Hadoi, banyak benda nak cerita sebenarnya tapi takdak mood nak menaip la pulak, haihhh. Buat ringkasan aktiviti weekends lepas je laa yer...
Raya korban jumaat lepas kami tak ke mana pun. I masak nasi empit dan kuah kacang ayam untuk minum petang dan malamnya kami dinner chicken chop, ecewah berlagak macam mat saleh la pulak kan raya2 makan chicken chop, ihiks. Gambar dan resepi nanti I buh dalam entry akan datang ok, malas nak masukkan pictures dalam kom ni lagi...
Sabtu pun myLove kerja jugak, jadinya I dan anak2 cuma melepak kat rumah je. Disebabkan malamnya tu ada jamuan raya anjuran students Malaysia, siangnya tu I masak sikit2 untuk dibawa ke majlis tu. Mungkin depa ni decided mengejut kot pasal jamuan ni, lewat petang raya tu baru habaq kata nak buat jamuan, memang tak sempat dah laa nak prepare masakan best2 sikit kan, so masak dari bahan yang sedia ada dalam rumah ni je laa... I bawa nasi empit dan kuah kacang ayam(lagi? hehe) tapi of course laa yang baru dimasak kan, masakan hari jumaat tu licin dah! Then I made banana choco muffin as desert. Malamnya lepas myLove balik kerja, kami ke meeting room international house lebih kurang pukul 7malam, makan2 dan sembang2, punya laa sakan beraya, sampai lewat jugak laa kami balik rumah. Selain dari Malaysian yang sedia dok sini, ada jugak depa ni jemput orang Indonesia dan Malaysian yang datang kursus kat sini. Orang yang datang kursus ni ada kot dalam 16orang, depa mai Jepun sekejap je(tak ingat dah berapa hari) dan depa dok kat Ube international hotel, students sini pi ambil depa kat hotel dan lepas habis majlis pi hantar balik, meriah laa majlis jamuan kali ni.
Semalam kami tak ke mana pun, malas nak keluar.
Tu je laa nak cerita. Satgi kalau rajin I taip lagi entry...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment