Tuesday, December 8, 2009

Cenge!

Note: Cenge(cara baca -> CE tu celak punya ce, NGE tu ngelat punya nge, errr ada paham?!)...

Cenge tu maknanya garang!

Hari ni nak cerita bab mak bapak yang garang laa pulak, hihi...

Bagi pendapat I, dalam sesebuah institusi keluarga, mesti kena ada salah sorang parents tu yang garang - either father or mother. Kalau dua2 baik, takut anak akan pijak kepala dan kalau dua2 garang sangat pun tak boleh jugak, sebab nanti anak2 hilang tempat mengadu...

Salah satu tips dalam mendidik anak ialah bila si ibu marahkan anak, si bapa tak boleh tumpang marah sama, anak tu sure akan turns to sorang lagi untuk dapatkan perhatian, even though memang dia bersalah pun, tetap kena pujuk jugak, dan bila dah cool down si bapa kena terangkan apa anak tu buat tu salah bla bla bla. Dan begitu jugaklah sebaliknya. Tapi sangatlah tak boleh bila si ibu tu marah, alih2 dia pulak pi pujuk anak tu, next time bila marah lagi anak tu dah tak heran dah cause dia tau satgi mak dia mai pujuk balik(dia dah tak terkesan dengan rasa bersalah dan taknak buat lagi), ulang2 pi mai pi mai dia akan demands dipujuk dan akhirnya dia naik lemak...

In my own family, abah seorang yang sangat baik, jangan kata nak pukul, jentik pun tak pernah, jangan kata nak jerkah, marah pun tak pernah! Seumur hidup 26tahun ni, belum sekali pun tengok abah naik angin, tak pernah tengok abah maki-hamun, tak pernah tengok abah tengking2, bukan takat anak sendiri ja, kat sapa2 pun even his staffs pun abah selalu respects, cuma orang ja kadang2 tu buat lebih kurang ja dengan abah... Abah memang sangat penyayang tapi kalau kami ada buat salah, abah akan tegur melalui mak atau dengan surat. Perghhh kalau dapat surat dari abah, mau ketaq lutut 44hari, hahaha. Kalau abah sampaikan isi hati dia, selagi tak minta maaf dan berubah, selagi tu perasaan tak senang hati tu menghantui diri, sungguh! Hebatnya abah main psikologi dengan anak2 sampaikan kami jadi begitu menjaga hati dan perasaan abah. Sebab tu laa walaupun abah tak garang, kami sangat sanjung abah, tak pernah sekali pun ada antara kami yang kurang ajar dengan abah...

Mak pulak sejak azalinya cenge nak mampuih! Kalau mak marah, satu kampung boleh dengaq(hahaha tipu laa sangat)... Oiii serius garang weiii! Hari tu masa nak pindah rumah yang kami duk sekarang ni, jiran mak depan rumah tu kata "sunyi laa cik Zah(=my mom) pindah nanti, tak dengaq dah laa suara cik Zah marah Sulhiy(=my youngest bro)", hahaha haa baru mak tau, dulu kami habaq suara mak kuat sangat mak tak percaya, kan dah malu sendiri, kahkahkah... Bukan takat garang dengan anak2 dia ja, habis dengan anak2 menakan ka cucu2 menakan ka anak2 orang pun dia balun marah jugak kalau buat salah. Sampai la ni kalau anak2/cucu2 menakan belah mak tu, bila depa nakal dan mak depa kata nak ngadu kat makchik/tokchik(panggilan untuk mak), depa sure cuak punya laa...

Masa kami kecik2 dulu, mak garang sangat, kadang2 tu rasa diri ni macam anak angkat pulak, hahaha... 6beradik kami tu terbahagi 2 dek perbezaan usia, 3 yang atas - abanglong, me dan alang dengan 3 yang bawah - ateh, achik dan adik. Kami 3 atas tu jarak umur dekat2, setahun lebih ja beza tapi dengan 3 yang bawah tu jauh laa. So masa depa ni mak dah berumur, depa kira untung laa, mak dah tak garang sangat dah kalau nak compare dengan masa kami yang atas2 ni. Kami ni perghhh silap sikit ja siap aar, memang kena punyalah! Selalunya kalau abah ada, abah laa jadi superman, ultraman, batman dan segala-mala superhero lain, bagi kami abah laa penyelamat kami, hihi...

Kalau kami nakal, mak tibai pakai batang lidi pokok nyok, tak pun pakai bulu ayam, tak pun mak pi lughut batang inai depan rumah. Dulu pindah tang mana pun, mak mesti tanam pokok inai depan rumah, bukan mak guna daun tu buat inai tapi guna batang tu buat rotan! Sapa tak pernah tengok pokok inai mungkin tak tau kot yang batang pokok inai tu ada duri, ya DURI! Kalau mak lughut batang inai, mak tak lughut habis duri2 tu, mak buang tajam2 tu ja, so kalau mak piap, memang lekat baloq laa, 5tahun takkan lupa, confirm! Tapi kami 3beradik hebat, tiap2 kali mak beli/buat rotan baru, kami pakat pi curi dan sembunyikan, pernah jugak kami patah2kan lepas tu pi buang, nanti bila mak nak tibai, mak cari tak jumpa, hahaha, jahat sungguh, tapi lepas mak melilau cari tak jumpa, kami tak hebat dah laa sebab mak tibai jugak, silap2 haribulan sorang punya pasai semua kena, sapa suruh bersubahat, hohoho...

Selain rotan, mak suka jugak men-cili, haa ni kalau cakap bukan2 memang kena laa. Mak tonyoh cabai hidup tang mulut, dulu kecik2 dulu I pernah terfikir awat mak tonyoh pakai cabai besaq, awat tak guna cabai kecik ja. Bodoh piang sungguh, kalau mak pakai cabai kecik, haruih berhari2 dok pedih mulut, jenuh hangat tak duk diam seminit... Lepas proses di-cili, haa pandai2 laa pi gagau ais...

Depa 3orang bawah kami tu rasanya tak pernah kena rotan pun kot, habis2 sangat pun mak buh penampaq dengan cubit ja, cet, apa kelas?! Sebab kami ni rajin kena balun laa kami semua study oversea, arrr buleh?!

Mak tidaklah garang membuta-tuli, ada masanya mak baik jugak. Mak tegas mendidik kami untuk tengok anak2nya hidup berdisiplin. Sejak kecik jadual hidup kami dah mak susun, bila nak kena mandi, bila nak makan, bila boleh main, bila kena study, bila boleh tengok tv, bila kena masuk tidur, even pakaian apa nak kena pakai pun mak yang tentukan, etc etc... Dulu mak tak bagi kami berkawan sangat, kata mak "berkawan kat sekolah ja, balik ghumah haa kawan dengan adik-beradik suku-sakat hangpa ja", sebab tu laa I tak ramai sangat kawan baik kot, berkawan takat biasa2 ja. Mak memang ambil berat setiap perkara dalam hidup kami, walaupun kadang2 tu rasa terkongkong tapi kami jarang nak bantah, sebab takuttt, hehehe...

Walaupun kecik2 dulu I pernah membenci cara mak mendidik kami, walaupun I pernah berkecik hati dengan kata2 mak, walaupun I sering memberontak menuntut keadilan, walaupun hati diasak sejuta satu rasa dan persoalan, tapi tetap di celah2 semua episod perit itu ada kasih dan cinta yang amat mendalam bila direnung2kan...

Kalau dulu mak tak cenge macam tu, mungkin kami bukan kami yang sekarang. Mungkin kami tak berakhlak seperti sekarang, mungkin kami tak berjaya seperti sekarang(walaupun I cuma seorang surirumah, hehe), mungkin kami tak menghargai dan menyanjungi kasih sayang abah mak seperti sekarang, dan seribu kemungkinan lainnya... I bersyukur, alhamdulillah, atas usaha jerih perit mak mendidik kami, kami adalah kami yang kini. Kami yang kini adalah anak2 yang membenihkan senyum dan tawa pada wajah mereka, anak2 yang memekarkan kebanggaan buat mereka, anak2 yang membahagiakan mereka...

I ambil masa yang agak lama untuk faham dengan cara asuhan mak. Untuk sampai ke titik penyudah tu I banyak berperang dengan emosi sendiri. Oleh itu I tak pernah bercadang untuk mengulangi kisah hidup yang sama untuk anak2 I. Mana2 yang baik I kutip jadikan panduan, mana2 yang buruk I akan tinggalkan jauh tak berjejak! Jurang generasi adalah faktornya, mungkin cara nenek kita dulu2 didik ibubapa kita sangat releven untuk masa tu, tapi cara tu dah tak sesuai dengan kita, demikian jugaklah aplikasinya untuk generasi anak2 kita seterusnya.

Pun begitu, I tak pernah fikir cara mak tu salah, I tak pernah kutuk cara asuhan mak, buktinya mak tak silap ialah pada hasil2 yang terpampang pada kami 6beradik. Hingga saat ni pun, I still berpaling pada mak setiap kali hati ni dirusuh kegelisahan, I masih refer mak untuk banyak perkara...

Garang tu perlu tapi biarlah berpatut padan, apa yang penting ialah mendidik dalam ketegasan yang penuh hikmah, tak lupa dari menyulam kasih sayang dan perhatian dalam komunikasi seharian. Beri yang terbaik dan mohon dari Yang Esa untuk yang terbaik. Moga anak2 lembut hatinya untuk dilentur sebaiknya...

8 comments:

zura_betty said...

hush.., penuh emosi entry fith kali nie..! tapi betul la fith.., umie zura pun lebih kurang mcm mak fith..! lagi la zura tak de ayah.., kalau kena atok la penyelamat..!

umie zura lagi tahap gaban tau fith.. rotan kat rumah siap ade saiz.., dah tu siap dia pecah2 kan..! so kalau sekali libas.., sure bisa..!

penah dulu mase at sgpore.., umah atok zura tu ade pokok mangga.., di siap ikat kat pokok dgn ade kerengga..! huhh, mmg rase nak lari rumah ..!

padahal rase kita nie tak la nakal mane kalau banding dgn budak lain..! bercampur dgn org pun tak.., same la mcm mak fith..! dia dok suh kawan dgn adik beradik sendiri je..! dah la zura adik beradik 2 org je..! aiee

tapi mcm fith cakap.., setiap ibu bapa tau yg terbaik utk anak2 mereka kan..! kalau tak kerana rotan dulu mungkin tak sampai ketahap camni kan..!

ape pun.., skang nie tugas kita pulak nak didik anak2 kita kan..! dugaan dorang di masa depan lagi kuat..! kalau kita tak siap kan perisai yg kuat dari rumah..! maslah nanti..!
same2 la kita pegang n pikul tanggujawab nie ye..!

Ina said...

waa garangnya mak fith hehe. kiter pn ayah biasa2 je. tp xdela xpenah marah2. ada jugak rotan2. tp sama la kiter... mak laa yg laagi garang hehe.

jd apa2 pn even surirumah tetap tugas berat fith. ada org p ofis xwat keje pn sibuk curi tulang. tp ada yg betul2 jlnkan tanggungjwb. kiter ni semoga jd sahm yg berkaliber yg dpt menghasilkan anak2 yg jd 'org'. rasanya ni laa job yg paaaling susah dlm dunia ni hehe. fith sndiri pn dh ada cth mak fith kan. motherhood is the oldest job in d world :D

Fith said...

Zura,
tuh dia,umie zura lg power,siap ikat kat pokok,hahaha.
tp mmg betul laa kan,kalau mak2 kita tak mcm tu dulu,mgkn kita tak jd kita yg skrg.hehe...

tuh laa kan,nak didik anak kita zmn skrg ni laa yg plg mencabar.klau silap pukul,silap2 masuk mahkamah kena saman,hahaha.apapun,moga dipermudahkn urusan mendidik anak buat kita yer...

Fith said...

Ina,
hehe sorry2,jgn laa terasa lak ek.fith tak maksudkn surirumah tu tak bagus,fith bangga tau jd surirumah.kat luar sana bersepah ibu2 nak duk umah jaga anak n family kan?kita2 ni bernasib baik kan?hihi...

kew_chop said...

baru semalam kene marah ngan hubby ckp pagi2 dah marah2 anak. huhuhu, nampak sgt kita ni garang teramat ngan anak2. apapun semoga anak2 kita dpt dilentur ngan baik, InsyaAllah..

Ina said...

hehe fith kiter xterasa la seriously. saja tulis gitu sbb fith kata "walaupun I cuma seorang surirumah, hehe". sbb kiter pndg sahm high class jugak. kiter ada cth terdkt mil la (sbb my own mom kerja). wat masa skrg slalu dok pk mampu ke jd mcm dia nk produce anak2 yg jd 'org yg berjaya n beragama'. rasa susahnyaaa. tp mcm fith kata la kiter pn bangga jd sahm skrg ni. moga kiter boleh jd sahm yg terbaik n bkn yg 'kosong' aje hehe :D

Fith said...

Murni,
hahaha fith faham,kita pun bukan suka sgt pun nak bising2 pagi2 tu kan,dah terpaksa,yer dak?haha
sabo je laa...

Fith said...

Ina,
hehe yer laa kan ina,kita sahm yang ada ijazah,mesti laa high class kan,ihiks...