Ahad lepas buat pau kaya lagi, biasanya buat pakai tepung gandum tapi disebabkan tepung gandum ada sikit ja tak cukup sukatan, I pun belasah guna tepung roti. Jadi memanglah jadi, lembut dan doh-nya sedikit liat. Tak ambil gambar pun, lapar sangat terus ngap, hihi... Rafiqh suka sangat pau kaya, buat 12biji, 4biji tu dia makan sekali hadap, ish kalah mama...
Bercakap pasal tepung gandum, kat rumah ni setiap minggu masa beli barang dapur wajib beli 1kg tepung gandum. Dahsyat sungguh, at least 1kg seminggu, kalau ada 2kg entah2 habis jugak, hihi. Try jugak cari kedai2 barang borong yang ada jual 5 atau 10kg terus kan tapi still tak jumpa2 lagi. Kalau dapat beli banyak2 terus mesti lebih berbaloi kan...
Isnin lepas cuti umum tapi I tak buat apa pun untuk minum petang, petang tu kami keluar beli barang dapur. Selasa buat choco mousse brownies lagi. Niat asal buat kek ni sebenarnya nak bagi kat my junior yang dah plan nak keluar hari rabu tu tapi memandangkan tak jumpa dia, alamatnya kami 2beranak lah kena habiskan, habis laa mama lepas ni sure gemuk!
See, dah ready buat 2bekas dah pun...
Selalu buat pakai acuan bulat, ni pakai acuan lain, terbaki laa pulak mousse tu, buh dalam cup, yummy, Rafiqh kata aiskrim, hehehe...
Rabu buat cucur jagung ikan bilis, ohooo my favourite... Belum pun pukul 4petang, I dah kalut di dapur buat cucur, haha kes tak lunch lah ni. Kalau dapat makan dengan kuah kacang lagi laa terangkat tapi dah sebab kebulur sangat, nak cepat punya pasal makan dengan sos thai/nampla ja, sedap jugak...
Semalam pulak buat roti jala, kalau orang kedah panggil roti keghai(kerai). Dari kecik lagi kami adik-beradik diajar makan roti ni dengan kuah lempuk durian, bila dah besar barulah tau oh rupanya orang makan jugak dengan kari ayam. Masa dok Kelantan dulu pulak tengok orang makan dengan kuzi, macam2 style! Kat rumah ni kalau buat roti jala ni kena laa buat 2 jenis kuah, pagi semalam lepas sediakan breakfast dan bento myLove, I potong2 lempuk dan rendam air panas nak bagi lembut. Tengahari lepas lunch baru masak kuahnya. Petang lepas asar buat kari ayam dan bancuh adunan roti. Sambil menjala sambil mengendong si Raziqh yang lena tidur kat belakang. Nasiblah ada back-carrier ni dah, kalau tak, mimpi ja laa nak buat kuih2 macam roti jala ka kuih cara ka, yang sah2 makan masa lama nak siap. Semalam tu pun dekat sejam jugaklah menjala...
Buat banyak kuah lempuk ni, simpan dalam fridge buat cicah roti kosong breakfast pagi tadi...
Lena sungguh dia...
No comments:
Post a Comment