Angin tidak ribut tidak, dok tak dok tiba2 rasa nak cerita pasal durian la pulak. Arrr sekarang musim durian ka kat Malaysia? 3-4hari kebelakangan ni tekak ni asyik dok teringin nak makan durian, macam biasalah hanya lempuk durian laa pengubat rindu. I ni memang hantu durian, suka sangat makan durian, nak2 kalau yang buahnya kecik2 dan isinya kuning tu, nyum2, oishii ne... Dah dekat 7tahun dok sini(read: Yamaguchi), tak pernah lagi jumpa kedai/supermarket juai durian, tak tau laa kalau I sorang je tak pernah jumpa kan. Haa tapi kalau kat bandar2 besar macam Hiroshima, Tokyo bla bla nun berlambak laa...
Kat kampung abah kat Merbok tu banyak laa dusun durian, tok ayah dan maktok(parents abah) pun ada banyak dusun. Kecik2 dulu abah pernah laa bawa pi tengok dusun, kutip2 buah, syok woo tengok macam2 jenis pokok ada-durian, manggis, petai, duku, langsat, rambutan, ish banyak laa lagi. Eh lupa pulak, kat kawasan rumah tok ayah ngan maktok pun berlambak2 pokok buah, bila musim buah tak payah susah2 nak beli, pi panjat petik sendiri. Haa tapi durian tak boleh petik, kena tunggu luruh. Dulu2 bila time pokok berbunga, tok ayah maktok mesti jerit2 bising tak bagi kami dan sepupu-sepapat "hunggaq"(=goyang) pokok, hahaha habis luruh bunga2 tu... Hai laa kenangan2...
Masa pregnant-kan 2R ni, dua2 kali tu laa mengidam nak makan durian, sementara nak tunggu balik Malaysia tu, tunaikan laa rasa ngidam tu dengan buat kuah lempuk durian, makan dengan roti dll. Masa balik Malaysia nak bersalin Rafiqh, melilau jugak laa cari tapi tak jumpa2 hingga laa sehari sebelum masuk wad tu baru nampak orang juai durian, buah baru nak masuk musim time tu, punya laa mahai, tapi mak belikan jugak, kesian kat anak dia punya pasai, kot2 laa mati masa pembedahan, kempunan laa hahaha, alhamdulillah... Tapi sebulan lepas melahirkan, dok dalam pantang tu boleh laa pulun makan durian. Aah durian boleh makan sebab panas, tapi kena limit laa kalau menyusu badan, takut baby panas pulak kan. Masa Raziqh pulak, memang kebetulan balik tu betul2 tengah musim buah, puas laa makan durian, tiap2 hari hadap makan sampai last2 sendiri yang surrender, hahaha.
Kalau nak makan banyak2, I suka letak durian tu dalam peti ais, bagi sejuk2 tu baru makan, perghhh nikmat! Sekali hadap boleh habis 2biji hohoho... Selain makan macam tu I suka jugak kalau mak buat pulut durian, masak pulut, masa nak makan tu baru letak kuah santan banyak2, letak gula, buh durian, gaul2 then makan, ish sedap! Setengah orang makan dengan pulut yang dah digaul siap2 dengan santan, yang tu pun ok jugak.
Selalunya bila musim buah terlalu banyak, buah yang elok2 ja kami makan, yang keras ka lembik sangat ka kurang manis ka kurang lemak ka, yang tu semua mak akan buat lempuk durian. Huish dulu2 kalau mak kata nak buat lempuk sure rasa hadoi malasnya sebab nanti nak kena kacau atas kuali besar. "Cemuih" woo nak kena kacau lama2 berjam2, dah laa panas, dah tu terpercik2 lagi, hahaha nampak sangat "baloq liat"(=pemalas)... Tapi la ni dah canggih dah, mak buat lempuk pakai oven, kacau setiap 30minit gitu ja, tapi jenuh lama laa masuk-keluar-masuk-keluar berpuluh kali. Bila dah siap jadi lempuk mak akan pack kecik2 simpan dalam fridge, tahan bertahun! Nanti mak "bedak"(=agih2, bacaan:BE ialah bedah punya be, ada paham?) kat anak2 atau bagi orang. Balik baru2 ni mak bagi 6packs, cukup kot stok 1-2tahun, I je pun yang dok makan, myLove tak suka...
Ni rupa lempuk yang di-pack kecil2...
Biasanya lempuk ni I buat kuah untuk cicah dengan roti jala, tak pun makan dengan roti biasa je. Tapi semalam buat bubur kacang then potong2 lempuk masak sekali, jadi laa bubur kacang lempuk durian... Ni laa rupanya bubur itu. Sedap!
4 comments:
sedapnyaaa. kempunan nk mkn durian. ritu blk mesia xlalu mkn. byk benda yg dh lama kempunan ada dpn mata hati kata nk. tp bila mkn mulut n perut kata xleh. huhu sedih. sbb masa tu peknen ihsan. kalau belah sngor uwan kiter durian2 yg xbest tu wat stok tempoyak laaa. patu msk buat smbal belacan ke gulai ke. perghhh rindunyaaa
Ina,
haa perak pun mkn tempoyak jugak tp fith tak pernah pun mkn lg,hehe.mmg pun sekali sekala tekak ni teringin sgt nak jamah benda2 pelik ni,tak dpt yg ori,sipi2 pun jd ler kan...
sedapnya bubur kacang taruk lempuk
Kakt,
aah sedap,hehe
Post a Comment