Sunday, November 8, 2009

Mak

Sejak achik dibedah rabu lepas, hingga ke saat ni mak sekali pun tak balik ke rumah lagi. Dah 5hari mak "menginap" kat hospital tu. Kesian mak, mesti mak penat, mesti mak letih yang amat sangat. Mana laa selesa dok kat hospital tu, setakat boleh duduk, tak boleh nak baring meluruskan pinggang pun. Makan minum yang tak menentu dan tidur yang pastinya tak lena. Sedih bila fikirkan hal mak, kalau laa kami dok dekat, boleh laa tolong apa yang patut bagi meringankan beban. Walau macammana sekalipun ketidakselesaan mak kat sana, setiap kali call mak, suara mak tetap ceria, tetap "lantang" berbicara, sedikit pun tak dengar keluhan, sekelumit pun tak ada rungutan...
Ya Allah, Kau kurniakanlah kesihatan tubuh badan buat mak, moga mak tabah dan kuat. Kau payungilah mak dengan rahmat dan barakah yang berpanjangan...

Abah cuma dapat balik Ipoh menemani mak dan achik dari rabu hingga laa hari ni, petang nanti abah dah nak kena balik Seremban. Mujur laa kaklong ada kat rumah, boleh laa tolong masakkan makanan buat achik dan tengok2kan adik. Achik pulak seminit pun tak boleh berpisah dengan mak, langsung tak beri peluang mak nak balik berehat. Nak salahkan dia pun tak boleh jugak, orang tak pernah sakit, sekali sakit tu dia bagai hilang keyakinan. Hanya kehadiran mak memberinya kekuatan...

Dulu... masa ateh ditahan di wad, mak adalah insan yang mengisi kerusi kosong disebelah katil pesakit, setia sepanjang masa... Pertama kali I dibedah, mak jugaklah yang setia menemani. Mak lah satu2nya insan yang "menghantar" I sehingga ke muka pintu bilik bedah. Sepatah pun mak tak berkata2, hanya renungan mata yang tajam menuturkan sejuta satu isi hatinya. Sedih, takut, gementar dan segala yang terpendam dalam hati ni satu2 bagai dibaca telus oleh mak, dan satu2 perasaan itu padam dengan hanya sentuhan kasih mak... Sekali lagi ketika I bersabung nyawa untuk melahirkan Raziqh, mak lah yang sabar bangun dan berdiri, mundar-mandir resah gelisah...

Sungguh besar jasa seorang ibu, tak cukup hanya mengandung dan melahirkan, tidak sekadar menyusu dan membesarkan, sehingga anak2nya meniti hari remaja dan dewasa, dia tetap berkeringat menggalas dugaan...

Ya Allah, kau panjangkan usia mak, berilah aku kesempatan untuk membalas segala jasanya, paling tidakpun untuk menjaga sakit demamnya nanti...

7 comments:

Ina said...

Mmg bsr pengorbanan seorg ibu. Sesekali teringat salah silap terhadap mak ayah rasa nyesal n sedih. Kiter pn sentiasa doa semoga diberi peluang utk membalas jasa n menggembirakan mak ayah.

Fith said...

Betul tu ina,nak2 pulak fith ni bukan anak yg baik pun,hadoi sedih betul...

Fadhlyna Abd Wahab said...

bile dh jd ibu ni lebih terasa perit jerih mak jg kite dulu,kn?

semoga Allah bg kemudahan+kekuatan pd mak fith. insyaAllah!

zura said...

sedih pulak bce entry fith kali nie..! mmg betul kan.., aieee.., kita nie boleh tak jd setabah n segigih ibu2 kita membesarkan kita dlm kita membesarkan anak2 kita plak nnt ek..? aiee

Fith said...

Chiput,
betul2,fith setuju sgt.fith jd lbh beralah n fhm mak bila dah jd ibu.sib baik laa sempat insaf,huhu

Zura,
tu laa zura,hrp sgt fith mampu jd yg terbaik buat anak2.byk lg kekurangan ni esp part sabar tu,huhu

zura said...

nak comment lagi.., ehehhehee..!
part sabar tu fith.., zura pun same..! rase nak luku je kdg2.., tapi tulakan.., bile tgh marah tak ingat..! tapi dah lepas marah tu besalah sgt rase..! yelah dia bukan faham ape pun.! aiee..! tak pe kita doa la banyak2 k

Fith said...

Zura,
tuh laa pasal kan.hanya mak2 yg faham perasaan sesama kita ni.hadoi,betul2 menguji kesabaran kan budak2 ni.mmg nak kena byk2 beristighfar dan berdoa...