Hehe kesian anak bujang ni kena dera pakai tudung mak dia. Pagi tadi awal sungguh dia bangun, belum pun pukul 5 dia dah celik terkebil2 takmau tidur, biar dia main sorang2 sampai laa dia mengantuk balik, dekat2 pukul 6 baru laa dia terhegeh2 nak menyusu dan tidur, hish kacau sungguh tau mama nak tidur. Elok mama nak bangun solat dan sediakan breakfast+bento(=bekal) ayah, dia pulak terjaga sama, berapa minit sangatlah adik tidur, hadoiii. Bila dah bangun tapi tengok mama tak ada kat sebelah, mulut pun bising lah, sebelum onichan pun terjaga sama, baik ler angkat dia buh dalam walker kat dapur, pungpang2 habis semua kerja, sementara tunggu myLove breakfast, I pun melayan dia main, sambil2 tu buli dia bagi pakai tudung, hahaha. Nasib ler anak dua2 boys, kalau girl kecik2 ni pun mama dah pelekoh bagi pakai tudung bila outing, gila kan? Kuang3, suka amat tengok baby pakai tudung, super duper cute, kan? kan?!
ish3 comelnya, anak sapa laa ni??? hehehe...
adik jelir mama yer dik?! sekeh kang!
Lepas zuhur kami keluar bertiga. Bawa budak2 ni berjalan window shopping sambil ukur tanah kat kedai barangan bayi, entah apa entah nama kedai tu tak ingat la pulak(padahal dah berapa kali pi dah, kedai tu pun punya laa glamour selalu masuk iklan kat tv, arrr takpa2, sila abaikan, tak masuk exam pun!). Ada barang nak survey sebenarnya, yappari(=sah) memang mahai, cancel tak jadi nak beli. Kemudiannya hajat di hati nak jugak membeli barang sepasang dua baju untuk 2R tapi takdak yang berkenan, ada sale tapi tak best so tak shopping sakan lah kali ni. I cuma beli set berus straw dan air minuman sayur2an untuk Rafiqh. Dekat sejam melilau dalam tu, last2 kami pun keluar. Tunggu habis winter ni baru nak pi lagi, hopefully time tu tengah sale, bolehlah shopping sikit pakaian 2R untuk musim bunga... *bunyi macam laa ada duit banyak sangat, wakakaka*
Kami tak terus balik rumah, sebaliknya melencong pi supermarket pulak membeli barang dapur. Dah alang2 keluar, baik jalan sungguh2 kan, lagipun 2R punya mood tengah baik, mama pun kasi extra-training lah kat depa, ahaks. Melilau pi mai pi mai, membeli tak penuh raga pun tapi pusing tawaf habis satu supermarket tu, agak2 dah lenguh bahu ni menggalas Raziqh, kami pun pi kaunter, beratur, bayar dan balik. Mujur laa bahu dah lenguh, kalau dak, hagham tak ingat nak balik, mak depa ni kalau dah syok dapat berjalan, memang tak ingat nak balik dah, muehehehe...
Haa hari tu cerita pasal kereta 'baru' kami tu kan, ni lah dia, stream putih pujaan hati Rafiqh! Ewah mamat kenit ni kan dah terbiasa naik evo, bila 1st time mama nak bawa naik stream ni hari tu, dia boleh buat keras kaki takmau jalan, dok laa jerit "ayah, ayah!" kat tepi parking evo, cet banyak laa hang punya ayah, ayah kerja laa. Lepas dah kawtim pujuk2 cakap stream tu kereta baru kita, baru laa dia nak naik, haparaaa... Oh tapi hari ni dia tak buat hal dah, dia tau dah kalau keluar jalan2 lepas ni kena naik stream, so sampai ja kat parking area dia terus meluru pi kat stream, wohohoho good2!
3 comments:
huhsss..! teror sungguh fith boleh handle dua2 budak nie time keluar sendiri..! kalau zura ade menjerit kat shoping complex tu gaknya.., sedangkan kua dgn hubby bawak amsyar dgn adik dia pun kdg2 huru hara jdnya.., nie kan lagi nak handle dua2 sekaligus sorang2..!
ape pun.., mmg tabik spring la kat fith..! ehehehehe
zura,
haha zura try laa bawa,insyaAllah diorg mesti baik ja tau bila ayah diorg takde,hehe...
Valuable information. Lucky me I found your
website unintentionally, and I am stunned why this twist of
fate didn't happened earlier! I bookmarked it.
Also visit my page; make money online for rookies
Post a Comment