Hari ni myLove kerja, makanya kami dok laa terperap dalam rumah. Tapi sepanjang minggu ni dah banyak kali keluar so takdak laa rasa sangap sangat... Hari ni plan nak buat inti pau, inti murtabak dan nak buat cookies. Bila bosan2 ni memang syok kalau memasak, yer dak?!
Okey, back to the title...
Belum pun setahun I berkecimpung dalam hal-ehwal cloth diaper(cd) ni, rasa macam tak berapa layak nak cakap banyak especially part nak bagi reviews ni. Kalau viewers yang baca ni just for suka2, tak apa laa, tapi kalau yang refer ni untuk kegunaan sendiri please do consider my lack of experience okey...
Selalunya bila cakap pasal cd ni ramai yang merungut tentang masalah kebocoran. Aah memang normal laa tu, sebabnya kuasa serapan cd tu akan semakin baik bila kita dah banyak kali membasuhnya. Sebab tu laa sebelum digunapakai kita digalakkan untuk pre-wash semua tu at least for 3times. I pun hadapi masalah yang sama, at first rasa tensyen dan bosan laa jugak kan asyik bocor je, tapi bila dah agak lama pakai macam sekarang ni dah jarang2 bocor. Sekarang ni dalam 3-4hari sekali je kot berlaku kebocoran, so I rasa ok laa kan. In my case, bocor ni berlaku biasanya kalau Rafiqh pee banyak sangat, haa memang bocor laa. Tak pun kalau dia lasak sangat sampai kedudukan cd tu jadi tak betul atau senget, atau mungkin masa bagi pakai tu tak betul2 kemas, haa time tu pun mudah bocor jugak. Raziqh pulak amat jarang laa bocor. Dia masih pakai 1layer, sebab kerap poop so kerap salin, mungkin sebab tu tak sempat nak bocor kot.
Kalau nak cakap pasal kekemasan cd ni, macam yang pernah I tulis dulu I lagi suka cd jenis velcro(ala2 macam disposable diaper(dd) tu), memang kemas bila dipakaikan. Kalau pakai jenis ni memang jarang amat sangat bocor...
Lagi satu masalah biasa I dengar ialah tentang ruam lampin atau masalah yang berkaitan kulit bayi. Alhamdulillah so far both Rafiqh and Raziqh sangat sesuai pakai cd more than dd. Sepatutnya pun memang macam tu sebabnya cd ni tak ada bahan kimia sebaliknya dd tu memang sah2 laa ada bahan kimia yang kalau kita biar lama2 tak salin tu akan memudaratkan kulit bayi. Banyak faktor lain yang boleh kita pertimbangkan bila berhadapan dengan masalah ni, selain dari kemungkinan baby kita tu alergic terhadap cd tu, mungkin jugak pengendalian cd tu kurang tepat. As for cds ni kena basuh guna sabun pencuci khas, hal ni penting jugak untuk jaga kualiti daya serapan(berbalik kepada point bocor kat atas tu, kalau salah cara basuh pun boleh akibatkan masalah bocor). Sebaiknya cds dibasuh dalam washing machine dan set-kan penggunaan air yang banyak(kalau tak boleh set jumlah air, kita kurangkan jumlah cds yang nak dibasuh). Basuh pakai washing machine dengan jumlah air yang banyak ni adalah bertujuan untuk pastikan cds tu lebih cuci dari kotoran dan bahan2 pencuci...
Dari segi mahal atau murah tu pulak, dari pemerhatian I yang tak seberapa ni, I lebih suka cds Europe/US, fabrik dan material yang lebih bermutu, jahitannya pun lebih kemas. Kalau made in China tu, untuk coolababy dan lunatots I rasa bagus jugak. Tapi kalau nak kata yang mahal tu tak bocor tu tak laa, sama je! Oh lagi satu, I ada beli BabyLand punya cds(yang ada gambar monkey, hyppo dan spongebob tu), I tak sure ia buatan mana tapi honestly cakap I tak berapa suka. Material luaran tu diperbuat dari kain gebu dan sebelah dalam tu pulak macam kain belacu(kain cotton yang gebu tu), so bila baby pee/poo senang bocor dan baby pun macam tak selesa sebab basah. Kalau tengok cds lain kain sebelah dalam tu ala2 baldu, even baby pee pun, tak laa rasa lencun sangat(macam dd). Nak kata murah pun tak jugak, lebih kurang harga lunatots cds, cuma designnya laa cantik...
Kesimpulannya, setakat ni I memang berpuas hati dengan cds ni. Mesra alam(tak banyak hasilkan sampah), mesra poket(tak payah angkut beli dd) dan mesra bayi(materialnya sangat lembut)... Mungkin pada peringkat awal tu kita rasa susah atau rumit sebab cds ni benda baru, masih banyak kita nak kena tau before guna tu, tapi percaya laa slowly belajar dan guna, lama2 kita akan puas hati...
Saturday, November 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment