Pau kari ayam...
Pau sri kaya, sengaja diwarnakan hijau supaya tak confuse...
Bila dah sejuk2 ni perut ni cepat sangat lapar. Rasa macam baru ja makan tapi lepas tu lapar balik. Badan memerlukan banyak energy sebab nak bakar lemak untuk menghasilkan haba, ecceh! Sejuk2 ni nak masak pun berchenta, punyalah pemalas, nak2 kalau dah malam, sejuk woo kat dapur. Sekarang ni lepas asar ja sambil2 buat minum petang, siap2 dah masak nasi dan lauk-pauk dinner, biasanya tinggal sayur ja buat malam sebelum dinner, senang sikit masak awal2, time nak makan tu tinggal nak panaskan saja.
Sekarang ni pun kalau buat roti ka pau ka donat ka atau apa2 yang pakai yis ni, hadoi laa jenuh nak tunggu naik kembang 2kali ganda, memang lambat nyet2. Dulu boleh laa buh dalam bilik ada heater, cepat laa naiknya tapi sekarang ni kalau buh dalam bilik alamatnya makan roti/pau/donat penyet laa, habis laa dikerjakan dek Rafiqh ni haa... Kalau roti2 tu boleh jugak nak kembangkan pakai oven, so sekarang ni kaedah tu memang sangat membantu...
Kebelakangan ni asyik kempunan nak makan coklat cadbory. Balik Malaysia hari tu beli 5bar yang besar dah, tapi tinggal 2bar ja lagi ni. Semalam masa pi beli barang dapur dah siap angkut beli coklat sekali, tapi bukan cadbory lah, susah betul nak cari cadbory kat jepun ni, haihhh... Coklat2 kat sini pun sedap2 tapi tetap tak boleh lawan cadbory, last year masa my sis-alang datang sini I pesan dia belikan cadbory 2kotak, kat UK murah2, memang syoklah, both myLove and me gila makan cadbory. Nanti kalau ada junior nak balik Malaysia, nak pesan belikan cadbory lah barang 2-3ketul, hehe. Nak tunggu sendiri yang balik ermmm lambat lagi kot, nak tunggu mak hantar barang dekat2 nak raya laa, uish lambat sangat tu, tak tahannn...
Hari ni x-mas, kalau tak salah budak2 sekolah dah mula cuti rasanya, budak2 Yamaguchi University ni memang confirm dah cuti. Bestnya cuti2 ni, kalau zaman tak ada anak lagi dulu bolehlah join juniors pi main snowboard kat atas2 gunung. MyLove belum start cuti lagi, nextweek baru cuti tapi tak lama pun 5hari ja rasanya. Takdak plan nak ke mana pun, harap2 myLove tak kena out station, nanti boleh laa nak ajak bawa budak2 ni jalan2 dekat2 area sini.
Selamat berhari minggu dan happy holidays buat yang bercuti panjang...
4 comments:
rajin nya fith guna lapik daun pisang. kiter guna lapik baking sheet aje. ckp psl pau kan fith ritu kiter try buat frozen. tp pau tu sblm tu dh steam 100% masak. kalau nk mkn semula kuarkan dr fridge terus goreng or steam semula. tau pn sbb searched trjmpa website tokey jual pau ckp lagu tu.
kat donki hotei ade jual cadbury kak fith.tp yg dairy milk biasa tu je la.haa tu si amir nak balik msia esok.jom pakat order ramai2.hahaha
Ina,
owh boleh ek pakai baking sheet tu ja,hehe taktau laa pulak,ingatkan boleh pakai daun pisang ja,haha.tq2
ooo sama laa ek mcm buat kuih frozen lainnya.ok2,nanti klau rajin fith nak try simpan laa.selalunya tak sempat simpan dah licin,sbb buat 1adunan dpt 10biji ja pun,hehe.tq again ina...
Nas,
ooo ya ka,best2.dulu ada juai kat kedai buku depan dai tp lama dah tak pi,taktau laa ada lg ka tak.dulu2 kakfith selalu beli sekotak yg 10packs terus dari internet tp mmg dairy milk ja laa,tp baru2 ni cari blk kedai tu tak juai dah,huhu.mengidam laa.
uih amir blk,ii ne...haha pesan2!
Post a Comment