Tuesday, January 26, 2010

Baby and car-seat

Kita selalu dengar keluhan ibubapa tentang baby yang refuse duduk dalam car-seat kan? It's actually normal, perfectly normal, sama jugak macam baby tak suka duduk dalam stroller kan...

Kalau ikutkan pengalaman I(yang tak seberapa ni), starting-nya pun taklah mudah. Ramai jugak kawan2 bertanyakan tips nak bagi baby suka dan pasrah duk dalam car-seat, sebenarnya susah nak jawab sebab setiap baby tu kan berbeza2, kena try test pelbagai cara, tapi takpa hari ni mai nak cerita cara I, kot2 lah berguna...

Sebelum Rafiqh lahir I selalu baca cara2 yang orang lain praktikkan untuk bayi2 mereka nak bagi anak2 tu suka duk dalam car-seat. Antara yang paling glamour ialah biasakan bayi tu duk dalam tu sebaik selepas dilahirkan. Maksudnya angkat seat tu buh dalam rumah dan letak bayi dalam tu sekerap mungkin sepanjang tempoh berpantang, lama2 nanti dah terbiasa dia sukalah! I tak sure keberkesanannya sebab tak pernah cuba...

Kaedah yang I guna ialah mula2 "angkat-letak", lepas tu "letak-lantak", hahaha bunyi macam hapa ja....

Masa bawa Rafiqh balik sini selepas habis pantang, myLove sewa kereta dan datang jemput kami kat airport, tu lah 1st time buh Rafiqh dalam baby-seat. 8hours++ traveling in the car, for sure dia restless, nak2 pulak tu pertama kali guna car-seat. So kaedah 1 - I angkat-letak dia bersilih-ganti, angkat untuk menyusu atau bila dia menangis then letak balik, angkat balik dan letak balik, haa macam tu lah sampai laa sampai rumah. 1st few months tu pun sama jugak, walaupun selalunya perjalanan dalam kereta tu singkat ja(setakat pi supermarket), setiap kali dia menangis meronta I akan angkat-letak-angkat-letak jugak... Yang paling penting, sebelum perjalanan bermula, I make sure terus attached dia kat car-seat.

Rasionalnya kaedah 1 ialah I cuba beri gambaran pada Rafiqh bahawa duduk dalam car-seat bukanlah suatu penderaan, tapi sesuatu yang sangat best dan selesa. I cuba bersikap fleksibel dengan tak memaksa bila dia tak suka. Slowly dia sendiri akan rasa seronok dan 'faham' kalau-naik-kereta-kena-duk-sini...

Bila dia dah besar sikit(4months++), I pakai kaedah 2 - letak dan lantak. Time ni hanya bila dia menangis sebab nak susu ja I akan angkat, kalau sebab lain I cuba entertain dia dan alih perhatian dia ke benda lain. Benda paling senang nak bagi dia tertarik ialah pada permandangan luar kereta(car, lorry, bus, bird, tree, sky bla3), dia tak cepat bosan sebab permandangan tu kan berubah2, kalau bagi toys selalunya tak bertahan lama, lepas tu dia boring. Bila dia dah makin 'pandai' menikmati scenery luar, haa takdak masalah dah laa, dia akan enjoy sendiri. Oh tapi kalau perjalanan tu jauh, bila dia nangis I tetap angkat sekejap then letak balik...

Rasionalnya kaedah 2 ialah bila dah makin besar dia dah makin faham, terpaksalah kena bertindak tegas. Kena kurang ikut rentak dia, takut nanti dia naik lemak...

I mula drive balik bila myLove belikan wish, masa tu Rafiqh dah 9bulan. Dia dah besar dan dah faham so I tak hadapi masalah nak drive berdua dengan dia. I cuma pastikan dia kenyang ja sebelum mulakan perjalanan, sebab dia masih fully breastfeed time tu. Kalau dia mengantuk, dia akan tidur sendiri sebaik saja kereta mula bergerak. MyLove selalu ulang kata "Rafiqh tau mama tengah drive, sebab tu dia behave", yer la kot. Sampailah sekarang ni dia memang tak banyak kerenah kalau bab naik kereta, boleh duk dalam car-seat or just pakaikan seat-belt...

Tu cerita Rafiqh, Raziqh pulak belum tau lagi macammana, dia baru 5bulan lebih so tak sure lagi penerimaan dia terhadap car-seat. Sebelum2 ni I guna kaedah angkat-letak jugak dengan Raziqh, so biasanya kalau letak dalam car-seat dia nampak ok. Tapi selama ni mama ada kat sebelah, haa lepas2 ni mama dah takdak, taktau laa lagu mana pulak kan. Setakat semalam memang positif, esok lusa belum boleh cakap, hehehe...


Note: Ni cara I, lain orang lainlah kaedahnya kan...

5 comments:

aisha said...

wahh bagus kaedah fith ni. rase ye mmg betui gitula. lg bagus sbb fith drive.
Cam aina sbb saya ade duduk ngan die kat belakang sekali kot. adus..dan lg satu kesilapan saya sbb masuk kereta je menyusukan die, tu die banyak lemakk sikit.huhu. dan kami jarang sgt jalan jauh2, dekat2 je..hihi.. tq for this info.

oh ye dah selesa dan mesra pnggil nama je kan. so teruskan saje..saya okay je. leh nampak muda (hahaha perasan!!!!)

ojasamid said...

hehe..tenkiu ye fith for the tips..tulah, kami nih tak pernah ada kereta sendiri, tu yg blur sikit jadinya :p dh anak dua nih baru berjinak2 try drive kt jepon. hehe..
mcm affan alhamdulillah masa first time tu je dia restless sket (umur 2tahun chotto), tp sbb dia dh dri umur sebulan duduk dlm stroller (kami sebut babycar :p) mcm xde prob sgt. cuma bila turn ayyasy yg "fully babyworn"(? ada ke word nih..sukati je..hihih) naik tren jalan sana sini dia shocked sikit. hehe. nnt kalau betul2 jd beli kereta sendiri bolehlah try tips fith ni. thanks sekali lg ye :D

kaklong nuzula said...

Lama tak menyinggah di sini.. agak bz (kununnya).. hehe..

Psttt.. fith kalau ada masa singgah la blog CD kaklong (happy cloth diapering) n leave a comment/ pendapat...

Fith said...

Aisha,
wah aina dpt servis menyusu masa naik keter,syok laa dia,mesti terbuai2 enak je tidur,hehe...

eh mmg muda lg pun kan.tuh laa,dah terbiasa panggil nama je,bila tgk org lain panggil "kak",takut plak aisha rasa tak best fith ni panggil nama je...

Kak oja,
ooo baby-car tu stroller ye,ok faham dah,hehe...

lama2 nanti ayyasy pun tak kesah duk dlm baby-seat,sbb jrg2 duduk mgkn dia pelik sikit kot,selalu mak nya pegang,tiba2 kena duk sndr kan,hehe.

Fith said...

Kaklong,
yer laa,businesswoman mesti busy kan,hehe.
fith tgk2 jugak blog cd kaklong tp tak berani masuk kerap2,nanti gerammm nak membeli,hahaha.nanti insyaallah fith promote kat sini bila fith ada entry cds lg k.