Kek pisang ni pakai resepi yang sama dengan yang sebelum2 ni. Memang suka sangat resepi ni, the best ever banana cake for me... Bila kek siap bakar, putar whip cream yang ada sikit lagi dalam fridge tu, baki buat muffin hari tu. Siap decorate terus potong dan suapkan Rafiqh makan. Rafiqh sebut "ke-ki dap"(=kek sedap) atau "oichi"(oishii =sedap)... Tengahari tu tak masak lunch pun, makan kek ni ja, haha, mak depa pemalaih! Petang tu buat begedil untuk minum petang dan soto ayam untuk dinner...
Gambar2 bawah ni diambil hari khamis lepas... Biasanya siang2 2R ni pakai baju lengan pendek ja tapi dah beberapa hari ni asyik hujan/snowing, sejuk2 ni bagi depa pakai overall siang malam, tapi tetap sehelai ja laa. Orang selalu "tegur" I bagi depa pakai gitu ja depa tak sejuk ka, hmmm entah laa, depa duk ruang tamu yang almost 24hours on heater yang walaupun di-set paling low suhunya, tapi kadang2 depa sampai berpeluh2, sebab tu I bagi pakai selapis tu saja. Cuma malam before tidur Raziqh akan pakai 2lapis baju, dia tak suka pakai sleeping blanket. Dulu dia langsung tak pakai socks, sejak dalam pantang lagi gitu sebab si Rafiqh ni terlebih rajin suka betul tanggalkan mitton/socks adik, penat marah dan larang dah tapi dia tetap laa pantang tengok adik pakai socks, gatai sungguh nak buka, tapi sejak beberapa hari ni bila dia gaya nak buka ja I akan tegah dan cakap "adik no ashi samuiii yo! kawaisouuu ne?!"(=kaki adik sejuklah! kesian kan?!), dia dah tak tanggalkan dah, baru laa adik ni merasa ber-stokin dalam rumah, hihi...
I suka sangat tengok 2R ni pakai baju sama, boria gitu! Raziqh kecik lagi, agak susahlah nak cari baju yang sama, sorang beli kat baby department sorang lagi kat kid department, memanglah susah kan, nak kena tunggu adik besar sikit baru boleh beli semuanya sama, boria2 hiiii best!
6 comments:
wow, gebu nyer kek pisang... mintak resipi boleh?
dari dulu la dok teringin nk pakaikan anak baju boria camni. sekarang sah2 la tak dapat agi, huhu.. sedapnye cake pisang..
Ecah,
boleh2,satgi fith bubuh ok...
Murni,
boleh je murni,belikan t-shirts sama corak lain warna, pastu maira pakai skirt,zayyan pakai pant,uish mesti cute giler
Alalalaa.... comelnya rafiqh n raziqh... hihi.. geram tgk budak 2 org nieee...
kaklong,
anak2 kaklong pun chumel2,si baby tu punya mata,bulat!geram...
Post a Comment