Saturday, November 14, 2009

Marah dan pukul...

Long time ago(ececece macam intro buku cerita pulak), sebelum bergelar ibu, I pernah mencipta impian, berangan2 nak jadi ibu yang paling ideal -> lemah-lembut, maha penyayang, tak jerit2 marah dan takkan debik anak2, muhehehe... Tapi bila dah jadi ibu, barulah ku sedar yang jadi ibu tu tak semudah impian, tak sesenang angan2, serius tobat weiii SUSAH!

Setiap kali orang tanya, "Best ker ada anak?", I pasti jawab "Best, tapi penat!". Secara luarannya, orang akan faham ada anak tu penatnya pada fizikal, but believe me it's more than that! Yes, penat fizikal tu memang dah sah dah, tapi mental dan spiritual pun penat jugak! Sebab tu orang kata, baik jaga anak lembu dari jaga anak manusia, anak lembu kalau payah2 kita boleh sembelih makan ,anak manusia?! hah...

Sejak dah jadi mak ni, kadang2 I jadi keliru untuk pilih cara terbaik nak didik anak2. Tak tau nak guna pendekatan yang mana -> seperti di atas atau yang sebaliknya. Dah nak masuk 2tahun jadi mak ni pun, I masih lagi dok termenung memuhasabah diri, tiap2 hari dok pikiaq, dok tolak tambah bahagi darab kalau haku buat lagu ni, esok2 anak haku jadi lagu mana? haaa, payah kan?! Hadoiii...

Ada setengah orang cakap, kita tak boleh marah2 anak, tak boleh say "no/don't/jangan/tak/dame~~yada2", tak boleh pukul/cubit/tampar/babap anak, tak boleh halang anak nak buat apa dia nak and the list goes on... Bunyinya amat mudah tapi mempraktikkannya subhanallah payah! Kalau ikut teori buku dan kajian, memanglah semua yang di atas tu yang disarankan tapi hakikatnya dalam masyarakat kita semua tu kurang releven. Jarang sangat nak jumpa institusi keluarga yang mak bapak tak marah dan tak pukul anak, arrr ada ka? Rasanya takdak kot. Ish, kita marah dan pukul pun bukannya sebab kita benci tapi sebab kita sayang, nak anak2 tu jadi baik, kan?!

Sorry to say, I tak setuju langsung dengan pandangan yang menentang konsep pukul dan marah dalam didikan anak. Walau apa sekali pun hujah depa, I tetap katakan marah dan pukul tu wajar dan perlu! Cumanya atas mak bapak tu sendiri laa macammana depa nak create bentuk marah dan pukul tu... Janganlah pulak bila marah kita sampai pi maki-hamun si anak tu dan janganlah bila pukul tu kita bantai sampai cacat budak tu, berpada2 laa kan...

Mak selalu pesan, kalau nak pukul anak, cubit atau tampar tangan dan kaki dia je. Tapi tu laa kadang2 bila dah geram, nak tampar tempat lain, tempat lain yang kena. Pukul ni ada 2, satu pukul sebab nak mendidik, satu lagi sebab marah, haa berbeza tu... Kalau kita pukul sebab nak didik, pukulan tu releven-sakit(mana ada pukul tak sakit, haha) tapi munasabah! Berbeza kalau pukul sebab marah, yang ni biasanya kita akan hilang kawalan, bahaya woo! Haa yang ni laa I dok training diri sendiri lagi ni, memang takmau sangat pukul sebab marah, tak kira laa walaupun memang anak tu melampau pun, walaupun memang dia salah pun, tetap takmau marah then pukul. Nanti I jadi macam orang hilang akal, pukul punya pukul, lepas tu menyesal. Look, kalau kita pukul sebab nak didik dia, takkan ada penyesalan kan? Menyesal tu adalah tanda yang kita dah buat salah!

Hal marah ni pulak memanglah dalam nak sampaikan larangan atau halangan tu, I tak perlu jerit2 marah pun sebenarnya(hehe tau pun tapi dok jerit jugak, hek!). Tu laa kadang2 tu I terlupa, tak pun sebab nak bagi impak tu nampak power sikit dan nak Rafiqh cepat "faham" yang apa dia dok buat tu salah so I tertinggi suara. Tak suka sebenarnya terpekik2, malu kat jiran2, tapi entah laa, kena banyak berlatih lagi ni, huhu... Apapun, bagi I marah tu tetap perlu, mungkin cukup dengan reaksi muka serius dan nada suara yang tegas...

Dah nama pun budak kan, sekali cakap tu bukannya terus lekat dalam otak(alah, orang tua pun sama ja!), nak kena ulang2 benda yang sama beratus2 kali baru dia betul2 ingat, tapi tu laa tak sampai 100kali lagi haku dah hangin dah, bukannya taktau konsep ulang-sampai-muntah tu tapi diri sendiri yang tak cukup sabar. See guys, I told you, basic2 ni semua kita tau tapi nak guna dan amal tu haihhh bersimpang siur jalannya...

Dari sehari ke sehari, banyak yang cuba diperbaiki, walaupun banyak kali tersasar kecundang tapi I tetap kena cuba lagi kan?! Ni baru 2tahun, nakalnya cara kanak2 nak membesar, nanti dah remaja, nakal kut arah lain pulak, memang laa kena bersiap-sedia...

Kenapa I kata marah dan pukul ni wajar? Sebabnya kita kena faham yang budak2 ni terdidik dengan "kebiasaan", kalau dari kecil kita biasakan dia dengan kaedah lepas tangan, lantak-pi-laa-hang-nak-buat-apa, sampai satu peringkat usia baru kita nak terhegeh2 tegur, baru nak bentuk, baru nak lentur, ermmm takdak maknanya dah laa kan?! Rasa2 dia akan ikut ka kata kita time tu? Mimpi ja laa kot... Sebab tu laa I seboleh mungkin nak bagi anak2 diasuh digilap sejak masih usia rebung ni, dah jadi buluh nanti, takat boleh tengok ja laa...

Bagi I, dalam mendidik anak ni tak ada cara yang betul atau salah. Semuanya terpulang pada kita as parents untuk pilih, ikut kesesuaian diri sendiri dan anak2. Kalau dah anak hangpa baik, tertib-lendik, tak nakal dan dengar cakap, dah tentu dah laa hangpa tak payah susah2 nak pukul dan marah kan?! Ingat best sangat ka nak marah2 dan pukul2? Huh, tak best langsung!

Guys, actually tajuk entry ni di-requested oleh my friend-Chiput. Dia betul2 nak dengar pandangan dari ibu2 yang lain. So please, berilah pandangan anda tak kesah laa either you guys setuju dengan apa yang I tulis atau tak, tak apa, I don't mind...

4 comments:

Ina said...

nk ckp lbh2 pn kiter sndri masih blaja. tp ni pndpt kiter drpd pengalaman sbg anak n menantu (hasil pemerhatian cara my mom n mil) n drpd ilmu yg kiter dpt drpd bacaan n so on.

bg kiter pukul tu mmg perlu tp sebagai langkah yg terakhir la kalau dh tegur apa semua xnk dgr ckp jugak. bak kata fith berpada2 la kan. ramai je org yg berjaya n jd org rasanya sbb pnh kena pukul la dgn mak ayah depa hehe

rasanya xde cara yg betul atau salah nk didik anak. tp ramai org dh kaji jenis sikap2 anak la, sikap ibu bapa la, itu la ini la. xrugi kiter cari ilmu2 tu supaya kiter lebih tau psl parenting. sbb ada certain tu kiter xtau pn yg kiter xtau. means we have no idea at all about that thing. bila dh baca baru kiter leh guna n sgt membantu kiter. setiap cara tu jugak ada pros n cons. setiap anak plak lain2 so mebi satu cara je xsesuai. utk anak lain kena guna approach lain plak.

rasanya semua parents nk buat yg terbaik. kiter rasa parents kiter pn mcm tu. tp sbg anak kdg2 tu trdetik gak la kan best kalau my parents buat mcm tu instead of mcm ni so on n so forth. tp mebi adik kiter plak suka dgn cara parents kiter tu. skrg dh jd parents sndiri kena ingat kiter xleh nk jd perfect. kiter mana nk tau apa ada dlm kepala anak2 kiter n kiter xleh nk ikut exactly mcm apa yg depa nk.

kiter cuba nk jd mak yg sabarrr. yg xjemu dok ulang ckp n nasihat benda yg sama. tp dlm masa yg sama tegas. xpayah la nk ulang smpi 10 kali br anak tu nk ikut. kalau leh paling2 pun kali ke 5 tu dh bgn dh buat apa kiter suruh.

kalau rasa2 mcm nk naik hantu(ihsan br nk msk 3 bln pn dh penah naik hantu dh tau hahaha), kiter senyap je. kalau layan perasaan tu nnt xsedar diri menjadi2 plak. pastu mula la menyesal sbb babab anak. kiter biar je dia nangis ke hape ke tp masih perhati dia la takkan nk biar je kan. konon2 bg silent treatment la ni haha. smbil2 tu istighfar. plg bagus kalau boleh pass kat org lain. bila dh cool down br hadap anak tu balik. kalau dia dh besar sket leh la bg silent treatment suruh dia p kt sudut mana2 muhasabah diri sndiri pastu bwk berbncg semula. sdgr ckp jugak jwbnya bwk kuar rotan la.

kalau layan perasaan masa naik hantu tu nnt kuar kata2 yg xelok nnt kiter nyesal. alhamdulillah setakat ni xde lagi. tp yg terdetik dihati tu melambak2 dah. itu xdpt nk elak la. tp kiter xmaksud kan pn n at least xckp. so cpt2 istighfar balik. bila masing2 mood dh elok n bila anak tgh tdo kiter slalu la ckp2 kt dia nasihat itu ini.

kdg2 masyarakat kiter ni memandang taboo on certain things. depa tak ckp dgn anak2 psl benda2 ni. tp sbnrnya mak ayah la dlu kena ajar n tegur. so xperlu la malu2 ke apa ke nk tegur benda2 begitu. sbg cth... 1) jgn tgk channel tu. shame. tukar channel lain. 2) jgn baca majalah mcm ni xelok. boleh menyebbkan hilang ilmu n menggalakkan onani n so on. hukumnya berdosa bla bla bla. direct je ckp sng citer.

hmmm mcm dh menyimpang jauhhh je ni. pjg plak tu wat mcm blog sndri plak. cukup la dlu. nnt2 smbg kt blog sndri hehe. tajuk fith on pukul n marah je haha. xpela buat semak sket kt blog fith ni. btw yg tertulis kt ats tu only sebahagian pendapat peribadi kiter sahaja. n semestinya lah mungkin serba sedikit bercanggah dgn pendapat ibu2 yg lain. lain org lain cara kan.

Fith said...

Ina,
mmg betul apa yg ina ckp tu.lain org lain cara,lain anak pun lain kaedahnya.2R ni masa kecik2 ni tak kena marah/babap lg,tp tunggu 1thn++ mcm rafiqh skrg,mmg hilang sabar hadap perangai dia,haha.fith mmg tak suka bebel2,klau mulut bising hati lg panas,so selalu diam je.
fith mmg try dah ikut hasil kajian2 tu semua tp fail jugaklah kdg2,hehe.mmg hakikatnya tak mudah nak jd parents ni,huhu

ojasamid said...

thanks for sharing fith..
sbb ni jugalah yg slalu jd "nayami" akak, especially bila dah ada anak toddler ke atas ni kan. mmg sangat2 menguji kesabaran diri yg tak brape penyabar ni. :( masa affan bwh setahun dulu yoku ganbattekita kedo ne, tak marah2 sumer..huhu..huhuhu. )

but true, mengamalkan teori bab2 mendidik anak ni tak semudah yg disangka. slalu juga `terbabas` nk2 bila tgh letih (physically, mentally, emotionally) ni. huhu. afterall, we`re only human rite.

tp satu yg akak belajar dri masa silam, jgn smpi bila kita dah marah anak2, kita jadi lupa nk tunjuk atau beritahu yg kita sayangkan dia. ramai yg tak sedar bhw anak kecik juga punya perasaan. takut nnt bila besar anak tu sama ada akan jd rebellious, takpon hilang kepercayaan diri. kesian sangat2 bila dh jadi mcm tu..:( org2 kita kdg2 rasa malu bila anak2 masa kecik suka menakal itu ini, n nak cepat2 `betulkan` dgn marah cukup2, pukul etc wpon benda tuh kecik. kdg2 depan org pon selamba marah ,pukul anak ..smpikan anak jadi malu. :(

hopefully kita tak akan jadi ibu bapa yg hanay fikir nk `mengajar` tp tak cuba nak fikir perasaan anak2..
sbb tu bila ada org tua cakap "biar kita marah anak kecik2 smpi nangis2, jgn bila dah tua kita pulak yg nangis sbb perangai anak2", akak kurg setuju di situ, sbb terkurang satu point; jangan lupa tunjukkan kita sayang anak2( be it dgn perbuatan, sebaiknya juga dgn perkataan), jd taklah anak tu rs dibenci ke ape kan. ;).

gomen ne fith, membebel2 pula ..haha..
ganbarimasyou ne..sama2 kita belajar n cuba yg terbaik.

Fith said...

Kak oja,
mgkn benda ni jadi nayami semua mak2 bila sampai satu tahap usia anak tu kan.b4 ni fith mmg tak tensyen pun,klau takat anak meragam tu ok lg,tp bila masuk bab nakal2 ni haa baru sndr rasa.
fith setuju sgt dgn apa yg akak kata sbb fith sndr seboleh mgkn mmg sntiasa cari peluang nak tunjukkn kasih syg kat rafiqh,nak2 bila dia ada adik ni byk masa dgn adik je.taknak laa asyik nak asuh dia sampai lupa nak hargai detik2 dia kecik ni bermanja2 kan.
hrpnya fith tak lalai laa bab ni,huhu