Waaaahhh rasa macam dah lama sangat tak cakap hal breastfeeding ni kan?! Rindu sungguh!!!
Mai nak imbas balik cerita lama, eceh lamaaa laa sangat kan, ihiks.
Rafiqh dulu berhenti menyusu badan sepenuhnya ketika usianya 1tahun 4bulan, I was pregnant with Raziqh at 5months++ that time, supposed I tak ada problem laa untuk menyusu hingga saat adik lahir tapi malangnya due to heavy morning sickness, susu berkurang. Rafiqh dengan rela hati terus wean himself without me doing anything, sedar2 ja dia dah berhenti. Lebih kurang 3bulan jugaklah I "bercuti" dari dunia penyusuan susu ibu dan kemudiannya sejurus selepas Raziqh dilahirkan, I kembali menyusu... I heart breastfeeding so much, so kinda excited dan tak sabar nak menyusu balik...
I pernah tulis dulu tentang ralatnya rasa di hati sebab tak berjaya untuk capai target menyusukan Rafiqh selama 2tahun, tapi I berhasrat untuk tandem nursing both of my babies once adik is born. Sayangnya lepas Raziqh lahir, Rafiqh memang dah tak berminat nak sambung menyusu, dia berhenti pun suka rela kan, kalau kena paksa mungkin dia nak nyusu lagi kot. Sampai sekarang ni pun I still offer nak breastfeed dia bila dia kacau adik nyusu tapi dia tak nak pun, haha. Saja ja suka usik2 dia, tau dia dah big boy, takmau dah kepit2 dengan mama... So, berakhir laa kisah penyusuan Rafiqh, kini I tengah berusaha keras untuk sempurnakan 2tahun penyusuan susu ibu untuk Raziqh pulak, moga berjaya, amin...
Rafiqh dulu dia exclusive breastfeeding untuk 5bulan je, then I started giving him solid foods. Masa dok dalam pantang tu mak ada jugak suruh suap dia minum air, I memang tak bagi laa sebab faham dengan konsep exclusive breastfeed ni. Tapi I tak bantah pun cakap mak, orang2 tua tak ramai yang faham so tak boleh nak salahkan depa kan, mak pun menyusukan kami 6beradik ni 2bulan pertama tu ja, so takkan nak expect dia terer habis bab breastfeeding ni kan. Slowly I explain tentang hal ni sampai laa bila berpantangkan Raziqh, mak tak pernah suruh dah bagi dia minum air. Bermakna Raziqh ni memang truely on exclusive breastfeeding...
Menyusu secara eksklusif ni tak ramai pun yang betul2 faham sebenarnya, in fact ibu2 yang dok nyusu anak tu pun bukan semua faham makna sebenar penyusuan eksklusif tu. Menyusu secara eksklusif ni ialah dimana anak2 diberi minum susu ibu sepenuhnya, tak campur benda2 lain hatta air masak sekalipun! Kita selalu dengar yang kita digalakkan menyusu secara eksklusif for at least 6months tu kan, haa maknanya kita kena laa bagi anak2 minum 100% dari susu ibu SAHAJA, baru laa betoi dengan konsepnya! Tapi kalau anak tu sakit, janganlah pulak berkeras tak bagi dia makan ubat hokey. Ubat2an tak dikira sebagai pemakanan luar, so kalau dia makan ubat pun ketika menyusu eksklusif, dia masih dikira di bawah term terbabit. Ada faham?!
Kenapa penyusuan susu ibu itu penting?
Susu ibu adalah makanan terbaik setiap bayi, hang bagi laa susu paling mahai dalam dunia ni pun, masih jauh ketinggalan kalau nak dibandingkan dengan kebaikan susu ibu. Susu ibu bukan setakat membekalkan nutrisi paling sempurna mengikut keperluan bayi kita, malah susu ibu juga mengandungi antibodi yang sangat diperlukan oleh bayi.
Kenapa penyusuan susu ibu secara eksklusif ni penting?
Bayi tak perlukan makanan tambahan lainnya dalam tempoh 6bulan pertama kelahiran. Susu ibu sudah cukup untuk memenuhi keperluan nutrisi harian depa. Rantaian antibodi yang terbina dari susu ibu akan musnah bila kita bagi anak kita minum/makan benda lain, so takdak fungsi laa kita pulun menyusu yang kononnya untuk jaga kesihatan depa kalau pada masa yang sama kita kalut nak bagi depa makan benda lain... So ibu2, sabaq naa... Tunggu depa besaq sikit kot kalau gatai nak suap sangat, hahaha... (diri sendiri yang gatai sebenarnya, huh!)
Tahukah kita kenapa susu ibu itu dianggap paling sempurna dan istimewa?
- Susu ibu mempunyai "rasa" yang berubah2 mengikut pemakanan si ibu. Sebab tu laa ibu2 yang menyusu mesti makan makanan yang ber-variasi dan seimbang... So tak hairan laa kan bila baby yang bijak selalu refused minum air masak/formula milk sebab depa pun pandai rasa mana yang sedap, mana yang tak...
- Susu ibu berubah2 kandungan nutrisinya mengikut keperluan bayi pada peringkat usianya. Kalau kita tengok susu formula kat pasaran tu kan ada peringkat2 usianya kan, haa istimewanya susu ibu ianya bertukar secara natural, bermula dengan susu awal ibu(=kolestrom) hingga laa susu sebenar...
- Susu ibu berubah2 kepekatannya mengikut cuaca dan keperluan badan bayi. Kalau kita amati susu yang terhasil, warna dan kepekatannya turut berubah dari masa ke masa. Ketika cuaca panas, kandungan air dalam susu akan lebih banyak untuk memenuhi keperluan si bayi...
Kalau ikut pendapat paed-Yoshimoto sensei yang I selalu bawa 2R jumpa ni, dia sarankan untuk setiap bayi diberi 100% susu ibu selama 6bulan. Kemudian mula introduce solid foods secara berperingkat dan terus menyusu dengan hanya susu ibu hingga usianya 1tahun. Selepas 1tahun, boleh laa introduce freshmilk pulak disamping penyusuan susu ibu hingga 2tahun.
InsyaAllah jika Allah izinkan, I nak sangat menyusu Raziqh secara eksklusif for at least 7 or 8months, depends on my milk production and him as well... Kemudian terus menyusu hingga usianya 1tahun 6bulan sebelum introduce freshmilk pulak. Menyusu lagi dan lagi hingga dia cecah 2tahun! Owh, gambare mama!
Wednesday, December 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
go fith go! hehe..
mmg bf-ing is not easy. ilmu, semangat dan sokongan tu penting kan?
as for both 2As (affan n ayyasy), sad to say that they are not an exclusively bf babies during their 6 first months. mangsa "polisi hospital". biasa kan kat jepun kat duduk spital 6~7hari, n not all (rasanya sgt sikit--> kat tpt akak ada satu je yg bagi option ni) yg benar2 menyokong konsep "bf EXCLUSIVELY) ni..huhu. so mcm biasa malam bila duduk dlm nursery depa dh bagi air gula (atau fm, ikut kibou maknya).huhu. masa anak first akak `merelakan`lah sbb masa tu agak jahil sket ilmu penyusuan ni, lps keluar hospital baru belajar mcm2 dri internet. tp bila anak seken yappari dame datta. tak mampu nk `melawan` birokrasi di spital wpon sungguh2 kita minta. plus ayyasy kena masuk inkubator sejurus lps lahir selama 4 hari due to some respiratory(?)problems.huhu. dpt pegang dia betul2 pon pd hari yg ke-3. cuma sedikit puas hati sbb dapat juga susukan dia 15mins lps lahir, which masa affan lgsg tak dapat nk buat.huhu.
mrk sgt menyokong bf tp tu lah kan,sistem rata2 spital kt sini mmg camtu. tak banyak yg amalkan sistem room-in 24h sejak hari pertama melahirkan. lgpon biasanya setiap hospital ada sponsor (FM company) so sket sebyk promotion tu berlaku juga..:(
apepon yg pntg kita tahu kita dh cuba ayg terbaik. so let`s strive for the best. ganbarou ne..perjalanan masih jauh :D
kak oja,
laa gitu laa pulak ek jepun ni.ish fith tak pernah tau pun psl polisi ni,thanks 4 sharing the info...
tp takpa laa kan,kita dah cuba yg terbaik...insyaallah anak2 kita dpt yg terbaik...
kiter berazam nk menyusu ihsan exclusive until cecah 2 thn insyaAllah. setakat ni pnh tahnik ihsan dgn air zamzam n kurma masa lahir n pnh bg ebm tru bottle 2 kali. kiter nk amik maksud tersirat konsep najis mukhaffafah tu. mcm fith ckpla kndungan susu ibu berubah2 ikut keperluan bayi. if org kata xcukup zat. kiter rasa xsetuju sbb quran sndri dh sebut smpi 2 thn kan bb tu leh hidup dgn susu ibu dia sahaja. if not mesti quran kata haaa kena bg mknan tmbahan kt bb bermula umur sekian2 hehe. mcm quran dh sebut 2 thn so mesti jugak bg solid once dh cecah 2 thn. tp tula kiter la kena jaga mkn segala. skrg pn dh byk mknan berkhasiat vitamin la apa la. tp mcm fith ckpla xtau la kot tetiba kiter gatai xsbr nk bg ihsan mkn. xsmpi sethn dh introduce solid hehe. tp tula kalau introduce pn if xtunggu 2 thn nk bg selambat mungkin la lbh 6 bln. tp kiter jauh lg ni perjlnan. byk lg kena blaja. ni tetiba susu merudum dh gelabah. ni tgh slow2 boost blk. tq fith tlg bg nadihat hehe. apa2 pn semoga mampu n berjaya bf ihsan genap 2 thn aminnn :D
betul tu fith.., zura cume dapat bf amsyar untill umur dia setahun 3bulan.., dah tu bila dah stat pregy Aisy, dia automatik tak nak..!
skang nie bila bg dia, dia malu2 n tak nak pun..! tapi ade sekali tu.., zura pam n masuk kan dalam botol bg dia..! bersungguh2 dia cakap.., sedap mummy sedap.! hahahha.., tapi bile dah lame2 dia tak nak dah..! kelakar..!
tu la.., zura pun harap dapat bf Aisy nie sampai 2thn paling tidak..!
chayok chayok..! ehehehhehe
Ina,
wah 2tahun exclusive bfing,fith tabik laa...
fith tak pernah terfikir pun,tp mmg btul kata ina,klau nak fulfill 2years tu mmg perlukn usaha yg amat kuat.budak makin besar ni makin byk mkn,kita pun kena laa lagi2 byk mkn kan,hehe.gambatte ina!
oh ye,lg 1 cara utk boost bm production dgn cepat,rasanya ina pun tau kot,smlm lupa nak ckp ialah tuam boobs dgn kain suam atak nak lg senang mandi air panas lama2,hehe.
gambarimashou ne
Zura,
yer betul2,mari kita berusaha utk 2thn yer!
bestnya boleh perah buh dlm botol,i wish i have lots of milk too.raziqh sgt kurang nyusu so susu fith tak sebyk masa rafiqh dulu.tp takpe laa kan,rafiqh dah selesai dah perjlnn hidupnya dgm bf ni,hehe
oh ye ker fith.., tapi zura kalau rase susu tu kurang..! zura makan sup lobak putih.., sure susu tu kua banyak..! jap je..! try la fith buat..! tapi kat jepun ade ke lobak putih ek..?
zura,
ada lobak putih.fith pun amal mkn buat salad.susu ada cuma tak sebyk dulu.susu kan terhsl ikut demands,kiranya raziqh demands tak byk mcm rafiqh,hehe.dia ni nyusu 5min je,kejap sgt kan?tp kerap laa sket compare dgn awal2 lahir dulu
setuju sgt ngan kak oja ckp tu. memang takleh lari ngan rules hospital sini. apapun kita dah cuba yg terbaik kan..
kita syukur sebab tergolong dlm golongan org2 yg dpt bagi susu kat anak dengan baik tanpa perlu top up fm tu. tak yah ckp panjang lebar tgk ajekla badan zayyan tu. sekarang dah 8 bulan baru kasik solid food tu pun sekali sehari jek. kalo ikutkan hati takmo kasik lagi tapi disebabkan balik mesia ritu tau2 jekla ramai yg tolong suap buburkan. tu pun kita bwk lari zayyan ckp kasik sekali sehari jek dulu. kalo tak mau 3,4 kali disuap.
kita minum air longan sgtla berkesan tapi kotak longanku itu belum tiba lagi.. huhu..
murni,
haha buktinya zayyan kan,sungguh montel itu baby,hihi...
fith pun kali ni nak try exclusive bf selama mungkin,kena usaha ni,yosh!
dried longan tu oishii nee...fith pun alhamdulillah sesuai dgn air tu.utk kali ni blum minum lg,blum terdesak,haha.alah raziqh baru 4bln kan,awal lg nak hadapi prob susu kurang ni.tunggu sket masa lg,huhu...
Post a Comment