Wednesday, December 2, 2009

Bersenam...

Dok tak dok, tetiba ja rasa rindu gila nak bersenam, ni bersenam dalam erti kata bersenam betul2 tau, iaitu bersenam hingga mengeluarkan peluh, arr ada paham?! Kalau takat bersenam sikit2 ala2 macam streching exercise tu tiap2 hari dok buat, hat tu tak syok!

I ni sejak kecik bukanlah jenis sport punya orang. Ada laa join main bola jaring, bola baling dll zaman sekolah dulu2 tapi tak sampai wakil apa2 pun. Cuma I suka bersenam untuk jaga kesihatan.

Masa sekolah menengah kat Naim dulu, kami(read: alang and I) pi balik sekolah naik basikal, so pagi2 dah berpeluh2 dah especially bila dok pulun kayuh laju2 time sampai dekat kawasan perkuburan, hahaha. Dari rumah nak pi sekolah tu kena lalu kawasan kampung yang ada tanah perkuburan islam, kalau pi sekolah pagi2 tu selalunya kawasan tu gelap lagi, kadang2 gerun jugak laa, bagi salam kat ahli kubur pun tak pandang dah, menonong ja mengayuh, entah apa2 entah, kubur pun takut, hish! Bila dah ada lesen memandu masa form 5 tu, I selalu bawa adik2 pi padang kampus medic USM untuk berjogging, masa lepas SPM dok tunggu results tu, hampir setiap hari pi situ...

Kat UM dulu pun I suka jogging jugak, kebetulan ada geng, memang syok laa. Biasanya kami jogging panjat bukit "tenet"(tenet tu dating yer, bukan internet), budak UM panggil bukit tenet sebab ramai orang suka dating atas tu kot. Kadang2 tu kalau ada banyak masa kami jogging sampai ke tasik tapi biasanya jogging area tasik ni aktiviti pagi/petang weekends jer. Yer laa kan, habis kelas tiap2 hari dah pukul 5lebih, balik bilik mana dengan nak mandi nak solat nak makan nak rest, malam nak study nak hafal kanji nak buat shukudai(=homework) bla3, memang tak sempat nak jogging jauh2...

Bila datang jepun, masa 1st year petang2 tak ada apa nak buat I selalu jogging sorang2 keliling kampus. Tak pun kayuh basikal jalan2 tengok permandangan. Naik 2nd year duk serumah dengan senpai(=senior)-kak ct yang suka jogging dan berbasikal jugak, ada kawan laa nak bersenam. Pulak tu kami duk apato yang belakangnya hadap Tokiwa Koen(=park), kerap laa dok pi pusing tasik. Sejak kahwin, rasanya tak pernah dah berjogging. MyLove tak minat jogging, dia suka main bola, ping pong, bola tampar dll ja. Tapi sebab dok rumah tingkat 5 takdak lift dan dok pi balik kampus yang walaupun terletak belakang rumah ni ja tapi kena naik turun bukit, haa kira exercise jugak laa tu. Pi balik kampus jalan kaki atau berbasikal, kalau tak mengah tu memang tipu laa.

Lepas bersalinkan Rafiqh, selalu jugak pi morning/evening walk, jalan2 pusing2 naik turun bukit, penat laa jugak. Tapi sejak pregnant-kan Raziqh dah kurang bersenam. Mungkin sebab tu laa berat masa pregnant tu mencanak2 naik, hehe. Mujur laa turun cepat, kalau dak uish haru laa...

Hari ahad 2minggu lepas kami pi taikukang(=gym), myLove yang ajak tapi I ni bukan pi main pun, pi tengok orang main, huhu. Kohaitachi(=juniors) tu dok offer racket badminton suruh main, haihhh dik berasap ahkak ni you... Kalau tak sebab terpaksa dukung Raziqh, memang nak sangat join. Nampak gaya, terpaksa laa tunggu si Raziqh ni besar sikit, haa nanti boleh bawa 2R ni bagi lari2 dalam taikukang dan boleh laa mama nak tibai bulu tangkis tu sedas dua, hehe... Dulu masa Rafiqh baru boleh berjalan dan tengah galak berlari tu kami kerap jugak pi taikukang tapi hagham dia tak main sangat pun, dia cuak2 "segan2 malu" dengan kohai boys, aparaaa. Eh tapi time tu mama pun tak boleh lompat2 dah sebab pregnant-kan Raziqh. Hah jangan elok Raziqh boleh jalan, mama pregnant lagi udah, huh hancusss!

6 comments:

beruangbuncit said...

Beli la Wii. Beli skali WiiFit. Haha nama pun dh sesuai. Fit. Kak Fit main WiiFit. Bleh Rafiqh main skali.

Fith said...

tuh arr wan,ari tu ninja offer, kakfith malu2 kucing,mengong sungguh,haa kan dah nyesal.ni nak kena tunggu dia offer lg sekali ni,nak minta malu la plak,hakhak...jgn kata rafiqh,raziqh pun bleh,hehe...

kew_chop said...

salam fith. lama tak jenguk sini. raziqh dan makin bam2 dah tu. sama jek mukanya cam abang rafiqh..
jom2 kita bersenam sejuk2 camni..

Fith said...

hai murni,bila blk?rindu kat murni,ehehe...
haa jom2 bersenam...

Ina said...

sama la fith. kiter pn xsportive tp suka je bersenam. skrg ni tgh risau ni sbb berat xturun. kena nekad la cari masa exercise. masa tu ada je sbnrnya. rajin xrajin je. tp xleh tggu2 dh kot. yela nk jln2 pn pening pilih baju mana nk pakai. perut buncit mcm baru pregnant satu lg je ni hahaha

Fith said...

Ina,
hahaha mmg betul masa tu ada je sbnrnya,tp nak menyelit tu haihhh,kat sini tak susah sgt kot since bebudak msian ni rajin pi gym so bleh join,tp tak terkawal lak dgn 2budak kecik ni,huhu...fith skrg ni berat dok bmaintain 47-48 tu je,mmg tak nmpk hrpn nak turun dah ni,hahaha
gambarimashou ne