Semalam, 3kali loceng rumah ni berbunyi treeet treeet(bunyi loceng rumah ni pelik sikit, hehe), bermakna 3kali kami didatangi tetamu, ketiga2nya membawa "rezeki", alhamdulillah...
Loceng pertama ialah dari obachan jiran bawah rumah ni, dia memang kerap datang nak main dengan 2R. Setiap kali datang mesti bawa buah tangan... Semalam dia bagi daikon(=lobak putih), satsumaimo(=sweet potato) dan jagaimo(=ubi kentang), penuh seplastik... Dah laa sebelum ni myLove bawa balik sekotak satsumaimo yang belum pun habis dimakan, ni tambah lagi, hahaha. Takpa2, rezeki jangan ditolak, betoi tak?! Simpan sebulan pun takpa, bukan rosak pun(errr ya ka?!).
Kebetulan pulak malam before tu myLove requested masakkan kari ayam, I keberatan nak buat sebenarnya sebab ubi kentang dah habis, tomato pun takdak, rasa macam pelik pulak kalau buat kari ayam tak buh sayur. Ubi kentang yang berbaki dari jamuan tu I baru ja buat inti karipap, memang elok sangat laa kan, di saat2 diperlukan ubi kentang bergolek2 menyerah diri, rezeki2...
Loceng kedua pulak jiran jugak, mai bagi seplastik buah limau. Syok laa Rafiqh, stok limau dalam fridge pun tinggal 2biji ja lagi. Musim2 sejuk aki(=auturm) dan fuyu(=winter) ni memang musim buah limau, so kat supermarket tu bersepah2 limau, murah pulak tu kan, musim2 macam ni memang kena makan banyak2 limau untuk elakkan selsema... Kat rumah ni Rafiqh wajib makan sebiji sehari, memang favourite dia laa tu, siap kena limit lagi, kalau ikutkan dia berbiji2 laa sekali hadap. Mak-nya pulak tengok limau tu manis ka masam dulu, kalau masam tak layannnn...
Loceng ketiga pulak seorang kenalan Bangladesh, singgah sekejap nak hantar birthday present si Rafiqh. I jemput dia sekeluarga untuk ke birthday party tu tapi dia tak dapat datang, so dia kirimkan hadiah saja. Buat susah2 ja kan, sebagai gantinya I pack-kan cookies yang I baru buat 2hari lepas untuk anaknya...
Akibat orang dok mai tak henti2, I tak sempat pun nak masak untuk lunch, dok melayan sembang ja. Bila tetamu balik, kasihan pulak kat Raziqh yang tidur terganggu. I sempat buat susu dengan quaker oat dan makan biskut kering ja, haha, roti pun baru habis, kesian Rafiqh... Petang tu buat karipap dan kami minum petang awal sikit, dinner pun awal, lapaq tak hingat!
Cakap pasal tetamu datang membawa rezeki ni kan, I memang suka kalau orang mai rumah. Happy sangat bila ada tetamu, boleh sembang2 dan makan2, hehe. "Rezeki" yang dibawa tetamu ni kadang2 kita tak nampak dengan mata kasar, mungkin dia datang lenggang-kangkong ja kan, tapi takpa, bila kita raikan tetamu, besar ganjaran pahalanya, itu kan sunnah Rasulullah...
Thursday, December 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment