Tuesday, November 24, 2009

ごほうび

ごほうび(gohoubi)... I dah cuba search maksud yang tepat bagi word ni tapi tak jumpa laa, errr boleh tak kalau I beri maksud sebagai reward/upah/ganjaran?!
(kalau ada sapa2 tau, bagitau ek, yoroshiku ne, arigatou!)

Bagaimana anda hargai niat atau perbuatan baik anak2 anda? Gohoubi?

Ada orang cakap tak baik memberi upah kepada anak2, tak wajar bagi ganjaran kepada anak2, kerana ia adalah bibit2 rasuah, kerana ia mengajar anak2 tidak mengenal ikhlas, ohhh... Tak apa laa, masing2 ada pandangan dan cara tersendiri, tak kesah laa tu kan. I pun bukan nak berbahas pros and cons benda ni cuma nak cerita sikit based on my own story...

Gohoubi ni sangat common dalam hidup kita, sejak kecik2 lagi dah terbiasa dengan benda ni. Macam I ni kecik2 dulu kalau dapat puasa penuh abah akan bagi duit raya sekian2, kalau results exam bagus akan dapat hadiah sekian2, dan begitu laa selanjutnya... Secara kasarnya memang nampak keburukannya kan, tapi secara tak langsung perbuatan ni pun ada impak positifnya jugak... Terpulang laa pada hemah ibubapa macammana nak create perkara ni ke arah yang baik...

I nak cerita pasal Rafiqh... Sejak sebulan dua ni, I nampak Rafiqh dah mula faham konsep "bila buat baik/behave, he will get something in return". Sebenarnya I nak mulakan sistem mark/star kat dia, make a daily chart for him which is everytime he did a good thing, I akan bagi 1 star untuknya dan lekat kat daily chart tu, at the end of the day, we will count how many stars did he get for that day, then give him mark! Hal ni untuk latih dia supaya konsisten buat benda baik, disamping tu sebagai tanda penghargaan untuk puji sikap positif dia. Unfortunately, belum pun sempat prektis benda ni, he has discovered something that similar with it...

Alkisahnya pakcik kecikku ini dulu2 sangat baik bila nak berus gigi, dia tak kesah kalau I tolong beruskan untuknya. Tapi sejak balik malaysia, tak tau laa apasal entah dia mula "liat" setiap kali ajak berus gigi. Jenuh berperang laa jugak nak pujuk berus gigi sehari sekali tu, disebabkan I pun tak banyak masa dan tak cukup sabar nak layan kerenah dia, selalu jugaklah dia skip berus gigi. Bila balik sini I cuba macam2 cara nak ajak dia kembali suka berus gigi...

I pernah berus gigi dia masa dia tengok tv rancangan kanak2 yang dia suka tu. Setiap hari ada slot "berus gigi" kat rancangan tu dimana budak2 kecik akan berus gigi diorang then bagi mak/ayah diorang pulak selesaikan kerja memberus tu, so time tu I akan puji2 budak2 tu rajin berus gigi dan puji jugak sebab diorang bagi parents diorang beruskan. Slowly Rafiqh dah boleh buka mulut bagi I yang beruskan. Tapi jenuh laa pulak, kadang2 tu tengah2 dok masak terpaksa berlari2 ambil berus gigi bila dengar lagu slot tu, haha. Lama2 I try ubah strategi lain iaitu "mari memberus gigi bersama2", mama berus gigi mama dan Rafiqh berus gigi Rafiqh then tukar pulak, mama berus gigi Rafiqh, Rafiqh berus gigi mama, hahaha, tektik ni pun berhasil tapi mamanya pulak penat sebab nak melayan berus gigi ni je makan masa 10minit++. Satu hari tu tengah2 mandikan Rafiqh I tercakap "kalau onichan berus gigi, sat lagi mama bagi air botol"(air botol tu ialah air ala2 vitagen/yakult yang dalam botol kecik2 tu, haa dia memang suka sangat), terus dia capai berus dan berus sendiri, bila I minta nak berus pun dia rela hati bagi, perghhh senang sungguh. Sejak hari tu setiap hari dah senang bab nak memberus gigi dia, in fact sekarang ni setiap kali masuk toilet dia akan ambil dan bagi berus gigi dia untuk I beruskan.

I gunakan tektik ni bukan takat berus gigi tu je tapi untuk perkara2 lain jugak, contoh macam kalau nak umpan dia habiskan nasi ka hapa ka, semua I bagi sesuatu yang dia suka tapi jarang boleh dapat, contohnya coklat, haaa memang berhasil laa...

Secara peribadi, I anggap gohoubi ni bagus laa, selain dari mempermudahkan kerja untuk menerapkan benda2 baik kat dia, I jugak dapat sekat dia demands favourite foods(read: junkfoods) dia. Dia pun dah mula faham yang chocolate dll tu tak boleh makan selalu, unless dah buat benda baik baru boleh minta. So selalunya lepas habis makan nasi, dia akan pi kat tempat simpan chocolate dll tu dan tunjuk, myLove/I akan bagi satu atau 2 je, bila dah dapat dia akan berlalu dengan muka puas hati, takdak laa nak ngamuk2 nak lagi ka kan.

Maybe lepas ni I dah boleh proceed dengan sistem star tu pulak. Slowly alih perhatiannya dari ganjaran berbentuk material, kan?! Dan dia jugak perlu difahamkan tentang sistem pahala suatu hari nanti...

4 comments:

Ina said...

hehe gelihati baca kisah rafiqh. ihsan ni nnt xtau la. btw kiter setuju je dgn konsep gohoubi ni especially utk anak2 kecik. terpulang kpd ibubapa la pandai2 la nk guna konsep ni. bila anak dh makin bsr dia dh pndai pk sndiri mebi leh cmpur2 dgn cara psychology plak utk ajar dia xsemestinya nk dpt upah br nk kena buat baik. buat baik kena ikhlas. ecewahhh ckp sng la kan. nk buat tu la kena berperang sket dgn anak hehe.

Fith said...

Ina,
betul2,fith setuju.sbg langkah awal,mgkn boleh guna cara ni tp bila dah besar sikit,dah fhm n pandai,kita ubah cara lain pulak,kan?nak kena ajar ikhlas jugak tu,hehe...
haa nanti ihsan pulak,ragam budak2 ni mcm2,mmg kita ni kena byk fikir utk attract diorg,mencabar sungguh...

afu-chan said...

ala kiutnya rafiqh & mommy!

suka baca cara fith besarkan anak2. byk yg boleh belajaq ;)

Fith said...

Afu-chan,
pening jugak nak bagi nampak "cute" tu,hehe,baru ku tahu nak deal dgn budak2 ni sugoku taihen ne...