukunya - this is the main reason! Cause I really hate tengok dinding rumah berconteng
2- memudahkan I untuk organize alat2 menulis dia
3- supaya once dia dapat menulis, dia akan concentrate
Menulis/melukis/menconteng ni sememangnya perkara yang sangat penting untuk perkembangan minda setiap kanak2. Kita selalu tengok orang cina sanggup hantar anak2 depa pi tuition belajar melukis dan muzik kan, ingat depa suka2 nak perabih duit ka? Takkkk, tu sebab depa tau value yang ada disebalik 2 aktiviti tu. Melukis boleh memperkembangkan idea dan menjadikan anak2 kita bijak. Melukis jugak membantu memaksimakan penggunaan motor skills anak2. Dan I percaya melukis jugak adalah peringkat awal untuk membentuk disiplin dalam diri mereka, bagaimana? Dengan meletakkan garis panduan kat mana boleh lukis dan kat mana tidak...
Cumanya kadang2 ibubapa jenis ni lupa untuk letakkan had pada anak2, 'menconteng dinding hanya boleh di rumah sendiri, kat rumah orang NO!' Haaa yang ni selalu jadi masalah. Sebab dah terbiasa lepas tangan bila anak2 buat kat rumah sendiri, pi rumah orang pun kita rasa orang tu tak kesah kot kalau anak2 kita belasah conteng dinding rumah dia. Siapa yang perlu dipersalahkan, budak2 tu ka mak bapak budak2 tu? Untuk elakkan benda ni terjadilah makanya sejak anak kecik2 lagi I dah cuba sampaikan message yang "melukis hanya atas buku". InsyaAllah ke mana pun dia pergi dia akan faham dan ingat...
Semoga dinding rumah kami terus bersih sampai bila2, tak kesahlah samada duk rumah sewa apalagilah kalau duk rumah sendiri nanti. Nak2 pulak kami sekarang ni menyewa rumah hak milik kerajaan, kalau kotor ka rosak ka kami kena bayar ganti rugi masa nak keluar nanti, so seboleh mungkin kenalah jaga amanah ni supaya tak kena denda nanti, ohohoho...
3 comments:
betul tue fith.., setuju sangat2..! alhamdulillah amsyar pun tak de conteng2 dinding nie..!
cume dulu sekali je dia penah conteng sofa.., mmg muka dah berubah jadi tarzan time tue..! tapi bile kita dah terangkan dia pe semua.., alhamdulillah dia tak de dah conteng dinding ke ape.., n setiap kali dia dapat pen or ape2 untuk menulis dia akan mintak kertas or buku dia..!
tapi mmg rimas kan kalau tgok dinding rumah berconteng bagai.., pelik gak kadang2 bila tengok ada org boleh je tak kisah pasal hal nie..!
huhuhuhuhu...!
rayyan pernah kena lecture gilla2 sbb conteng dinding..xperasan mana dia dpt pen,rupanyer dia selongkar handbag mai..budak nih mmg pantang nmpk handbag@purse,abis dikirai.tau2, dinding dah ada lukisan kreatif dia...sabar jer laa..tp mmg bab nih kena straight..xsuka dinding rumah berconteng...
Zura,
kan?kan?budak2 ni bila dah faham yg menulis hanya atas kertas/buku,diorg sendiri akan minta kertas/buku bila dpt pen kan?hehe,pandai pun amsyar,good2!
sure dia takut tgk mak dia jd tarzan,hahaha...
My,
sou2 mmg kena straight kan?nak2 rumah my tu baru n lawa plak,hehe.pasni tak berani dah laa rayyan nak conteng2,tak pasai2 kena lecture lg,hihi
Post a Comment