Monday, November 2, 2009

My wishlists(lagi?!)

Ni entry suka2, saja nak buang masa, hehehe.
Tak lama lagi birthday Rafiqh, dok saja2 tu terfikir laa jugak apa barang yang dia perlukan pada usia sekarang tapi belum ada(sebetulnya ada yang tak penting pun). Alah, bukan nak belikan semua pun, mungkin pilih 1-2 untuk birthday present dia je kot.
Sebelum tengok wishlists untuk Rafiqh, meh nak tunjuk apa wishlists mak Rafiqh dulu, hahaha. Dah tau dah bukannya boleh dapat pun tapi takpa, berangan bukan kena bayar pun, free je kan?! wakakaka...

1. stroller
- hah, stroller lagi?! eh bukan stroller biasa tu, ni yang agak luar biasa, hihi. I nak yang ni...
Stroller ni untuk anak kembar sebenarnya tapi boleh jugak pakai untuk sesiapa yang ada anak umur dekat2 macam kami ni. Menariknya stroller ni ialah ia tak macam stroller yang biasa kita tengok untuk anak kembar tu, alaa yang style duk sebelah2 tu. Yang ni sorang duk depan sorang duk belakang. Yang seat depan tu boleh adjust kepada 2kedudukan - 115 dan 140darjah, manakala seat belakang tu boleh adjust kepada 4kedudukan - 120, 135, 150 dan 170darjah. Best kan? Boleh buh Rafiqh kat depan, Raziqh pulak kat belakang, haha berangan2. Hish nyesal pulak dulu tak tengok jenis ni. Masa balik Malaysia baru I tau ada jenis yang gini, ruginya arrghh... Tapi tu lah, harganya pun mak aih punya laa mahai, tak mampu pun nak beli, hehe(sedar pun diri!). Tapi kalau ada stroller ni boleh laa bawa diorang jalan2 dekat2 sini, I sorang2 pun boleh tolak 2budak ni, eh berangan lagi, hahaha... Dah2!

2. changing table
Alangkah bestnya kalau ada changing table... Dulu masa Rafiqh I salin atau pakaikan baju dia kat atas tilam kat lantai, ada jugaklah sakit2 pinggang tapi tak seteruk sekarang sebab dulu bongkok sikit je. Sekarang ni kena salin adik dalam cot, hadoi sakit nak mampuih pinggang ni sebab kena bongkok hampir 90darjah. Kalau buh adik kat bawah sah2 kena penyet dengan Rafiqh, tak senang betul nak bagi adik pakai diaper dll.

3. nintendo wii fit
I ni bukan kaki games, games hok yang ada dalam kom ni pun tak habis main lagi. Tapi wii fit ni betul2 menarik perhatian I sebab boleh buat alat untuk bersenam. Kalau ada seketul kat rumah ni mesti best kan, boleh buat aktiviti sukan dengan anak2, encik suami pun boleh tumpang sama. Tapi risau pulak karang terkinja2 dalam rumah ni obasan(=makcik) rumah bawah ni marah laa pulak, yer laa mesti bising kan, tak pun roboh ka lantai ni, hek!
Ish kalau ada bendalah ni mesti I akan lebih rajin bersenam, sekarang ni buat laa jugak senaman2 ringan(matlamat utama adalah untuk dapatkan balik body-shape sebelum beranak) tapi setakat 10-15minit je laa 1sesi, dengan wii fit ni rasanya boleh buat lagi lama kot, sebabnya sekarang ni kalau bersenam ada pakcik kecik tukang kacau, sibuk je. Agak2 kalau ada benda ni dia tak kacau dah laa kot, ihiks...4. digital weight scale
lama dah I nak benda ni, dulu cakap nak tunggu penimbang zaman tok kadok tu weng dulu baru nak beli, haa sekarang penimbang tu dah arwah dah, bila ek nak beli benda ni?! hihi
Dalam sehari I selalunya timbang berat badan more than 3times tau. Ni dah lama dah tak timbang ni, tak tau berapa dah berat sekarang ni huhuhu... Few days before raya my weight was 49kg, tapi lepas raya naik ler jadi 51kg. Haa sekarang ni tak tau laa makin turun ker makin naik ker...
Apasal golongan ibu2 ni sibuk sangat dengan berat badan dan bentuk badan?! Kalau tanya I, I jawab sebab untuk kepuasan sendiri, I tak buat semua ni untuk myLove atau orang lain tapi semuanya kerana I suka kalau boleh maintain-kan berat dan maintain-kan bentuk badan di tahap yang "sihat". Rasa bahagia dan gembira dengan pencapaian sendiri, tu jer...
Okey cukup, tu je yang I nak...
Next, nak buh wishlists untuk Rafiqh laa pulak.
1. board
hari tu ingat nak beli whiteboard biasa tu tapi takut pulak dia conteng dinding, dia dah pandai buka penutup pen/marker so sangatlah merbahaya! Kalau board ni sure selamat kan, hari tu cari dah kat Malaysia sebab dok tengok dia minat dengan cousin dia punya tapi sayangnya tak jumpa.
2. set alat tulis
Rafiqh belum ada set alat tulis ie. crayon, pensel warna and etc. Nak kena belikan buku sekali untuk dia mula berkarya. Sekarang ni dok bagi buku2 lama mak dia je...
3. toys
I taktau apa nama menatang ni, dalam gambar kat bawah ni mendalah tu yang dok belah kanan. Diperbuat dari besi yang ada benda bulat2 yang boleh dilaras, bagus benda ni untuk otak budak2. Setiap kali pi klinik Rafiqh akan main dengan benda ni, dok cari2 tapi agak mahal laa jugak, kalau jumpa yang ok boleh laa beli nanti...
4. set makan
masa birthday Rafiqh lastyear Kak Hanny dah bagi set pinggan mangkuk kat Rafiqh, sekarang ni dia dok guna yang kak Hanny bagi tu. I pulak saja je nak carikan yang ada talam macam kat bawah ni, boleh arrange semua foods dia dalam satu talam, senang...
Kalau nak senarai lagi memang banyaklah! Cukup laa tu kot. Sibuk2 fikir hal ni birthday party Rafiqh pun tak jyumbi(=prepare) lagi, at least dah kena buat list dan plan dah ni...

8 comments:

ojasamid said...

bab tukar diaper dlm cot tu kan, mmg sebijik yg akak rasa fith. sakit blkg! by the time ayyasy 3bulan akak terus surrender, buat sumer atas lantai aje. baru lega sakit blkg tu..ehehe.. tp kalau ada changing table mmg saikou lah. haha.

ish,kiter mak2 ni mmg kalau suruh buat wishlist rasanya kertas berkajang2 pon tak habis2 kan.:p yelah, utk keluarga, diri sendiri, anak2.. akak pon slalu je buat wishlist tulis dlm buku nota kecik. bukannya sumer dpt pon, tp mcm satu kepuasan gitu dpt meluahkan perasaan. (ntahapahapa kan? --> ni kes takde income sendiri lah ni, kena berangan dulu baru dapat. haha..)

Fith said...

Kak oja,
yer betul2,sangat setuju!klau ada income sendiri,at least stp bln tu boleh laa dpt apa yg kita wish tu kan,hihi...
bab sakit pinggang ni,mmg dah kena salin kat bawah dah ni,raziqh pun dah besar,ok dah kot.terbongkok2 sakit sungguh...

Ina said...

hehe sama laaa berangan je keje. free xyah byr ye tak? tp kdg2 sakit hati gak sbb penat berangan tp xdpt2 kuikui :P kalau sndri pn keje no prob lah. tp dlm situasi skrg ni mana yg xptg tu mmg kene tolak tepi ler. kalau yg berfaedah tu boleh la dok kempen kt hubby hehe :P

Fith said...

Ina,
hahaha tuh laa pasal kan.takpa2,kita berangan dulu pasni untuk anak2 seterusnya kita try laa bg dapat,hihi...

Kaklong Nuzula said...

hihi... sy pun ikutkan byk ajer wishlist, bkn utk diri sendiri tp semuanya utk SATU KEHIDUPAN yg lbh selesa, serta utk anak2.. wishlist utk diri sendiri tu simpan dlm ati je la, agaknya bila dah kaya-raya sungguh baru leh dapat.. haha.

Fith said...

Kaklong,
yer laa kan,mak2 ni byk sungguh benda yg diorg nak,tp bukan utk diri sndr je,mesti utk anak2 jugak.takper kaklong,benda2 ni tak dpt pun takper,yg penting kita bahagia,yer tak,hihi

Fadhlyna Abd Wahab said...

fith,

wii tu mmg bagus! bagus sgt2 utk family indoor games. mmg boleh buat family jd rapat la. dulu enchek suami belikn sbb kesian tgk chiput dok umah penat2 jg anak sorg2 ms kyuugaku. chiput xde wii fit. main wii sports - boxing je. kalo main mmg beria2 la! lg2 kalo tgh geram kt sape2..5minit je dh peluh2 mcm marathon 10km! serious fith...BEST sgt2 kalo main dgn family. promote la kt enchek hubby;)

Fith said...

chiput,
wah ni tambah berkobar2 nak beli ni,hehe.mesti best kan boleh main dgn family.paling best boleh keluarkn peluh tu laa kan,takyah susah2 nak kluar rumah dah.ish kena promote kaw2 ni,hihi