Sunday, January 17, 2010

Ubat

1st time Rafiqh sakit ialah ketika kami balik Malaysia 2tahun lepas, masa tu Rafiqh berusia 10bulan. Haa tu lah pertama kali dia selsema. Pertama kali dia demam ketika dia dah pun setahun lebih dan batuk pulak masa kami balik dok Malaysia 3bulan tahun lepas. Rafiqh sangat susah jatuh sakit, alhamdulillah, berkat susu ibu dan pastinya persekitaran di sini yang bersih dah segar menyulitkan dia untuk cepat terkena jangkitan...

Masa Rafiqh 1st time selsema kat Malaysia dulu tu kami tak bawa dia ke klinik pun, kami tak bagi dia makan ubat pun, sebabnya kami balik cuma 10hari dan keadaan selsema dia pun tahap ringan ja, tak diikuti batuk/demam. Bila dah balik sini, bila tengok dia masih tak sembuh2 barulah bawa pi jumpa paed Yoshimoto sensei untuk ambil ubat, pertama kali dapat ubat, terkial2 jugaklah nak handle ubat baby, yer lah, dah terbiasa kalau kat Malaysia ubat untuk budak2 semuanya dalam bentuk cecair kan, sekali kat sini dia bagi ubat serbuk pulak, memang blur lah. Nasib baik jugak ada diberi kertas kecil yang tulis panduan macammana nak sediakan ubat tu. Oh ye, kuantiti gram ubat kat sini diberi mengikut berat semasa baby/toddler tersebut, selalunya diberi untuk stok 4hari...

Dari apa yang diberitahu, ubat2 baby/toddler kat sini rasanya manis. Tapi kalau salah cara penyediaannya, ianya boleh bertukar menjadi pahit. Pelik kan? Tapi memang betul, sebab pernah beberapa kali I 'rasa' ubat Rafiqh tu ya rabbi pahit berdengung...

Selama dia makan ubat kat sini, I tak pernah hadapi apa2 masalah pun. Senang sangat sebab ubat serbuk tu hanya perlu dicampur dengan minuman lain, boleh larutkan dalam jus, yogurt, susu or even icecream! Ubat kat sini pulak kalau dia sakit 2-3penyakit(contohnya selsema, batuk dan demam) sekalipun, ubatnya tetap 1 saja. Sebabnya ubat2 tu semua dah dicampur dan di-pack sekaligus. Kat sini jugak takdak antibiotik, oh actually antibiotik ni tak baik pun, I read somewhere before tapi tak ingat sangat fakta2nya but once I get the infos, I'll definitely share it here insyaAllah.

Masa dok sini dia memang jarang amat sakit tapi masa balik Malaysia tahun lepas, senang sungguh sakit, makan masa pulak tu nak sembuh. Bila bawa jumpa paed, paed kata badannya baru nak 'sesuaikan' dengan cuaca kat Malaysia. Malaysia banyak habuk dan udara berjerebu, pencemaran merata2, mungkin betul jugak kot. Makanya hari tu dalam tempoh 3bulan tu entah berapa kali laa kami dok ulang2 pi jumpa paed ambil ubat, minta tukar ubat ja kerjanya, melayang beratus2 duit mama, hohoho.

Kat Malaysia kan sekali bagi ubat mak aih, berderet2 4-5botol. Mujurlah Rafiqh ni jenis yang senang makan ubat. Sesiapa pun yang tengok Rafiqh makan ubat pasti terkejut, I sendiri pun terkejut sebenarnya. Kenapa? Sebab dia suka makan ubat, bak kata orang yang melihat, "Rafiqh makan ubat macam makan coklat ja", hahaha memang pun. Even my youngest brother yang berusia 9tahun tu pun boleh suapkan dia makan ubat. Dia takkan lari, takkan nangis, takkan mengelupur, takkan luahkan balik bla3. Setiap kali nak bagi dia makan ubat, just panggil dia "Rafiqh, mai makan ubat mai". Dia akan datang sendiri, duduk dan nganga mulut, telan ubat, minum air sikit then blah! Pahit macammana pun dia tetap telan, tak sedap macammana sekalipun dia makan jugak, cuma muka dia berkerut2lah, hehe.

I sendiri tak tahu apa yang menjadikan Rafiqh senang makan ubat. Kalau orang tanya pun I tak boleh nak jawab. Cumanya I tak pernah bagi gambaran 'ubat tu tak sedap'. Yang paling penting, dalam memperkenalkan benda2 baru kat dia, I tak pernah paksa dia untuk terus terima, Kadang2 budak2 ni bila sekali dia ada pengalaman ngeri terhadap sesuatu, sampai bila2 pun dia akan fobia. Macam makan ubat, dah sah2 ubat tu pahit dan tak sedap, lepas tu kita paksa2 pelekoh dia pulak, sekali dia kena macam tu, jangan haraplah dia akan terima ubat tu lagi next time. Betul tak?!

Cerita Raziqh pulak, kasihan baby mama ni...
Baru umur 5bulan dah 2kali selsema, sekali demam dan sekali batuk... 1st time sakit ialah selsema, jangkit dari Rafiqh tapi alhamdulillah tak teruk. Kami bawa dia ke klinik, paed bagi ubat tapi dia cuma makan 1pack then I dah tak bagi dah, beberapa hari kemudiannya dia sembuh. 2nd time selsema tu gabung terus dengan batuk dan demam, yang ni memang kesian sangat. Raziqh sejak lahir lagi dia exclusive and direct-breastfeed so dia tak reti minum pakai botol dll, dia juga menolak semua benda yang masuk mulut dia kecuali susu ibu, so memang payah amat nak bagi dia makan ubat hari tu. I bancuh ubat tu dengan air masak letak dalam botol susu dia tapi ended up si onichan yang minum, siap boleh cakap kat adiknya "ermmm oishi"(sedap), hahaha. Mula2 tu I memang skip tak bagi dia makan ubat bila tengok dia tak suka, tapi bila sakitnya nampak agak teruk due to demam panas so no choice kena paksa dia makan jugak. Kali ni direct letak dalam sudu dan bagi dia minum sikit2.

Hopefully lepas2 ni both of them akan kembali ke fasa susah jatuh sakit, cause I hate to see them sick. Dan harapnya kalau Raziqh tak sihat lagi nanti, dia akan mudah telan ubat macam Rafiqh...

Gambatte ne anak2 mama!
Mama mo gambaru yo!

4 comments:

mysara said...

wahh..senangnyer rafiqh mkn ubat..senang keje.kalau rayyan kena kejar satu rumah,kena pegang 2/3 org...baru dia nk mkn.padahal waktu 1st time dia mkn ubat,xde pon takut2 kan dia,siap kitorng wat lakonan mkn ubat tu seolah2 ubat tu sedap.tu pon xjln.alhamdulillah,baru 2kali seksa nk bagi dia ubat.skg nih,dia mmg hantu suppliment.kalau suppliment mkn mcm kacang.seb baik tang tu,senang.kalu tak lagi haru..hehehe

Fith said...

my,
haa biasanya gitu laa kan,seksa nak bg mkn ubat,hehe.
tuh dia,mkn supplements mcm makan kacang,perghhh sedap sgt laa tu.insyaAllah cukup zat,sihat laa dia,tak sakit takyah mkn ubat,takyah kita berperang kan kan...

kew_chop said...

Alhamdulillah maira pun suka makan ubat. yg tak tahan tu kalo tak demam pun nk makan ubat gak. huhu. tula kalo org tanya camana nk kasik anak suka makn ubat tak tahu nk jawab kan. kita pun tak tahu napa maira senang jek mkn ubat walau pahit camana sekali pun. tapi rasanya paling penting jgn buat or cakap ubat tu sebagai salah satu benda yg menakutkan. tu jek kot.

Fith said...

murni,
haa tuh laa kan,dah suka mkn ubat pun susah jugak.hahaha,mcm2 laa budak2 ni...