Thursday, November 26, 2009

Projek biskut raya haji

Ecceh berprojek-projek laa pulak aih, yer2 je... Mula2 hari tu memang takdak plan pun nak buat kuih raya ni, rasa macam tak sempat je sebab minggu ni dan minggu depan dah full jadual dengan preparation birthday party si Rafiqh ni(hahaha bunyi macam sibuk laa sangat, siap berjadual bagai kan. Takpa laa, bagi chance surirumah ni berangan perasan busy, hek). Lagipun hampir setiap minggu dok ulit biskut2 ni, dah tak rasa teruja pun nak buat kuih raya, rasa biasa2 je, hehe. Tapi entah apa mimpi entah, isnin lepas tiba2 terasa nak buat laa pulak, cet gedik sungguh, macam laa ada orang nak mai beraya pun. Ish sedih sungguh raya tahun ni tau, myLove tak dapat nak cuti, huhu alamatnya tak beraya laa kami, huwaaa... Disebabkan takdak plan nak masak juadah istimewa hari raya, anggap je laa kuih2 raya ni sebagai pengganti, buat penyeri laa kengkononnya... Esok kita belasah kuih raya ni je laa ek Rafiqh...

Start buat biskut ni hari selasa lepas, buat 2jenis iaitu oat choco chips dan shortbread. Oat choco chips tu resepi rekaan sendiri, pakai resepi choco chips cookies yang selalu dok buat tu tapi tukar badam dengan oat, then olah sikit2, hasilnya sedap! Walaupun tak serangup resepi pakai badam tapi rasanya still sedap, ada kelainan sikit...

Shortbread pulak guna resepi dari mamafami, I olah sikit sebab masa bancuh tu taktau kenapa doh tu agak lembik, susah betul nak terap so I tambah tepung lagi, kalau nak tengok cara2 nak buat tu, sila ke web mamafami ok -> http://mamafami.fotopages.com/?entry=1050588
Masa dok tambah2 tepung tu risau jugak takut jadi keras, nasib baik elok je lepas bakar, gebu dan sedap, lemak2 manis macam biskut susu rasanya. Next time nak try cari resepi biskut ni dari orang lain pulak. Rafiqh suka betul, sekali hadap tu boleh makan lebih 10keping.

Sepatutnya semalam nak buat 2jenis lagi tapi malang sungguh laa, resepi2 yang dah lama I bookmark dari myResepi tu tak dapat nak tengok, taktau apasal 2-3hari ni web myR asyik server error je, so tak dapat nak salin resepi2 tu, huhu. Nak buat hari ni tak boleh dah, sebab kat jadual dah plan hari ni kena buat karipap. Eh kena laa ikut jadual kan, bukan boleh main tibai ja nak buat apa, nak2 dah ada 2R ni, kalau sibuk masak je kasihan kat depa, last2 nanti tunggang-terbalik semua benda... Kesimpulannya, campur choco chips hari tu buat, biskut raya haji ni ada 3jenis ja laa... Takpa laa kan, jadi laa dari langsung takdak, yer dak?! Eh tapi shortbread tu habis licin dah semalam Rafiqh dan mama bedal, hahaha...

Oat choco chips cookies
125 gm marjerin
90 gm gula
1/2 biji telur
220 gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
4 sudu besar oat
2 sudu besar serbuk koko
60 gm choco chips

Shortbread
(resepi asal yang tak olah)
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
1/4 cawan gula
120 g mentega
SELAMAT HARI RAYA IDIL ADHA !!!
EID MUBARAK !!!

2 comments:

Ina said...

sedapnyaaa kuih. tingin nk wat tp mixer wat hal plak. kiter xwat apa pn utk raya ni. xamik tau pn psl raya haji sbnrnya haha xsenonoh betul. nway slamat raya haji fith :D

Fith said...

haha,mmg tak rasa cam raya pun kan.fith pun takat msk simple2 jer,hehe.klau dok dekat,bleh jemput ina sekeluarga dtg mkn kuih.
slmt hari raya haji ina