Saturday, January 23, 2010

Tua sangat ka haku ni???

Hokey2, ni entry meraban meluahkan isi hati dan fikiran...

Sorry in advance kalau ada yang baca ni terasa hati, tak berniat pun nak singgung perasaan sesiapa, cuma tertanya2, tua sangat ker haku ni??? Sila jawab!

I'm just 26 but yet I always feel soo difficult and hard for me to understand orang lain punya tulisan(read: shortforms). And sometimes when I listen to others conversation(in drama or real life) and read informal materials(blogs), I even can't understand the meaning of certain words, sound stupid??? Oh whatever!

Fine, bab words tu actually I still boleh tolerate lagi, cause I tak tinggal kat Malaysia, tak ikuti dan tak banyak pendedahan tentang trend sana, tengok tv Malaysia pun jarang2 so munasabah laa kalau I tak faham. Since perkataan2 baru ni pun tercetus seiring dengan peredaran masa, cara gaya muda-mudi bertutur dan bahasa modanisasi, I pun tak ambil pot sangatlah hal ni. Kalau rasa blur tak faham, either pretending buat2 faham(main agak2 sendiri maksudnya - ni kes malas nak ambil tahu sebab rasa tak penting) or I akan tanya orang(paling senang tanya my sis-ateh or my bro-achik), ni bila rasa nakkk sangat tau apa maksudnya...

Tapi bila masuk bab tulisan ie. shortforms ni hadoiiilah, memang selalu buat I mengeluh panjang... Shortforms ni dicipta bertujuan mempermudahkan dan mempercepatkan komunikasi, especially dalam menulis note, message, sms, chat dll. Walaupun tak wujud pengkhususan atau garis panduan khas untuk setiap perkataan perlu diguna singkatan yang bagaimana, tapi sekurang2nya shortforms 'rasmi' ni selalunya mudah difahami. Contohnya jln untuk jalan, bkt untuk bukit, tmn untuk taman, hp untuk handphone, jwb untuk jawab, ckp untuk cakap, dgr untuk dengar dan sebagainya. Tapi bila penggunaan shortforms yang melampau2 ni sampai ke tahap apa yang ditulis atau nak disampaikan tu tak dapat difahami oleh pihak yang satu lagi, lagi baik tak payah berkomunikasi langsung! Bila sampai tahap hapa yang ditulis tu satu hagham pun haku tak faham atau take time untuk 'dibaca', hish geram sungguh tau! Sungguh pelik bila aku jadi ak, guna jadi gna, sehari jadi sehr, sihat jadi chat, ish banyaklah lagi yang serba pelik... Tak faham betul kenapa perkataan yang ringkas 3-4huruf tu pun nak singkat2 lagi, dah laa merumitkan, mengelirukan pulak tu...

I tak kata guna shortforms ni salah, tak salah pun! In fact I sendiri pun guna ringkasan2 ni - bila sms, chatting, tulis comment/message kat blog etc etc, but I'll make sure my language tu orang yang baca akan senang faham. Dan lagi satu, kita kena jugak 'tengok' dengan siapa kita berhubung, agak2 laa kan 'bahasa' yang macammana kita nak guna bila communicate dengan seseorang...

Aah memang I kuno, memang kolot dan out-of-date, memang ketinggalan zaman or whatsoever sebab tak faham trend anak muda sekarang, tapi rasanya laa kan, most of us sekarang dah hilang sense of communication. Dah kurang sensitiviti in proper way nak berhubungan. I cukup pantang kalau adik2 I menaip benda yang susah I nak faham, considering me as someone yang lagi tua, so please tulis pun biarlah berpada2. Biarpun kita yakin orang tu faham tapi untuk tunjukkan yang kita ni beradab, kan lagi baik kita guna bahasa dan tulisan yang lebih 'berhemah'. Lagipun, takkan patah aih jari2 tu kalau setakat nak menaip lebih sikit dan bak kata mak "tak nampak bodoh dungu aih kalau tak ikut trend terkini sekalipun!"...

Sekian sahaja, siaran selingan bebelan nenek kebayan! hakhakhak...

5 comments:

ojasamid said...

fith,u r not alone (boleh ka difahami shorform ku ini? :p)
akak pon mmg tak berapa boleh tolerate dgn penggunaan shortform yg memeningkan dan menyusahkan org utk faham, apalagi kalau ada unsur `mengada2` dlm words tu. haha. just can`t help it..kita berkomunikasi utk beri org lebih faham apa yg kita nak cakap kan? ;)

akak slalu rasa gitu bila ber`komunikasi` dgn adik2 yg umur 5 tahun lbh muda dan ke bwh (xkisahlah junior ke, adik beradik sendiri ke.) plg xpaham tu kalau cthnya "aku" jd "ak@aq" toka, "kalau" jadi "lw", "tau" jadi "tw", "sihat" jd "chat"..n mcm2 lg lah yg bikin kepala ku pening dan berasap bila membacanya. huhu.

benda ni mengingatkan akak pd satu pengalaman menghantar emel kpd seorg kakak@ustazah (beza umur 10~20tahun kot) kt msia, nak tanya something. so akak guna bahasa style gini lah, n then kakak tu balas kata dia tak paham lgsg apa yg akak tulis. huhu. sgt2 shocked akak waktu tu.
ni kisah 5tahun sudah. mmg sejak tu akak slalu hati2 dgn words yg digunakan bila chat/tulis mel, etc. nk guna shortform pon yg common aje, trauma takut org tak faham. :D

Fith said...

Kak oja,
haa,ada pun yang sekapal yer.
fith mmg tak faham betul dgn trend tulisan2 ni,mmg sakit hati bila baca berkali2 tp still tak fhm,naik menyampah pulak,hadoi laa tak pasal2 dpt dosa free menyampah kat org...
sabar je laa kan menghadap kerenah muda-mudi ni,klau adik2 atau anak sndr boleh gak nak debik sedas-dua,hehe

::NaS:: said...

nas ni yg baru 22 tahun pun tak berkenan gaya ckp camtu,apetah lg la kak fith kan.
kalo chat ngan adik nas lagi la,dan2 rase nak marah.dia muda 2 tahun je dari nas,tp bahasa dia umang aaiihhhh...tertekan betoi.
dulu zaman2 skolah dulu slalu gak pakai short form camtu,tp rasenye lain betoi dari short form adik nas pakai.cepat ehh zaman n bahasa berubah.hehe

::NaS:: said...

eh terlupa lak nak tanya.
sms yg nas bagi kat kak fith slalu nye kak fith leh paham tak?hehe slalu terpaksa short form kan word abis abisan kalo sms ngan org yg pakai iphone.kalo tak nnti terlebih dari limit huruf takleh send pulak

Fith said...

Nas,
uish majide,beza 2tahun tu pun dah rasa mcm lain jidai ek?haa tertekan kan?kena sound tu,hehe
klau kfith ni lg laa kan,hadoiiii camne kfith tak sakit hati.tak kesah pun klau diorg nak pakai shortforms tu semua,tp agak2 laa kan,takkan dgn kfith yg 'tua' ni pun nak belasah shortforms hampeh tu,hahaha.

so far kohai2 kat sini bila sms/chat tu kfith leh faham lg,hehe.takpe,klau tak faham,kfith tanya nanti,hohoho