Thursday, November 26, 2009

Tag oleh Nas

Lama dah kena tag ni, tapi baru hari ni terhegeh-hegeh nak jawab, hehe sowiii...
Meh laa nak jawab tag my junior-Nas

1.Bekas kekasih saya adalah :
arrr nak tau pasai yang mana satu? ada ramai sangat, kahkahkah
(gila laa, nasib baik myLove tak baca blog ni, hehe)

2.Saya sedang mendengar :
lagu2 dari rancangan kanak2 NHK kat tv diselangi bunyi hilai tawa gurauan 2R, hiii indahnya dunia!

3. Mungkin saya patut :
lebih rajin dan banyak membaca bahan2 ilmiah, asyik hadap blog ja, kematu dah isi otak ni...

4. Saya suka:
Shopping, blog-hopping, cooking, pi jalan2/travel, party, suka jumpa kawan2 dan suka kalau dapat balik rumah abah mak...

5.Sahabat-sahabat baik saya:
IMFEEN... eh ramai laa lagi, tak cukup ruang nak senarai ni...

6.Saya tak faham :
sikap LELAKI, hahaha... ada 3lelaki dalam rumah ni yang perlu difahami...

7.Saya kehilangan :
pasport lama saya dan alien card Rafiqh kat KLIA masa balik Malaysia hari tu... Tensyen sungguh masa tu, tapi nasib baik laa pasport lama...

8.Ramai yang berkata :
muka Raziqh macam jepun, sampai saya terfikir mungkinkah tertukar baby masa kat hospital dulu??? erkkk, dah laa masa bersalin tu wad penuh cina, eiiii nauzubillah...

9.Makna nama saya :
Siti - taktau makna apa, ada orang kata tu singkatan saiyidatina yang bermaksud "2puan"
Fithriah - semulajadi

10.Cinta itu adalah :
rasa kasih dan sayang tanpa syarat...

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
sibuk tambat lembu kambing kerbau sebab esok nak raya korban...

12.Saya akan cuba :
jadi hamba yang taat, anak yang patuh, isteri yang solehah, ibu yang penyabar dan seorang insan yang baik...

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
kekal abadi...

14.Telefon bimbit saya :
iPhone hadiah mother's day dari myLove...

15.Bila saya terjaga dari tidur :
Saya lihat wajah chumel my babies dan wajah myLove, oh terasa bahagia punya insan2 tersayang di sisi...

16.Saya paling meluat apabila :
orang berlagak pandai padahal tak laa pandai mana pun...

17.Pesta/Parti adalah :
makanan penuh meja, pakaian cantik2, riang wajah dan meriah suara tetamu, eiii bestnya... I love party!

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
hamster belaan my sister and brothers, tapi yucks geli nak pegang! Takat tengok ok laa...

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
entah, rasa maccam syok ja setiap masa! Masa kanak2 syok cara kanak2, masa remaja syok cara remaja, la ni pun syok jugak!

20.Hari ini :
nak masak nasi ayam dan buat karipap. Petang nanti nak keluar shopping groceries...

21.Malam ini saya akan :
malam ni kan malam jumaat, biasa laa kan, buat apa lagi kan, hehehe... Baca yasin laa!

22.Esok pula saya akan :
esok raya tapi kami biasa2 ja, ulang rutin yang sama...

23.Saya betul-betul inginkan :
rumah "banglo" yang luas, boleh 2R lari2 main2 sesuka hati...

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
tak nampak apa sangat pun, dah bilik pun gelap lagi, sikat2 rambut ala kadar then masuk dapur masak!

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
ish mesti laa shopping complex kan, apa kes nak pi arked2 ni, pi shopping laa best... shopping kan terapi minda walaupun cuma pi beli barang kat 100yen shop! LOL

26.Makanan Barat atau Jepun:
Jepun laa, shedap!

27.Bilik yang terang atau gelap :
terang! rimas aih gelap2...

28.Makanan segera adalah :
apa2 yang boleh telan la la tu jugak...

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
"habiskan susu, tidur!" - cakap kat Rafiqh

30.Siapa yang anda mahu tag???
Sesiapa ja yang takdak idea nak update blog, haa mai jawab tag ni mai...

4 comments:

::NaS:: said...

teringin la pulak nk tau no. 1.
heheheeee

Fith said...

hahaha takleh2,bahayaaaaaaaaaaa

Anonymous said...

bila baca nombor 21 tu saya tergamam seketika pastu gelak sampai esok..ha ha..

Fith said...

Amir,
hahaha tuh pikiaq apa tu?aips!