Wednesday, January 27, 2010

Bagaimana untuk kelihatan anggun di rumah?

Wahhh tajuk, tak tahannn...

Duhai ibu2 surirumahtangga-sepenuh-masa, tidakkah persoalan di atas menjadi sebahagian dari dilema anda?
Jika YA, mari kita berdiskusi, mari cari solusi, ecceh...
Jika TIDAK, sudilah kiranya berikan tips sebarang dua buat panduan saya, hiks...

Perempuan mana yang tak suka kelihatan cantik, bukankah cantik menawan itu naluri fitrah setiap wanita?!

Setiap hari, sudah ku aromakan rambutku wangi2, ku sikat rapi2, ku dandan teliti...
Tapi tak sampai 30minit rambutku dah serabai macam pontianak, gara2 si Rafiqh yang terlebih rajin, suka sangat bagi service saloon percuma biarpun tak dipinta. Takpun gara2 si Raziqh yang suka tarik2 rambutku tanda bergurau-senda...

Setiap hari, sudah ku pakai baju yang cantik2, selesa dan seksi(di mata suami)...
Tapi belum sempat melaram hingga ke petang, baju2ku kotor dek tumpahan susu dan adakalanya najis si anak, baju2ku comot dek kerja memasak dan mengemas, baju2ku basah dek ulang keluar-masuk tandas...

Setiap hari, sudah ku sembur perfume pelbagai jenama bersilih-ganti, biar harum mewangi...
Tapi sekejap saja mampu bertahan, kemudiannya akan kembali masam dengan bau susu, berbau keringat dan peluh...

Setiap hari, sudah ku cuba luangkan masa menyolek diri, agar anggun berseri2...
Tapi baru 2minit berdiri menghadap cermin, pelbagai tugasan rumah mula diproses minda, itu ini tak buat lagi, tak termasuk suara anak2 memanggil minta dilayan, akhirnya ku terus berlalu tanpa sempat berbedak pun lagi...

Haaa tuh dia intro-nya...

Selama bergelar isteri, I tak pernah tanya myLove pandangannya tentang penampilan I di rumah, tak pernah ambil tau pun apa yang dia fikirkan. It's not that I tak prihatin, cumanya sejak bergelar ibu ni most of the times I dah cuba bergaya, tidaklah cantik ala model-modelan tapi sekurang2nya tidaklah hodoh macam nenek kebayan. Setidak2nya bagi sedaplah mata yang memandang...

Antara tips yang I dapat bagi memudahkan penjagaan keterampilan di rumah ialah:

1. pendekkan potongan rambut - taklah kontot macam lelaki kan, paras bahu pun dah memadai, itu pun kalau suami tak kesahlah tapi kalau dapat suami cerewet nak bini rambut panjang mengurai, hah nasib laa kan. Orang lain mungkin tak rasa sukar kot bab ni tapi I memang selalu kesuntukan masa nak belek rambut...

2. pakai pakaian yang disukai suami - kalau suami suka tengok isteri pakai kaftan(baju kelawar), haa pakai ja laa, seksi hapa. Dulu ada orang cakap "hish pakai kaftan ni selekeh", laa dah kalau hentam kaftan siang malam memang arr selekeh, agak2 laa kan, haiyaa...

3. perbanyakkan koleksi pakaian rumah - jangan asyik bantai kain batik + t-shirt saja, ada masanya pakai laa skirt, seluar, maxi dan baju kurung(errrr???)...

4. berbedak - kalau tak sempat nak make-up cun-melecun pun, cukuplah dengan hanya berbedak...

5. kerap mandi dan tukar pakaian - bab ni no hal, memang I suka mandi dan suka menyalin baju, hehehe...

Tips lain, anyone???

4 comments:

ojasamid said...

hehe..tersengih je akak baca entry ni, fith..mmg perasan sgt payah nk stay `comel` (sila jgn muntah ye..haha..) bila dh beranak pinak ni kan. kdg tuh masa utk diri sendiri pon xde. huhu..sadis sungguh. kiranya kalau dpt stay "berpenampilan kemas" pon bagi akak dh cukup hebat. ihihi..
cuma tula, ada org pesan kpd para ibu, dok jaga anak jgn sampai lupa menjadi "isteri". a good reminder indeed ;)

Fith said...

Kak oja,
betul2,totally agree!
mmg kdg2 kita lupa,bila dah jadi ibu,lupa jadi isteri.asyik sibuk dgn anak2 hingga lupa pd pandangan suami kan.
fith mmg kdg2 bg alasan anak2 utk tak berpenampilan cantik kat rumah,sepatutnya tak boleh gitu kan.hmmm,ntah laa,kena tunggu diorg besar sikit kot baru boleh spend lebih masa untuk diri sendiri...

kew_chop said...

aahla fith kena tunggu besar sket kot baru leh lama2 tilik muka kat cermin. kita ni zayyan dah leh merangkak leh la nak make up sket2 pas mandi, kalo tak macam hantu raya, hihi.
bab pakai kain batik tu kita tak penah pakai kain batik kat umah, haha tak reti nk pakai. balik umah mil pun bantai seluar gak. dah tua bangka tak pandai pakai kain batik. kain batik kita pakai time berkembang nk mandi jek, auww seksi gitu. hihi.
kita kat umah selalu pakai baju nak pegi berjalan tu. sejak jadik suri rumah sepenuh masa ni memang takde beza baju dlm umah or kuar umah coz kita jarang kuar so pakai jekla yg baju ala2 lawa sikit tu kat umah gak. rasa syok sendiri n kepuasan sendiri walau tak kuar pun dok umah pakai yg elok2 sikit.
tapi apa2 hal pun en suami kene konsider lebih sket kot. kene faham tapi kalo dpt yg tak mahu faham kesian kat isteri la kan..

Fith said...

murni,
wah best giler pakai baju keluar rumah kat dalam rumah.fith mmg beli khas baju2 utk pakai dlm rumah,beli baju2 yg takleh pakai kat luar mcm skirt pendek,seluar paras lutut dll tu,hehe,maklumlah yg tu takleh pakai kat luar kan.
tp mmg betul,semua tu utk kepuasan sndr,lg syok melawa kan.
fith pun tak pakai kain batik,klau blk rumah mak/in law fith pakAI baju kurung,hehe.