Awal2 pagi tadi dah call mak, selalunya I call rumah Malaysia bila dah tengahari sikit, tapi memandangkan hari ni myLove kerja, tak laa kelam-kelibut nak buat breakfast di pagi raya ka, nak mandi sunat raya ka, nak gelut pi solat raya ka bla bla bla, hari ni releks ja macam hari2 biasa... Lama jugak sembang dengan mak, macam biasa laa mak tu kalau tanya masak juadah apa, mesti nak sembunyi2 takmau habaq, takut sangat laa anak dia ni terliuq, takpa mak ceq rileks ja, hehe... Mak bagitau abah takmau balik beraya kat kampung, ish bosan aih, beraya laa abah mak ateh achik dan adik 5beranak kat rumah tu, sunyinya... Abanglong sekeluarga balik raya kat Kelantan...
Selama kahwin ni, rasanya ni laa 1st time raya yang myLove kerja. Selalunya myLove memang akan ambil cuti untuk beraya, even kat sini hari2 raya macam ni bukannya ada apa sangat pun, tapi tetap kami cuba raikan, at least kami mesti join solat raya then balik lepak2 kat rumah. Sekarang ni myLove tengah busy dengan projeknya so tak kesah laa kan tak cuti pun... Pagi tadi before myLove pi kerja, kami dah siap2 "beraya"(=minta ampun maaf) dah, 2R ni tak bangun tidoq lagi, elok depa bangun ja, mak depa serbu "onichan, adik, hari ni kita raya tau, selamat hari raya! Jom2 onichan kita mandi sunat hari raya", mesti 2R ni blur tengok mak depa, hahaha.
Biasanya raya haji/korban ni sambutannya biasa2 ja kan? Tak laa sehebat nak sambut raya puasa, ala2 suam2 kuku ja pun. Seingat I laa kan, selama dok merantau dan beraya kat banyak negeri dah kan, kot kalau nak rasa meriahnya havoc-nya raya haji ni kena laa pi raya kat Kelantan atau Terengganu, haa memang syok!
Kecik2 dulu setiap kali raya haji wajib laa balik kampung, siap boleh ponteng2 sekolah lagi hahaha. Mula2 balik Merbok, kampung belah abah. Abah cuma 3beradik ja, jadinya kat sana kami tak ramai sepupu, tapi kalau campoq dua-pupu kupu2 jadi ramai laa geng yang segagan(=sebaya). Kat kampung abah ni, raya haji pun kami dan sepupu2 balun jugak pi minta duit raya kat rumah orang, masuk ceruk2 kampung pi beraya, walaupun maktok, mak2 menakan dan mak dok ulang kata "ish hangpa ni laa, ghaya haji oghang tak bagi duit ghaya laa", ada kami kesah? hahaha... Tengahari raya kami balik Aloq Setaq pulak, mak ada 11beradik, perghhh memang gamat laa, sepupu-sepapat saja dah dekat 50 orang. Time2 raya macam ni ja laa nak dapat jumpa saudara-mara pun, nak dapat kumpul ramai2, memang seronok habis laa... Bestnya zaman kecik2 dulu kan...
Tapi bila dah makin besaq, kami dah jarang dah balik raya haji kat kampung. Selain sebab cuti sehari/2hari ja(tak boleh suka2 hati ponteng sekolah dah), dok pulak jauh dari Kedah, ermmm memang tahap melangut kat rumah ja laa tiap2 kali raya, tak best langsung! Abah pulak jenis yang tak suka pi beraya rumah orang, alahaiii memang sadis laa. Abah memang gitu dah, bukan sombong ka hapa ka, dah perangai sejak azali tak suka bertandang ke rumah orang, nak buat macammana kan. Kalau raya puasa pun abah jarang amat sangat nak bawa kami pi beraya atau open house, dah tu orang pun tak mai rumah kami jugak. Dok laa raya sama2 kami ni ja, hang tengok muka aku, aku tengok muka hang, hish apa kes?! hahaha...
Harapnya myLove nanti tak laa macam abah, bukan apa, kasihan anak2 kan, nanti saudara sendiri pun depa tak kenai. Paling tak pun, kena laa ada budaya ziarah-menziarahi, betul tak?! Nasib baik laa kami adik-beradik ni tak turun perangai abah, kami memang muka tak malu, suka pi rumah orang, hahaha...
Dulu masa belum ada anak, kami(read:myLove & I) selalu laa jugak buat makan2 kat rumah, setiap kali raya buat open house tapi sejak ada Rafiqh, dah tak menang tangan dah nak masak banyak2. Nak2 students Malaysia kat sini dah makin ramai dah la ni, lagi laa tak daya. I suka sangat majlis2 tak kira laa kenduri-kendara ka, gathering ka, asalkan ada orang ramai haa memang teruja nak join, suka bermasyarakat, best kan ada ramai kenalan. Nanti insyaAllah bila dah balik Malaysia nanti, nak laa anjurkan makan2 selalu, especially untuk kumpulkan balik semua Yamadaians(students Yamaguchi University), huish boleh dak bayangkan berapa ramai Yamadians yang kami kenal? As for myLove yang mai Jepun since 1998, dia kenai up to 5generasi senpai(=seniors) dan 10generasi kohai(=juniors), ramai2! Kami memang selalu cuba contact dengan senpai kohai ni, harapnya nanti boleh buat komuniti Yamadai laa yer... Eh ni apahal menyimpang cerita pulak ni...
Oklah kawan2, selamat hari raya, maaf zahir dan batin...
Friday, November 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hehe sama la ayah kiter pn jenis xberapa nk berjln. so kiter xkenal sgt sedara mara. father in law plak jns berjln. so sumer sedara mara jauh2 pn kenal. tp hubby plak perangai sama mcm ayah kiter hehe mcm2. tp tula kena berjln sket kenal org sana sini baru la meriah ye tak :D
Ina,
aah tuh laa pasal,fith suka jln2 dari terperuk dalam rumah.klau dok umah ada org dtg takper gak,ni takdak jugak sapa nak mai,hish bosan laa raya2 dok saja je kan,hehe.hubby ina cuti ker hari ni?masak apa hari ni ina? :D
Post a Comment