Friday, December 18, 2009

Salam maal hijrah

Salam maal hijrah buat semua kawan2...
Moga lembaran tahun ni lebih baik dari yang sebelumnya dalam segala hal... Yang baik pada firasat kita itu belum semestinya baik untuk kita, sesungguhnya Allah lebih mengetahui, makanya berbaik sangka lah dengan apa jua yang mendatang. Think positive, insyaAllah kita akan selalu merasai nikmatnya dan indahnya kehidupan walaupun hidup penuh direntangi dugaan...

Pagi semalam 1st day snowing untuk winter tahun ni, sekejap ja turun pun. Kebetulan tengah snowing tu Rafiqh dah bangun tidur so bawa dia ke beranda dan tunjukkan yuki(=snow) kat dia, dia pun galak laa dok sebut "yaki, yaki". Nanti tunggu yuki turun lebat2 dan tebal menutup bumi boleh laa bawa dia main yuki, tapi kena belikan glove dulu, kalau ada boot hujan tu lagi syok, haha, over aih! Oh tempat kami ni snow tak lebat sangat, Yamaguchi ni terletak kat hujung pulau menghala ke bawah Jepun, taklah sesejuk kawasan atas2 nun, jaranglah nak tengok bumi putih seputih-putihnya berhari2, tapi I lebih suka macam ni, memang tak suka sangat sejuk2 dan snowing, nanti susah nak keluar rumah... Syukur amat tercampak di sini, alhamdulillah...

Bila snowing ni mula laa jadi malas nak bergerak, rasa nak duk kat ruang tamu ja, takmau pi dapur, takmau pi bilik... Haduhhh sejuk sungguh sampai ke tulang! Tapi Rafiqh ni releks ja, dia boleh tak pakai baju pun, cuma pakai diaper, hadoiii sabaq2... Budak2 memang macam ni agaknya, tahan sejuk tapi tak tahan panas, huh! Dia ni kan macam tau2 ja time ayah dia nak balik, lepas mandi petang tu terus semua taknak walhal pagi/tengahari tu ok ja, semua kena tunggu ayah buatkan, hiiii geram sungguh! Sejak dia kecik lagi I memang akan make sure dia mandi dan siap comel2 sebelum myLove balik. Of course laa nak ayah dia tengok anak2 dia comel terurus kemas bila dia balik rumah setelah penat seharian bekerja kan. Tapi lately Rafiqh dah taknak cooperate, hish lantak lah, malaih nak berperang!

Sejuk2 ni selera makan pun bertambah2. Wahhh bahaya ni, hehehe, ada terasa nak kurangkan aktiviti memasak, boleh bagi alasan tak tahan sejuk nak duk kat dapur lama2 hihi tapi bila tengok Rafiqh yang kemain lagi berselera makan, tak henti2 makan, rasa tak sampai hati laa pulak taknak masak, adoiii... Boleh ja masak tapi tak makan, tapi tak tahannn, hahaha... Haa, rabu lepas buat tepung pelita, lamaaa dah teringin nak makan, so for the 1st time buatlah sendiri. Tekstur dah elok, lembut beralun tapi malangnya taktau tang mana silap bahagian bawah yang hijau tu terpahit sikit, hadoiii terlebih letak daun pandan ka?! Nak kena sambung menuntut ilmu lagi ni, lepas tu boleh cuba sekali lagi... Walaupun bahagian bawah tu tak jadi, nasib baiklah bila makan dengan part santan tu tak terasa sangat pahitnya, so Rafiqh pulun makan berbekas2, habis dah pun petang semalam, legaaa... I memang takkan buang makanan, kalau gagal sekalipun mesti usaha dan cuba jugak makan sampai habis, sayang kan nak buang2...

6 comments:

ida81 said...

salam maal hijrah...lame jugak tak buat kuih ni hehe..nanti bile2 rajin nk buatle...jadi pahit sbb letak terlebih kapur kot :-)

Fith said...

aah ida,
betul2,terlbh kapur,fith baru je tanya mak,haha.tuh laa,tak hbs berguru dah gatai nak buat,tu tak jd tu,hihi.nanti ida dah buat,buh resepi ek,hehe

elah said...

salam maal hijrah :)
sana pun tgh turun gak ek yuki...kt sini pun saikin dok turun tp dia tsumoru kejap jelah.ni pun tgh turun sikit2.x jemu tgk yuki turun...rasa tenang je hati hehehe :)
kt sini sejuk...skrg tgh minus 4 kt luar tu blom tgh mlm lg,soro2 kene start bt mizunuki kalo x bekulah paip.
nnt letaklah gamba rafiqh main yuki hehehe :)

Ina said...

sedapnya tepung pelita. teringin nk mkn lama dh tp xbuat2 jugak. teringat plak psr mlm. malas2 boleh p beli je hehe. kalau dok sblh rmh fith boleh main tempah2 je hehe. kiter pn fith sayang sgt nk buang mknn. xsedap cmner pn slagi leh mkn kiter mkn.

Fith said...

elah,
sib baik fith tak dok area atas,kalau tak,adoi tak keluar rumah dah laa,hehe.
klau kadang2 dpt tgk dan pegang2 yuki mmg best,tp tu la fith tak tahan sejuk,hehe.
haa nanti klau ada gambar fith upload k.kat sini jarang2 sgt yuki turun tsumoru,ntah ada peluang ker tak utk rafiqh main,hihi

Fith said...

Ina,
kalau duk sebelah umah,fith hantar dah laa.tp kena buat bg jadi dulu baru boleh bagi org rasa,hehe...
hari tu blk msia sempat mkn sekali ja yg sedap,tempah kat org.klau beli kat pasar selalu keras,org perak plak suka buat kuih masin2,pelik tul,hehe.
itulah,sayang kan nak buang.mesti cuba olah2 utk mkn jugak...