Sunday, December 6, 2009

Tsuyoshi-kun's 2nd birthday party

Kelmarin adalah hari yang amat kami nanti2kan. Berminggu2 sebelum tu dah sibuk buat preparation, beransur2, sikit2, rasa teruja sungguh! Memanglah ni bukan 1st time kami celebrate birthday Rafiqh tapi tahun ni agak lebih meriah sikit sebab buat kat dewan(rumah sekangkang kera ni tak muat nak tempatkan jemputan hampir 40orang tu), selain aktiviti makan2 saja, kami ada jugak anjurkan aktiviti sampingan lainnya...

Sejak 3minggu lepas lagi I dah mula fikir2 aktiviti apa nak dibuat pada malam tu dan prepared hadiah2 untuk pemenang games. Kemudiannya barulah siapkan bahan2 untuk games pulak. 2minggu sebelum party ni I dah mula sibuk buat frozen kuih iaitu karipap dan donat untuk party. Hampir setiap hari jugaklah mengodek kuih2 ni sebab nak sediakan dalam jumlah yang banyak. Donat berjaya buat lebih 100biji dan yang di-frozen dapat laa 85biji manakala karipap pulak buat lebih 140 biji dan yang selamat frozen 105biji, haa yang hilang tu selamat masuk perut, hihi... Mula2 tu nak buat baby-donat sebab comel2 ja kan, tapi sempat buat 1 adunan ja, dah rasa penat nak mampuih, jenuh arr nak menerap beratus2 biji tu so at last gave up and decided to make mini-doughnut, fuhhh keputusan yang sangat tepat! Donat tu kira ok lagi tu, karipap laa paling seksa, part nak mengelim, lenguh kaki kena berdiri berjam2, lenguh tangan mencanai dan mengelim, tapi bila semua dah siap, perghhh tiba2 rasa kagum pulak pada diri sendiri, ahaks...

Kalau ikut plan asal, kami nak buat majlis ni majlis minum petang je, majlis santai2 petang ahad. Tapi juniors ni ramai pulak yang sibuk so ubah tarikh buat hari sabtu dan atas permintaan myLove dan juniors, kami buat laa malam. Sebolehnya memang sengaja I nak elak buat tengahari/malam, bukannya apapun sebenarnya cuma sebab takut tak mampu nak masak makanan berat banyak2 ja. Tapi dek memikirkan bukan selalu pun kami buat jamuan, so tak apa laa kalau penat sikit pun, jadinya kami buat jugak laa untuk makan malam tapi menu yang sangatlah simple...

Atas cadangan/permintaan myLove, I sediakan mee rebus kedah sebagai menu utama. Menu sampingan ialah donat, karipap, puding jagung dan dah nama pun birthday party kan, wajib laa ada kek, yer dak? I made muffins insteads of cake then did the decoration ala2 cupcakes, tapi ni cupcakes tahap paling cikai laa, hakhak. Teringin sangat nak decorate cantik2 macam selalu dok tengok orang buat tu tapi seriously I rasa tak sempat, for sure benda tu take time kan, nak2 lagi for the beginner like me yang hagham tak pernah buat before ni, mau naik kematu punggung dan tangan nak siapkan lebih 60biji muffins, so simpan2 laa keinginan tu perhaps until next year, maybe? Mesti kena practise berkali2 dulu maa... Apapun, I puas hati sangat2 sebab semuanya homemade foods, harapnya kohaitachi pun puas hati laa dengan jamuan ni...

I start prepare bahan2 sejak hari khamis lagi, paginya kupas bawang dan ubi keledek, petangnya keluar pi beli barang2. I mula masak sejak jumaat, pagi2 tu dah goreng cili kering dan udang kering then blend siap2 simpan dalam fridge untuk buat pes kuah mee rebus. Kisar bawang berasingan dan simpan dalam fridge jugak. Tengahari tu sambil2 prepare lunch I buat puding jagung. Petang baking muffins, buat 3jenis muffins - coffee choco muffins, choco banana muffins dan vanila choc chips muffins. Malamnya lepas 2R tidur I kupas ubi kentang dan perisi tauge...

Jumaat malam tu I bagi jemputan melalui ym. I buat kad jemputan pakai photoscape, buh dalam flickr, karang2 ayat berbaris2, send ja link tu. Senang ja kan zaman canggih-manggih ni, pakai web ja jemput orang mai kenduri, hihi. Majlis kononnya nak mula pukul 7.30 malam, tapi biasa laa, pi mai pi mai mesti mula lewat sikit. Party kali sengaja kami pilih untuk buat tema, pilih tema warna iaitu biru dan/atau hitam so I minta tetamu datang dengan berpakaian ikut warna tema...

Semalam tu pagi2 lagi dah rebus telur, rebus ubi keledek dan rebus ubi kentang. Lepas lunch baru tumis kuah dan hias coffee choco muffins guna choc ganache. Pukul 4lebih kohaitachi onna(=juniors girl) - Nas, Fizah, Rohan, Oshn dan Iza datang untuk tolong2, depa laa yang tolong goreng karipap, donat dan cucur. Depa laa tolong decorate choco banana muffins pakai whip cream, depa tolong potong2 bahan tabur mee dan banyak laa lagi. Mujur laa depa sudi mai tolong kan, kalau tak, haihhh memang kelam-kabut laa nak buat sorang2. Sebahagian kohai lain tolong buat decoration di meeting room international house, tempat berlangsungnya majlis, waaa cantik sungguh depa hias, suka2! Gedebak-gedebuk pukul 5.30 baru mandikan 2budak ni dan kemudiannya mak depa pulak nak bersiap. Pukul 6.30 kohai boys datang ambil foods tolong bawa pi tempat party, pukul 6.45 kami bertolak. Sampai sana terus buat persiapan lagi dan majlis bermula tepat pukul 8 malam. Alhamdulillah semua jemputan hadir, eh 3-4orang ja kot tak mai tapi kira ok laa kan. Buat ucapan serba ringkas, baca doa dan mula makan. Then selesai makan tu baru buat games, sporting laa depa2 ni ambil bahagian, gamat betul bergelak ketawa. Mudah ja pun games-nya, ada 2kategori iaitu jom teka dan jom undi. Jom teka ialah kuiz berkisar pada soalan berkenaan Rafiqh, soalan 1 - berapa berat Rafiqh ketika dilahirkan, jawapannya 3610gm. Soalan 2 - berapa batang gigi Rafiqh ada sekarang, jawapannya 16 batang. Soalan 3 - berapa berat dan ketinggian Rafiqh sekarang, jawapannya 11.4kg dan 84 cm. Saoalan akhir ialah berapa biji gula2 terdapat dalam balang yang I sediakan, jawapannya 23 biji. Untuk semua soalan ni pemenangnya ada lebih dari seorang so untuk tentukan siapa yang akan dapat hadiah, depa kena janken(=osom). Untuk games jom undi pulak, depa diminta untuk pilih "si tampan" dan "si perawan" untuk malam itu, pemenangnya Naim dan Dena. Selesai acara penyampaian hadiah, kami mulakan kerja mengagih makanan lebih dan mengemas. Makanan memang banyak yang berbaki tapi tak apa, memang niat nak sedekah so rasa happy sangat tengok adik2 tu ambil foods bawa balik. Rafiqh seronok sangat semalam, bising betul main. Ayah dan mama sangat happy tengok onichan happy! Raziqh pulak macam biasa, I memang sayang amat kat budak ni cause sangatlah baik, terharu tengok dia yang sangat cooperative, berminggu2 mama sibuk dia maintain ja tak kesah. Dia macam faham bila I kata I ada kerja nak buat, thanks adik, sporting amat! Heart you baby...
Majlis settle pukul 9 lebih dan selesai sesi bergambar semua balik sebelum pukul 10. Sengaja tak nak lengahkan masa sebab kami tau semua kohai2 tu busy banyak report dan nak study. So guys, good luck and all the best...
Badan memang rasa penat sangat tapi hati sungguh gembira. InsyaAllah kalau ada rezeki lagi tahun depan ada 2birthday party menanti. Maybe kita boleh buat outdoor party, kebetulannya birthday Raziqh masa natsu(=summer), kita buat kat taki(=waterfall) ka umi(=beach) ka, mesti happening kan...

Minna, otsukare... Arigatou...
Note : Gambar2 party kena tunggu pro photographer bagi dulu, ihiks... Nanti dah dapat I buh hokey...

13 comments:

Ina said...

haa xsusah la nnt nk kenduri kawin rafiqh n raziqh sbb mama leh jd tekong kat dapur. xyah susah2 pakai catering aihhh hahaha. kiter baca je dh penat fith. nk msk utk ramai org uishhh byk kerja tu. hebat la fith leh buat. mesti puas hati sgt2 kan. alhamdulillah majlis bday rafiqh berjalan lancar. tahniah utk fith kerana menjayakannya! cpt2 upload pics xsbr nk tgk :D

::NaS:: said...

hehe tanoshikatta.tima kasih byk2 kak fith.party yg perfect! =)

Fith said...

Ina,
kalau sampai majlis kawen tu mustahil2,hahaha...ish,fith buat sikit2 prepare awal2 takut gak tak sempat atau fail.sibm baik ok,so tak laa serik nak buat lg.
fith pun tak sabar nak tgk pics tu,hihi,tunggu ye.nanti dah dpt fith terus upload

Fith said...

Nas,
thanks jugak.tanpa bantuan korg kakfith mmg muri nak buat semua tu...

naz said...

Fith,
happy 2nd birthday to rafiqh..
cepat jek dah besar ek fith..
x sempat lg nak jumpa face to face ngan dia ni..so cepat2 la blk mesia ek..

Fith said...

Naz,
thanks...
aah cepat kan,kejap je dah besar.takper2 naz,nanti kita jumpa,naz dah ada baby,anak2 fith dah besar2 dah,hehe...
blk msia?3thn lg insyaallah,tungguuu...

Fadhlyna Abd Wahab said...

osoikedo...OTANJOUBI OMEDETOU, RAFIQH! (better late than never,kn?) Semoga jd anak yg soleh + snts menyenangkan mama n ayah!

bace entry fith ni xsabar plk rs nye nk nk buat birthday party utk fateh. ari tu buat baca yaasin+doa selamat sikit je sbb ayah fateh dh blk mesia ms tu. kebetulan mlm khamis mmg ade bacaan yaasin kt sini, tumpang skali la.msk pn buat pulut kuning, rendang+mee rojak je.itu pn alhamdulillah smpt msk lps blk lab.kek pn xde.sedih btol mengenangkn 1st birthday anak sulung xdpt nk celebrate elok2.lg sedih bile ayahnye xde ms tu. huhu..sorry fith, emosi plk dkt blog fith ni.

btw, nnt nk pnjm idea game fith yg teka-teki tu la utk 2nd birthday fateh,bole?

Fith said...

Chiput,
thanks...
jgn sedih2,nanti cover blk sambutannya masa 2nd bday ek.fith dulu pun masa 1st bday kelam kabut gak sbb tak reti lg.yg 2nd ni baru rasa betul2 best,hehe.biasa laa tu kan,1st time.masa 2nd ni diorg pun dah besar kan,so lg faham n sporting.
owh sila2,ambik je takyah minta izin,hihi.klau ada budak2 kecik ramai2 bleh buat music chair dll kan,ni sumer org tua dah,tak sesuai laa pulak nak main gitu,tu yg buat kuiz je.tp seronok gak sbb diorg pulun korek mulut rafiqh nak kira gigi,dukung utk agak berat dan ukur ketinggian dia,lawak plak tgk.

Anonymous said...

buy ciprofloxacin no prescription buy Cipro in the uk buy cipro online no prescription buy cheap Cipro free fedex buy cipro online
[url=http://buy-cipro-online.eventbrite.com/]buy cheap Cipro free fedex [/url] buy cheap Cipro buy Cipro cheap buy cipro online no rx buy Cipro online with a debit card buy ciprofloxacin no prescription http://buy-cipro-online.eventbrite.com/ - buy cipro xr

buy zithromax in canada buy zithromax 500mg single dose buy zithromax one time dose buy zithromax without prescription where to buy zithromax
[url=http://buy-zithromax-on-line.eventbrite.com/]buy zithromax no perscription [/url] buy zithromax without a prescription buy zithromax without a prescription key buy zithromax online buy zithromax 2000mg single dose buy zithromax online http://buy-zithromax-on-line.eventbrite.com/ - buy zithromax cheep

Anonymous said...

buy viagra in canada buy cheap viagra online where in united kingdom can i buy viagra buy viagra online a href cheapest place to buy viagra online
http://www.webjam.com/orderviagranoww
buy viagra online inurl:nc buy online viagra buy viagra from consumers discount rx longevity meds where can i buy viagra buy cialis online viagra
viagra how to buy
buy viagra with pay pal buy viagra in el paso texas where to buy generic viagra buy viagra online inurl:nc.indymedia.org 35008'buy buy real viagra
[url=http://www.webjam.com/orderviagranoww]buy viagra online from canada [/url]

Anonymous said...

Everуthing is vеry open with a сlear dеscrіρtion of thе challenges.
It waѕ truly іnformative. Υour ѕite is vегу helрful.
Thanks for ѕharing!

Αlsο ѵisit mу homepage ::
Payday Loans Online
Take a look at my webpage ... Payday Loans

Anonymous said...

The аrtiсlе features eѕtablished beneficіаl to me.
It’s really educational аnԁ yοu're simply naturally very educated in this region. You get opened up my personal eyes for you to various thoughts about this kind of subject matter together with intriguing and sound content material.
My web blog :: xanax Online

Anonymous said...

If you desire to grow your knowledge only keep visiting this website and be
updated with the hottest information posted here.

Take a look at my blog post - deer hunter 2014 cheats