Thursday, December 31, 2009

Takeshi-kun 5months

Semalam Raziqh dah pun 5bulan, macam tak percaya laa pulak, tengok badan tu kecik ja kan. 2minggu lepas timbang berat dia, bacaannya cuma 6.7kg, alahai cinonet betul...

Sekarang ni dah makin banyak kerenah, banyaklah auta dia, geram betul, rasa nak gigit2, nak cubit2. Bila dia buat hal, dia akan dikenakan hukuman dengan digomol dan dibuli, hahaha puas hati mama!

Raziqh dah mula develop interest towards foods, ewah bergaya nak makan tu bukan main lagi. Bila tengok orang makan, dia pun sama naiklah sibuk mengunyah, sampaikan kadang2 mama confuse "eh budak ni makan apa?", siap korek2 mulut dia, kot2 laa si Rafiqh tu sumbat apa2. Bukan boleh percaya sangat onichan tu, kadang2 mai mood baik dia, habis semua benda nak jamu adik makan, haihhh... Pernah beberapa kali I suakan foods kat mulut dia, to test whether he really want to eat, tapi dia tak buka mulut pun, means it's not the right time yet. Memang takdak niat pun nak bagi solid lagi, saja nak test guna teori yang pakar2 sarankan...

Raziqh dah boleh kontrol pergerakan tangannya, so sekarang kalau suakan apa2 dia akan cuba ambil and he is able to grab anything close to him, usually anything in his hand will end up masuk mulut, part ni Rafiqh cukup elergic, haha pantang-tok-nek dia tengok barang2 dia adik buh mulut, nanti dia akan cakap "adik, aaip aaip choudai choudai(=bak balik)", bila dah ambil barang tu siap cakap "yuck eeiii yuck" sambil lapkan dengan apa2 kain yang ada dekat2 dia, geli tengok mainan penuh air liur adik, haha lawak dan cute sangat. Lagi cute bila tengok Raziqh 'marah' bila barang dia pegang kena 'rampas', terus melalak dengan gaya sakit hati, hihi...

Bila dah mula pandai guna tangan kaki ni, makanya makin mencabarlah tugas mak dia. Kena lebih berhati2 bila pegang dia masa buat kerja. Selalulah dia gagau pinggan masa dok suap Rafiqh makan, kadang2 kaki tu lawa ja landing masuk pinggan, Rafiqh punya laa suka gelak sakan tengok adik tepuk/gagau pinggan, adik pun sama2 gelak tengok onichan yang berdekah2 ketawa tu, heeee mama rasa macam nak penyet ja 2budak ni tau, hangpa pakat buli mama ek...

Raziqh dah pandai berinteraksi dengan kelibat mama, lately kalau tinggalkan dia kat ruang tamu dan I buat kerja kat tempat lain, kalau lalu dekat dia atau bila dia terdengar suara mama, dia terus berpusing2 cari mama, bila dah nampak terus laa start enjin ehek2 nak menangis. Selalu jugaklah terpaksa heret bouncer dia masuk dapur yang sejuk tu supaya dia boleh nampak mama buat kerja, baru laa dia tak bising...

Sekarang ni dah takmau duduk, dulu takmau baring, nak didudukkan, sekarang takmau duduk nak suruh orang bagi dia berdiri pulak. Banyak cikadak betul laa budak kecik ni. Kalau riba bagi duduk, dia tonjol2 kaki dan badan dia untuk berdiri, dah bagi berdiri tak reti berdiri diam2, goyang sana sini, pusing sana sini, lenguh betul tangan ni. Kalau baringkan atas bantal atau bouncer yang tinggi sikit bahagian kepala tu, dia akan angkat kepala dia sampai terguling2 jatuh, haha, geram betul, macammana tak kena gomol kan...

Bila dia 'bercakap', dah boleh dengar sebutan baba wawa dada etc. Kadang2 dia macam main dengan bunyi2 tu ala2 test suara gitu, Rafiqh pun teruja tengok kebolehan adik, ketawa besar siap tepuk2 tangan onichan dengar adiknya 'berkata2', kagum ker? hehehe...

Salah satu 'hiburan' Raziqh ialah mendengar tangisan onichan. Elok sangatlah tu, Rafiqh pun kalau dengar adik nangis dia tukang gelak, haa adik pun sama laa. Rafiqh ni sejak kecik dah gitu dah, bila tengok orang nangis dia boleh pi gelakkan, apa yang lawak pun taktau laa. Setakat ni dia tak pernah lagi kena lepuk sebab gelakkan orang, hehe. Bila dia nangis dan adik gelakkan, tak pulak dia 'hangin' marahkan adik tu. Setahu I, selalunya budak2 ni kalau tengok orang nangis depa pun nangis sama without reason, tapi 2R ni pelik, terbalik pulak, hish ayah dan mama pun tak faham...

Dia suka main dengan kakinya, kalau pakaikan stokin dia dah pandai tanggalkan. Suka sangatlah tarik kaki masuk dalam mulut, kalau ikut petua orang2 tua, budak bila dah hisap jari kaki tandanya nak adik, ish pepandai je kan, hahaha... Raziqh nak adik ker? Tunggu tahun depan ek, hahaha...

Happy 5months young darling!

6 comments:

zura said...

sekejap je kan fith mase berlalu..! dah lima bulan dah..! tapi seronok kan tgok perkembangan dorang nie..!

rafiqh spesis amsyar gak.., dia suka tgok adik dia ngis..! boleh ketawa lagi..! dia ingat adik dia agah dia gaknya kot..!pelik kan.., hahahahaa
mcm2 hal bebudak nie kan..!

ojasamid said...

wah, `bday` raziqh n ayyasy beza sehari je. hehe.ayyasy turns 9 montsh old today.:D
apepon terasa sgt masa tu cepat berlalu bila ada baby kecik ni kan. kalau dh toddler tuh xrasa sgt kan..nk2 bila anak yg seken ke atas ni kiter mcm xbrape sempat nk `belek`2 setiap perkembangan dia mcm masa si sulung.huhu. cian si adik..:(

Fith said...

zura,
hahaha pelik sungguh kan,boleh plak digelak2kan si adik.sikit hari lg adik plak gelakkan amsyar,hehe...

kak oja,
oh ye ker,happy 9months ayyasy!
mmg pun,bila dah toddler tak brp nmpk beza sgt kan,tp baby rasa cepat je,byk tul berubah sebulan ke sebulan.
aah tak sempat nak belek2 kan.raziqh ni kecik je,fith tak rasa mcm dia 5bln pun,tak rasa sgt dia cepat membesar,hehe.

mysara said...

raziqh nk adik la mama... hehehe.. happy 5months to baby raziqh yg tomey!!

Fith said...

My,
wooo mada2,raziqh kena 2tahun dulu baru leh ada adik,macam abang rayyan,hehe

Anonymous said...

My spouse and I stumbled over here from a different web address and thought I might as well check things
out. I like what I see so i am just following you. Look forward to looking into your web page for a second time.



Also visit my weblog :: phoenix law firms