Tuesday, November 24, 2009

Satsumaimo

Satsumaimo - sweet potato
Sabtu lepas myLove keluar ke tempat dia dok baito(part-time job) zaman gakusei(student) dulu2, selalu jugak laa dia pi sana menjenguk syachou(boss). Masa kami belum ada anak lagi, I pun selalu ikut dia lepak sambil borak2 kat situ tapi sejak dah ada anak ni dah malas dah nak pi. Syachou dan okusang(wife) memang baik dengan budak2 Malaysia, dah lebih dari 10tahun bebudak ni kerja situ, bersilih ganti dari sorang ke sorang, kiranya dah beberapa generasi dah laa, myLove ni generasi ke berapa tu taktau laa, hehe...

Setiap kali pi sana, okusang mesti bagi junkfoods banyak2. So semalam myLove bawa balik satu paperbag penuh berisi chocolate dan senbe berserta sekotak imo(ubi). Sebelum buka kotak tu, masing2 dok lawan teka imo apa laa gamaknya dalam tu, yang boleh tau tu imo pun sebab kat kotak tu ada kanji imo, tapi imo apa tu tak tau laa. MyLove kata ubi keledek, I pulak mati2 ingatkan ubi kentang. Memang harap sangat jangan laa keledek, sebab serius tak tau nak masak apa, lagipun baki ubi keledek yang obachan(makcik) jiran sini bagi hari tu pun masih dok tergolek tepi dapur tu lagi, tunggu masa nak dibuat keria, entah bila nak buat pun taktau sebab hampir setiap minggu dah dok buat keria.
Sekali bila buka, taraaa sah satsumaimo, hahaha... Tuh dia banyak sungguh, kalau tak silap ni ubi yang jenis isi putih ni, tak check laa pulak. Kalau tak salah I laa kan, ada 3warna kot isi imo ni- putih, oren dan purple. Kalau putih tu elok buat cucur ubi, cucur badak, keria dan cekmek molek, boleh jugak buat inti karipap dan kuah mee rebus. Yang oren tu kalau rebus atau bakar memang sedap, I pernah jugak buat kuih pakai ubi ni tapi isi ubi ni macam "lenyaq"(lembik melekat2) sikit, ker I yang tak reti kot, hihi... Ubi yang purple tu I tak sure boleh buat apa lagi selain tenpura. Eh tapi yang 2warna lagi tu pun boleh jugak buat tenpura kan?!
Haa jenuh makan ubi laa jawabnya, agaknya memang tengah musim sweet potato laa kot sekarang ni. Esok boleh laa nak buat inti karipap, khamis nanti nak kelebet karipap. Esok lusa bila free boleh laa try google resepi satsumaimo ni...

2 comments:

ojasamid said...

uwaa..banyaknye...hehehe..puas lah mengadap satsuimo ye fith..mesti lawas habis perut nnt;)

Fith said...

kak oja,
tuh laa pasal,fith bukan reti sgt pun nak masak2 ni,hadoi,jenuh nak kelebet ubi plak laa...