Cerita ni dah basi, hehehe...
Takdak mood nak update cerita ni, sebabnya gambar2 yang diambil malam tu dah pun TER-delete. Cerita tanpa gambar boleh diibaratkan macam makan nasi tanpa lauk-pauk, memang tak syok kan?! Tapi disebabkan dah ber'janji' nak tulis, kena laa tulis jugak tapi dalam versi serba ringkas saja hokey...
Menu yang dimasak untuk dibawa ke majlis tu ialah sambal sotong kering, ayam rempah mayonis, papadom dan desert-kastard jagung, itu saja...
Pagi jumaat tu rendam sotong kering yang dibawa dari Malaysia. Antara keseronokan duk Ipoh ni ialah sebab boleh dapat bekalan ikan bilis, sotong kering(mentah untuk dibuat lauk dan bergula untuk snack), udang kering, ikan kering dan segala-mak-nenek seafoods kering tu dengan senang, murah dan 'segar'(ambil direct dari Pulau Pangkor). Oh yang paling penting dan best, semuanya PERCUMA, wakakaka. Mak adalah pembekal semua ni, setiap kali balik atau mak pos barang, cakap ja nak apa, semua mak sediakan. Selalunya minta sikit ja, berlambak2 mak bagi sampai tak larat nak makan, siap boleh bedak2(=bagi2) kat kawan2/juniors. Kadang2 tu tak minta pun mak hantar jugak, hihi... Sambal sotong kering ni kalau makan dengan nasi lemak lagilah terangkat kan, tapi takpa makan dengan nasi kosong pun walla, sedap! Petang lepas asar baru masak sambal ni, baunya semerbak satu rumah...
Ayam rempah mayonis ni simple ja, perap ayam dengan serbuk kunyit, serbuk masala, serbuk kari dan sedikit gula, kemudian masa nak goreng tu instead of pakai minyak, ganti guna mayonis, saki-baki 'minyak' mayonis tu jangan buang, siram ja atas ayam tu, makan dengan nasi...
Papadom pun stok berlambak2 kat rumah ni, myLove kurang suka, Rafiqh dan mama ja dok makan, daripada biar terperap dalam almari tu, lama2 nanti rosak pulak kan, haa baiklah sedekah kat orang yang tengah 'berjihad' menuntut ilmu tu makan, so goreng 2bungkus...
Kastard jagung ni dah lama tak buat, punya lama tak buat sampaikan hari tu buat terlembik pulak, hehe *alasan*...
MyLove balik kerja petang tu pukul 6, tiba2 dia cakap esoknya tu dia kerja, tapi tetap nak pi jugak majlis malam tu. Sediakan apa yang patut 6.30 kami bertolak. Majlis dimulakan dengan solat isyak dan hajat berjemaah, kemudiannya bacaan yasin dan ada tazkirah sedikit. Lepas tu makan2 dan selesai makan, kami get ready berkemas nak balik. Orang lain sambung meeting untuk soubetsukai(farewell party). Bukannya tak nak join meeting tu tapi since myLove nak pi kerja pulak the next day, kena laa balik awal, tidur awal dan bangun awal...
Tu je laa ceritanya, sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment