Monday, December 28, 2009

Masak-memasak

Antara menu2 minggu ni...

Sweet potato chips ni buat untuk kudapan mama dan Rafiqh sambil layan movie petang bila entah. Buat 2biji ubi tapi sekali hadap ja dah habis, hohoho... Kerepek ni boleh jugak kalau nak tabur garam dan cheese atau salut pedas tapi sebab ubi ni sangatlah manis, kami makan sonomama(=gitu) ja, sedap! Rafiqh memang minat benda2 rangup/rapuh macam keropok, jadinya kerepek ni memang kena dengan selera dia laa...

Bergedel ayam ni pun untuk minum petang. Both of us memang suka makan bergedel, sekarang ni Rafiqh pun dan hantu bergedel dah. Ingat lagi dulu2 kalau nak buat bergedel ni punya laa seksa, nak kena bland daging ayam tu bagi hancur sampai jam2 my blander, haiyooo. Sekarang tak susah lagi, beli ja mince, haha aparaa dulu taktau!

Ni pulak potato bun yang tak jadi, hahaha, lantaklah tak jadi pun, nak buh gak kat sini. Taktau laa mana silapnya, castard tu tak menjadi laa pulak lepas dibakar, awal2 buh tu elok ja, haihhh, takpa2 nanti nak berguru dengan kaklong lah, huhu(kaklong, help me!). Nasib baik jugaklah rasanya sedap. Bun ni buat untuk minum petang dan breakfast the next day...

Jumaat petang dan sabtu pagi makan tuna roll. Dah laaamaaa tak buat tuna roll, yummy!

Banana choc chips cupcakes ni pulak buat untuk minum petang Rafiqh sabtu lepas. Biasanya hari sabtu myLove tak minum petang sebab dia pi main bola, so bolehlah sediakan sesuatu yang mama dan Rafiqh suka, taklah rasa bersalah sangat kat myLove.

Semalam buat pau goreng inti sardin ni untuk minum petang. Ingatkan ada baki boleh laa nak simpan untuk breakfast pagi ni tapi licin, Rafiqh pun suka makan sebab sardin tu mama buat tak pedas. Yang bujur2 tu tak buh inti, khas untuk Rafiqh laa kononnya tapi dia nak makan yang ada inti pulak. Alih2 mama laa makan yang kosong tu, hish!

4 comments:

Ina said...

sedapnyaaa. sejuk2 pn fith tetap rajin buat mcm2 hehe. ritu buat inti karipap skali 1 bekas besar terus. ni dh bosan plak dok mkn karipap. dok pk cmner nk hbskan inti yg melambak tu. tp ni dh dpt idea tgk pau goreng fith. esk bolehla uli pau plak hehe

Fith said...

Ina,
kat sini klau siang tu rasa mcm dah kurang sejuk dah.boleh laa nak buat kuih2 ni lagi.nanti start snowing blk,mmg tak buat dah kot,hehe.
fith pun baru 1st time buat pau goreng.selama ni klau goreng pau mesti utk burger msia.haa buat2,perabih inti karipap tu...

Unknown said...

terliur plk.. nak resepi semuanye bleh tak?? huhu

Fith said...

Nurul,
boleh2,ni resepi2nya...

keledek chips http://www.myresipi.com/top/detail/471

potato bun http://www.myresipi.com/top/detail/8154

bergedel dan tuna roll dah pernah buh resepi,cuba cari kat topics "recipes".
banana chop chips cupcakes tu resepi hentam2,nanti klau dah fix resepinya,akan diletak kemudian yer,hehe
lastly pau goreng tu pakai resepi pau yg pernah buh dah resepi kat sini cuma goreng aje.sorry tak sempat nak cari blk resepi2 tu,huhu...