Tuesday, December 15, 2009

Weekends dan cerita Rafiqh & Raziqh...

Sabtu lepas macam biasa kami tak ke mana pun, petangnya myLove main bola, 2R ni pulak tidur. Malamnya untuk dinner masak steak dan chicken wing berempah...


Ahad tu I bangun awal sebab nak kena join gotong-royong penghuni apato ni. Gotong-royong ni acara bulanan(ahad minggu pertama/kedua), dah lama dah tak join, since bulan 10 2007 sebab balik Malaysia nak bersalin, then balik sini konon2nya nak tunggu Rafiqh besar sikit baru nak join balik tapi elok Rafiqh dah besar I pregnant pulak, tangguh punya tangguh hingga laa 2bulan lepas baru join balik. Kalau ikut hati memang nak tunggu Raziqh besar sikit, mudah nak tinggalkan dengan myLove tapi disebabkan mulai tahun depan kami jadi ketua blok so nak tak nak kena start biasakan balik berkomunikasi dengan penghuni blok dan belajar sikit2 buat kerja. Bulan lepas turun gotong-royong pukul 8pagi bawa Rafiqh, tak pasai2 dia selsema, taktau sebab sejuk ka atau sebab berjangkit. Ahad lepas serba salah dibuatnya samada nak bawa dia ka tak, takut selsema lagi, huhu, tapi kalau nak tinggalkan kasihan kat dia, risau jugak myLove tak boleh kontrol 2R ni, fikir punya fikir last2 decide bawa dia. Before tu macam biasa laa, mesti kena warning dulu dan berkali2 ingatkan supaya jangan nakal, jangan main jauh2 dari mama, jangan kacau barang2 orang, jangan kacau orang bla bla bla. Disebabkan dia dengar cakap, well-behaved, so next time boleh bawa turun lagi. Sepanjang dok buat kerja, dia main lari2 sana sini, jatuh tergolek2, pi bercakap dengan obachan(=makcik/nenek) dan ojichan(=pakcik/atuk), tapi bila orang tanya nama ka umur ka adik mana ka, hagham dia tak jawab pun, dia buat muka blur dia, cet! Nak kata tak kacau langsung tu tipu laa kan, dia sibuk laa jugak nak pegang itu ini tapi I suruh dia kutip daun2 kering masuk plastik sampah, jadinya dia dok pulun kutip daun2 tu ja laa...

Petangnya lepas asar kami ke Fuji Grand, jalan2 tengok orang. Punya laa ramai umat manusia, sebab ada sale dan point 10bai laa kot. Shopping sikit2 lepas tu lepak2 makan soft cream, yummy! Pukul 6 terus kelam kabut balik, takut tak sempat solat maghrib, sekarang ni 6.30 dah isyak dah... Rafiqh suka kemain boleh keluar, mamanya pun suka jugak, hihi. Rasa release tensyen seminggu dok terperap dalam rumah tu. Antara barang yang dibeli ialah drawing pad dan crayon untuk Rafiqh. Sejak semalam asyik laa Rafiqh dok melukis mewarna. Baguih jugak, tak laa dia kacau mama buat kerja, hohoho...
Sedikit update tentang 2R:-

1. Sejak jadi abang, Rafiqh ni banyak jugaklah berubah, antara yang ketara ialah dia dah tak berminat dengan baby orang. Kalau dulu setiap kali tengok baby, dia akan excited tapi sekarang baby orang dia dah tak pandang dah, jeling2 gitu ja. Mungkin bagi dia "alah, saya pun dah ada baby dah...". Oh tapi, he still over excited bila jumpa budak2 baya dia, sangat suka nak bercakap dan bermain dengan budak2...

2. Sejak adik lahir dan kami balik sini, Rafiqh makin rapat dengan ayahnya. Bukan takat rapat ja, manja dan sangatlah mengada2 bila ayahnya ada. Dulu tak pun, dulu semuanya mama, memang anak mak lah! Tapi la ni hadoi, gerammm, tahap mengada2 tu kadang2 buat mak-nya meroyan! Bukan jeles hokey, baguih laa dia baik dengan ayahnya, sikit sebanyak ringan laa kerja mama kan, tapi bila time mama nak deal dengan dia(read: salin diaper, pakaikan baju, tidurkan dll) tu semua dia buat juai mahai, huiiiih rasa macam nak ja pelangkong kepala dia. Bila ayah takdak, baik laa pulak, elok ja perangai tu...

3. Kalau dengan adik tu, hamboi kemain lagi sayangnya. Adik buat apa pun, tendang2, tarik baju/rambut dia pun, boleh lagi gelak terkekek2, suka kemain laa ingat adik tu bagi response kat dia. Tak sakit kot, syok laa, sikit hari lagi adik buh penampaq ka cakar ka gigit ka hapa ka, haa entah2 time tu adik pun dia 'kelepiaq ikut dan' dia... Barang2 dia pun tak kedekut laa lagi, semua nak bagi adik. Dia pun dah faham, mana2 barang lama dia yang dah diberi pada adik(stroller, baby-sofa dll) adalah milik adik, so kalau adik nak guna dia tak kesah pun, tapi kalau adik tak guna, dia laa ghabat(=panjat) naik... Hari tu nak bawa 2R jalan2 kami bawa keluar stroller merah, dia terus terkam, ingatkan dia yang nak naik, rupa2nya tak, dia tepuk2 sebut "adik adik adik" sambil tunjuk2 adik, owh pandai pun, tau pun mama nak buh adik, hehehe...

4. Rafiqh dah faham dah kalau orang sebut kata nak ambil adik dia. Kalau mood tak baik tu, jangan laa dok usik2 adik dia, dia serang naya ja. Siap hentak2 kaki, menangis, pukul2 orang dan tarik2 baju adik. Marah sangat kalau orang nak ambil adik dia. Ni semua gara2 my junior-Iza yang kuat benor ngusik dia, dia macam dah was2 nak bagi orang pegang adik dia...

5. 2-3hari selepas 2nd birthday dia, Rafiqh dah stop bottle-feeding sepenuhnya, yay! Rasa macam senang sangat nak stop-kan dia pakai botol, lega amat2. Selalu dok dengar orang cerita budak yang nyusu botol ni susah nak wean, tu yang jadi risau tu. Alhamdulillah, no more bottle-feeding for Rafiqh...

6. Raziqh dah makin aktif meniarap. Kalau onichan takdak, buh atas tilam ja dia pusing. Berpusing 2-3kali, sedar2 dah tergolek jatuh atas carpet. Onichan sangatlah pengacau, bila tengok adik mengiring, saja2 tolong tolak/tarik adik bagi meniarap/terlentang balik, kesian adik tu.

7. Raziqh ni pun kalau bagi ayah jaga, mengada2 kemain lagi. Taktau laa kenapa, suka sangat merap suruh ayah dukung. Kalau duk dengan mama, elok ja boleh main sorang2 atas bouncer tu tengok mama buat kerja. Bila ayah mengasuh ja suka nak buat perangai, mama nak buat kerja pun tak senang tau...

Budak kecik ni selalu dipanggil "sepet" oleh abangnya, hihi...

6 comments:

ojasamid said...

wah fith, no. 2 tuh mmg samer!
akak perasan benda ni bila tgk dia lepuk adik dia time ayahnya ada kt rumah SAJA. waktu lain OK je. sejak tu tiap kali ayahnya balik tak sempat tukar baju dh pi serbu buli bagai.:p personally sukalah juga bila tgk bonding tu rapat kan, but kesian tgk si ayah yg kepenatan..nak2 bila affan dh over mengada2 tu asik demand itu ini,melalak, throw tantrum pon ada kdg tu..semuanya sbb nk tarik perhatian si ayah, sbb dgn maknya tak pulak. baik je..huhu..
yg pastinya, sbg langkah pencegahan, mmg si adik akan duduk dgn maknya sepnjg ayah ada kt rumah. biar si ayah jadi "hak milik ekslusif" si abang sorg.lalala..

haih..anak2 ni,mcm2 ragamnya kan? poning poning (@_@)

Fith said...

kak oja,
haha lawak sungguh affan ni kan.mmg sama je mcm rafiqh.cuma rafqh ni tak jeles plak dgn adik bila ayah dukung adik,taktau laa sikit hari lg kan.tp yg pasti dgn fith ni dia boleh buat mcm musuh tau bila ayahnya ada,kemain berlagak lg,geram sungguh!bila ayah dia ada,kalau nangis tu tak reti sikit2,over manjang,hadoi sabar je laa.
poning2,hahaha

mysara said...

rayyan pon suka melukis @ menconteng.. bila dah bosan,siap la dia suh org lain pulak lukiskan utk dia..jenuh nk layann.lps satu2 benda dia minta lukis..mama dia nih dah ler xde bakat melukis..bila lukis,dia teka menda lain pulak..sabar je laa

Fith said...

my,
wahhhh rayyan dah pandai request lukis ek,erai2...rafiqh belum tahap tu lg,dia conteng ja lebih,taktau la apa yg dilukis tu,klau tanya pun dia ckp hapa pun fith tak faham,hahaha.pi mai pi mai taktau jugak,hehe.

kew_chop said...

hahaha, dulu pun tension gak kalo junior dok selalu usik2 anak. tak pasal2 anak pandai wat perangai sebab selalu kene usik. biasala kalo org takde anak memang selalu wat lawak yg kadang2 wat anak naik angin. kita dulu pun b4 ade anak pun selalu kacau anak sedara. kita dulu selalu ckp nanti adik lahir mama dah tak sayang derang dah. terukkan. kesian budak tu sedih emo sebab dgr kita ckp camtu. baru sekarang tahu kita tak patut ckp kat budak2 camtu. tapi tula, junior ni semua gakla pengubat hati anak2 untuk main sama2 kan.

Fith said...

Murni,
haa betul2,hahaha
tapi sib baik juniors fith tak ckp bab sayang adik-tak sayang onichan tu,depa selalu usik nak amik adik dia ja,hehe.kdg2 bila fith geram rafiqh kacau/buat kasar2 kat raziqh pun fith usik gak nak bagi adik dia kat orang,sbb nak suh dia jaga adik elok2,taktau laa benda tu baik ka tak baik,hehe.