Banyak sangat benda nak cerita sampai taktau mana satu nak mula dulu... Hari tu ada janji nak post gambar2 jamuan raya yamadai tu tapi dah sebulan dah tak buh2 jugak, kira halal laa yer, tak payah laa ek...
Hari ni nak cerita pasal achik laa dulu. Sebenarnya my bro-achik dilahirkan sihat sempurna sifatnya 15tahun yang lalu, alhamdulillah. Dia membesar dengan baik tanpa banyak masalah, tak ada sebarang sakit2 kronik, takat demam selsema tu biasa laa kan. Cumanya sejak hampir setahun yang lalu dia ada masalah batuk2. Pernah sekali dulu dia batuk hingga mengeluarkan darah tapi masa tu dia fikir yang mungkin darah tu berpunca dari tekak yang luka akibat batuk yang sangat teruk. Pernah laa berubat dan macam2 ubat dah cuba tapi batuknya on off, baik sekejap then datang balik.
Sehingga laa sehari selepas majlis walimah my sis-alang bulan 7 yang lalu, sepatutnya pagi tu achik balik asrama tapi dek kerana sekali lagi dia batuk hingga mengeluarkan darah, mak tak bagi dia balik, sebaliknya suruh dia ikut I yang berkebetulan pagi tu nak ke Ipoh Specialist Hospital(ISH) untuk maternity check up. Kami(read:alang, shahril, myLove and me) bawa laa achik ke ISH bertemu pakar(pakar apa entah, lupa pulak nak refer alang, hehe). So doktor tu suruh pi check darah laa pi x-ray laa hapa laa, semuanya alang dan Shahril yang urus memandangkan alang lebih arif bab2 perubatan ni. Mula2 tu doktor suspected achik ada batuk kering, nauzubillah kami berdoa moga tak laa kan. Lepas keluar semua results tu barulah tau rupanya tulang belakang achik dah bengkok teruk hingga mengganggu fungsi paru2nya. Doktor tu rekemenkan pakar lain untuk merawat achik.
Sebenarnya memang sejak achik meningkat remaja, postur badan dia nampak agak "pelik" sedikit, senang cakap badan dia senget! Tapi selama ni kami dok sangka semua tu disebabkan masa kecik2 dulu dia bawa beg sekolah berat sangat, ya laa kan, beg sekolah kat Malaysia ni kan berat nak mampuih! @^:/;#"bodohpiangpunyasistempendidikan!&%"!)=(*}+ (maki sat, hahaha). Mak pun selalu laa berleter ungkit2 pasal achik dulu keteqaq(=degil) takmau dengar cakap, mak berbuih mulut pesan suruh galas beg dua2 belah bahu tapi dia suka sangat galas sebelah, hahaha. Abah dan mak dok berkira2 nak bawa dia pi berubat lepas alang tamat pengajian perubatannya di Aberdeen tu. Lepas pi jumpa pakar dan tanya itu ini pasal punca terjadinya tulang belakang bengkok dan kaedah rawatannya tu barulah kami tau rupa2nya achik memang dah dilahirkan macam tu, dah sejak azali gitu, makin besar makin teruk laa. Hahaha lawak laa pulak bila fikir2 sebab tak pasai2 ja selama ni achik tadah telinga dengar mak berleter marahkan dia, padahal semua tu bukan salah dia pun. Atas nasihat doktor, achik perlu buat pembedahan segera, tak boleh tunggu lama lagi. Menurut doktor kes2 macam ni banyak dah terjadi, pesakit perlu dibedah dan dipasang skru pada tulang belakangnya, insyaAllah selepas beberapa peringkat rawatan dia akan pulih. I nak explain lebih2 pun tak reti, karang salah pulak...
Tu je laa ceritanya, lepas selesai duduki PMR dia terus dicutikan dari pi sekolah sebab nak bedah segera, dengan harapan dia pulih sepenuhnya sebelum sekolah dibuka semula tahun depan. So sekarang ni dia terlantar kat hospital, taktau laa untuk berapa lama. Moga dia cepat sembuh dan boleh kembali aktif bersukan...
Thursday, November 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
moga cepat sembuh achik ya!
oo sejak lahir ke begitu. senyap2 je kan skali dh besar baru tau. papepun semoga achik cepat sihat, amin! n kiter semua semoga sihat walafiat sntiasa hendaknya, amin!
InsyaAllah, everything will be ok. semoga cepat sembuh.
Bestfriend Akmll ade sorang camni kak. Dia masa form berape 2 sakit tulang belakang dia dikesan.. pastu kena pakai macam braces kat tulang belakang.. Macam bekung tapi keras sebab buat dari pvc.. kira nak prevent tulang belakang dari terus senget..
Pakai sampai form 5 rasanya.. Masa tu pertumbuhan tulang belakang dah sikit/berenti.. So tak pakai dah..
Sebak pulak teringat balik.. Teringat keadaan dia dulu2..
Semoga cepat sembuh Achik..
Kak hanny,
thanks...
Ina,
tuh laa dah besar baru dpt kesan.tp nasib baik jugak tau awal kan,huhu.btw thanks...
Naz,
arigatou...
Akmal,
aah akmal,doc kata kes ni byk berlaku,mmg sgt normal tp ni 1st time laa bg kakfith.boleh je pakai yg mcm akmal ckp tu tp kes adik kakfith ni dah agak teruk,so mmg syoganai kena operate.kesian kwn akmal tu kan.
apapun,thanks yer
insyaALLAh semoga achik fith cepat2 sihat yek..sama2la kite doakan..aminn
Aisha,
thanks,hrp begitulah.
btw,lama tak update blog,hihi
laaa.., ciannya achik.., ape pun semoga cepat sembuh k..! moga cepat bleh jalankan aktvt cam biase..!
Zura,hehe kesian,nasib dia laa kan,dugaan...
Post a Comment