Strawberry Jam Muffin
Resepi asal di sini -> http://www.myresipi.com/top/detail/1343
Buat muffins ni awal2 pagi untuk breakfast. Bestnya dapat makan muffins panas2 di pagi hari, tuh pasal laa berat tak turun2 kan, hahaha. Takpa laa, saya redha dengan maintain 47kg ni... Tak berapa menjadi sebenarnya tapi ok laa takat 2beranak kami ja nak telan, kekeke...
Sosej burger dan chicken burger
Classic Butter Cookies
http://www.myresipi.com/top/detail/1913Biskut ni dah lama nak try buat, akhirnya dapat jugak buat, memang sedap! Rafiqh pulun makan sungguh2, lepas satu, dia minta lagi satu, puas hati tengok dia makan. Buat isnin lepas, sat ja semalam dah habis dah. Minggu depan mama buat biskut lain pulak ok.
Kali ni I buat 1 adunan penuh, so dapat dekat 200 biji...
Bahan2:
370g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
150g gula (I letak 100 g saja)
150g butter-suhu bilik
sedikit esen vanila
Cara2:
- Pukul butter sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula sikit demi sedikit. Pukul lagi sehingga putih.
- Kemudian masukkan telur dan esen vanila, pukul lagi sehingga sebati.
- Masukkan pula tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau dgn spatula sehingga sekata.
- Wrap dgn plastik wrap. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
- Keluarkan dr peti sujuk. Alaskan papan canai dengan plastik wrap. Letakkan doh kat atasnya. - Kemudian letak satu lagi plastik wrap kat atas doh tadi. Canaikan sehingga setebal 5mm. Terapkan dgn cookie cutter.
- Bakar dalam suhu 180C selama 20-25 minit. (I bakar 15minit saja)
Apam Marmar
http://www.myresipi.com/top/detail/871Dah 3kali buat apam ni, senang sangat dan sedap pulak tu, gebusss! Kali ni buat pakai acuan kecik2 beli kat Malaysia balik hari tu. Tapi tak sempat nak "marmar"kan sebab si kecik meragam lapar, bantai ja buat satu warna sebab nak cepat... Ni resepinya:
Bahan2:
125 g tepung berserbuk penaik
100 ml santan
100 g gula halus (I buh 80 g saja)
1 biji telur Gred A
1/2 camca teh vanila esen
1/2 camca makan ovallate
Secubit garam
Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)
Cara2nya sila refer web yer...
No comments:
Post a Comment