Monday, January 18, 2010

Ruang tamu ku kedai baju???

Kat sini sekarang tengah fuyu(=winter), pada musim sejuk macam ni telah menjadi satu kebiasaan untuk I jarang menjemur baju di ampaian kat beranda luar rumah, nak2 kalau hari tu mendung/hujan, apalagi kalau snowing. Time macam ni, ruang tamu adalah tempat paling ideal nak jemur baju(for me lah, mak2 lain tak pemalas macam I, hehe), sebabnya hanya kat ruang tamu je almost 24hours on heater, jadinya ruang tamu kami ni dah macam rupa kedai jual baju dah, hahaha, penuh baju bergayut-gayutan...
Ini adalah panorama biasa kat ruang tamu kami, time mama ada 'lebihan masa', selepas 3-4jam sidai mama akan terus angkat, tapi kalau mama 'takdak masa'(read:malas), mama lantak pi ja sampai esok pagi, hehehe...

Kalau jemur kat luar time panas terik litlit pun tetap jugak baju2 ni sejuk ja bila diangkat, kering tu memanglah kering tapi sejuk, tak syok nak melipat so sebelum lipat tu kena laa panaskan dengan heater dulu, tak susahpun, letak ja depan heater kejap sebelum lipat. Ada setengah orang tu siap iron lagi, haa rajin sungguh kan. Kalau menjemur cloth diapers(cds) pulak, terik macammana pun hmmm sangatlah mustahil nak kering elok, jadinya I memang sidai cds dalam rumah ja(kes malas nak angkat dari pengepit petak ubah ke hanger). Hanya bila 'terlebih' rajin ja I akan sidai kat luar, contohnya macam hari ni...

Hari ni panas terik, boleh laa sidai kat luar, nanti petang angkat semua ni dan sangkut kat hanger, buh dalam ruang tamu...

Mujurlah walaupun sejuk2 ni mood nak men-cds tak pudar, masih terus gigih cd-ing anak2. Hari tu ingatkan bila dah sejuk nanti dah malas kot nak pakaikan budak2 ni cds tapi tak sangka pulak kemalasan tu tak melanda, hihi... Seronok sebenarnya aktiviti cd-ing ni, hari tu ada beberapa kali skip tak basuh selang sehari(due to diorang tak pakai banyak), tiba2 terasa macam bosan dan pelik pulak sebab takdak aktiviti membasuh, menyidai dan melipat cds, ecewahhh bunyi macam rajin dan hima(=free) giler kan, hahaha. Eleh, macam laa kampung Ube ni sejuk sangat, bukannya snowing berhari2 pun, memang tak munasabah langsunglah nak bagi alasan malas men-cd sebab sejuk...

Berbalik kepada tajuk, sebenarnya rimas jugak tengok baju penuh bergayut dalam ruang tamu ni, merosakkan permandangan sungguh, tapi nak buat macammana, dah terpaksa kan. Nasib baik laa rumah ni jarang ada tetamu bertandang, kalau tak, hadoiii jenuh kelam-kelibut nak sembunyikan baju2 ni... Haaa tapi kan, ada jugak kebaikan dan keistimewaan menyidai baju kat ruang tamu ni iaitu time nak pakai tu, boleh pilih2 saja, ambil dan terus pakai, ala2 macam membeli kat kedai baju gitu, hakhakhak... *mereng*

6 comments:

aisha said...

hihihi..
samala ngan kami fith. hari2 jemur kat luar, pastu ptg masuk dalam rumah jemur kt ruang tamu la. bru la syokkk sikit nak lipat...

Fith said...

aisha,
oh tu keje org rajin tu,hehe...
tp mmg kan,tak syok lipat baju sejuk2 kan...

IDA said...

ala..rumah sapa pun kalau fuyu camni...bergayutan ala2 mcm rumah kongsi..tp takpe..umah2 kite jarang ade org dtg...lepas sidai kat luar sidai dekat heater jugakla..biar panas baru sedap lipat..kalau sejuk je tak confident betul2 kering ke ape..

Fith said...

ida,
haha yer ker,fuhhh lega,ingatkn fith je gini,sib baik ramai lg sama patent,hihi...
mmg pun,rasa tak confident je bila kain tu sejuk2 kan...

Anonymous said...

xperx2..bkn sllu begitu !

Fith said...

uruchimaru(nama mcm jepun pulak,hehe)
aah bukan selalu 1musim je,hihi