Wednesday, November 4, 2009

文化の日

Entry ni ditulis semalam tapi tak ada mood nak post sebab anak2 buat hal. Hari ni pun mood masih tak stable due to keadaan my bro-achik. Dia masih dalam bilik bedah, pukul 9pagi tadi(waktu Malaysia) dia masuk OT dan doktor jangka pembedahannya ambil masa 5jam atau lebih. Sama2 yer kita doakan dia selamat... Sedih sangat time2 macam ni I tak boleh berada disamping dia, hanya mampu mengirim doa yang tak putus2 moga Allah merahmatinya...


Semalam Jepun cuti sempena 文化の日 bunka no hi(=culture day). Sebenarnya selama ni bukannya ambil tau sangat pun pasal cuti2 jepun ni, tau tengok kalender kalau ada tanda merah akan refer pulak kalender kerja myLove kalau ada tanda petak, haaa cuti laa tu(kalau myLove tak cuti, tak nama cuti ler bagi I ni). Kebetulan isnin lepas masa tengok rancangan kuiz kat tv tu ada tanya pasal cuti apa semalam, tu yang boleh ter-tau tu, hehe. Hari cuti beerti tak perlu bangun awai pagi buat breakfast dan bento(=bekal) myLove, maknanya bolehlah bangun lambat sikit(tu pun kalau 2R ni tidur laa), TAPI... yer ada tapinya, tapi hari cuti adalah hari yang sibuk dan memenatkan, yer laa kan, yang cutinya pekerja2, kami surirumah ni mana laa ada cuti, 365hari setahun kami bekerja, non stop 24/7, no shift, no mc, no pay day, no bonus, no yada yada, betoi tak?!

Semalam pagi2 buta-ayam jantan-pun-tak-kokok-lagi pukul 4 2R ni bangun main, depa dua ni macam tau2 ja pak depa cuti tau, saja ja bangun dera mak depa, pak depa sedap ja tidoq(eh bangun jugak laa dekat2 depa nak tidoq, bangun bancuh susu, hehe), mak depa ni dok kelip-pot-kelip-pot tahan ngantuk. Hadoi laa nak oii, tolong laa kesian kat mak hangpa ni, tolong laa tidoq baik2 dari pukul 10malam sampai 6pagi, dengan harapan mak hangpa ni boleh dapat quality sleep, tak laa bangun pagi gaya zombi. Sabar je laa, hish budak 2orang ni... Tak tau laa pukul berapa depa tidur semula, lepas subuh tu I terus pengsan sampai pukul 8.30 terbangun dek bunyi hok-hek-hok-hek si Raziqh. Tengah2 nyusu baru budget nak lelap balik telefon rumah pulak berbunyi, haa tau dah, tu orang nak hantar barang laa tu, memang ada order ayam dll minta hantar pagi selasa. Malas nak bangun jawab phone, lantak pi laa bagi phone tu mati sendiri. Then terus bangun capai tudung get ready tunggu orang pos tu naik, tingtong2 ambil barang then 2R pun bangun. Main2 kejap dengan diorang, myLove ajak keluar.

I masuk dapur sediakan breakfast dan potong2 bahan nak buat inti karipap. Settle semua tu mandikan Rafiqh, bagi dia breakfast, masak inti karipap kemudian mandikan adik pulak. 2R dah siap, I pulak mandi dan bersiap. Pukul 10lebih kami keluar, mula2 ke Hard Off kedai2 barang 2nd hand, tak ada nak beli apa pun, myLove cari apa entah tapi tak jumpa, I just tengok2. Kemudian ke Mr Max, ingatkan nak beli baju untuk budak2 ni tapi tak ada yang berkenan. Kami beli junkfoods, snacks Rafiqh dan beberapa barang lain je. Merayap2 tengok mesin jahit laa, weight scale laa, sedar2 dah pukul 12 lebih dah, terus balik rumah...

Sampai je rumah terus bersilat kat dapur sediakan lunch dan sukat bahan nak buat kulit karipap, campak2 masuk breadmaker(bm) bagi bm tu yang uli. Siap lunch dan tidurkan Raziqh, I pun mula laa kerjakan karipap. Sebenarnya semalam plan nak masak nasi lemak untuk lunch dan nak buat burger Malaysia untuk minum petang. Tapi dah sebab balik rumah pun dah lewat, tak sempat dah nak masak nasi lemak. Burger Malaysia pun cancel sebab isnin lepas kak Hanny order frozen karipap, dia nak datang ambil hari ni, tu yang pulun buat karipap tu. Dah lama tak ambil order ni so rasa2nya lepas ni slowly nak update balik flickr masakan dulu tu untuk jual frozen foods. Untuk masakan macam mee dll tu rasanya tak mampu dah nak ambil tempahan sebab tak menang tangan dengan 2R ni, tapi kalau takat frozen kuih2 tu no hal insyaAllah...

Dok gigih siapkan karipap tu sedar2 dah pukul 6lebih. Punya laa lama menggodek karipap, bukannya apa sangat pun, macam biasalah buat kejap stop then sambung balik, kerja kat rumah ni bukan sikit kan, mana dengan anak2 lagi. Raziqh ni pulak sejak sabtu lepas buat hal tidur sejam gitu je, sebab bilik tidur sejuk kot dia tak selesa. Semalam jenuh jugak laa melayan dia. Penat? Hish mesti laa penat, langsung tak sempat nak rest, bersambung2 buat kerja non stop, lepas satu, satu kerja lagi nak kena bereskan. Tapi tu semua tak penting, yang paling utama ialah kepuasan bila dapat siapkan semuanya tu.

Hajatnya hari ni nak laa puasa memandangkan esok tak boleh puasa sebab myLove cuti, nak pi settle-kan visa dll tu, tapi sebab tensyen dengan anak2 yang meragam semalam I langsung tak dinner. Bancuh kopi satu mug dan makan biskut je, then terus masuk tidur dengan 2R. Akibatnya tengah2 malam tu perut ni krok-krek-krok-krek menahan lapar, nak bangun malas laa pulak, paksa je mata ni pejam.

Rafiqh pura2 tidur...


Raziqh memang betul2 tidur...

Semalam beli kole thomas tu kat Mr Max, dah lama cari kole yang simple gitu(kole rendah berstraw yang ada penutup), masa balik Malaysia hari tu pun melilau cari tapi tak jumpa, banyak jumpa jenis kena tunggang tu. Kat rumah ni macam2 jenis kole/bekas air ada tapi jenis ni senang nak guna especially tang nak train dia minum susu without bottle tu. Selama ni dok pakai kole anpanman+mini straw tu tapi selalu gagal sebab ends up dia main dengan straw. Kalau tak bagi straw pulak dia tak berapa reti nak tunggang sikit2, habis tumpah2. Hari ni dah mula bagi dia minum pakai kole tu, suka kemain laa dia, comel je bekasnya, hehe. Feeding bottle cuma bagi time nak tidur je, nanti slowly boleh "hapuskan" bottle tu terus, ngeh he he...


Frozen karipap yang belum digoreng(gambar atas) dan yang telah siap dipack(gambar bawah). Biasanya sekali buat tu dapat dekat 70biji, pack 50biji dan bakinya disimpan untuk makan sendiri...

205 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 205 of 205
Anonymous said...

It's in fact very complicated in this active life to listen news on TV, therefore I just use web for that reason, and obtain the most up-to-date news.

my web blog; http://www.youtube.com/watch?v=pwex99npRdc

Anonymous said...

Your weblog appears to be having some compatibilty problems in my
internet explorer browser. The text appears to be running off the webpage pretty bad.
If you would like you can e-mail me at: kandacecoyne@zoho.
com and I will shoot you over a screen grab of the problem.


Also visit my webpage linked webpage

Anonymous said...

Wow that was strange. I just wrote an incredibly long
comment but after I clicked submit my comment didn't appear. Grrrr... well I'm not writing all that over again.

Anyways, just wanted to say superb blog!

My web blog; kongres advokata

Anonymous said...

Howdy! I'm at work surfing around your blog from my new apple iphone! Just wanted to say I love reading through your blog and look forward to all your posts! Carry on the great work!

my web-site; optionbinaire ()

Anonymous said...

electronic cigarette reviews, electronic cigarettes, electronic cigarettes, electronic cigarette, e cigarette, e cigarette

«Oldest ‹Older   201 – 205 of 205   Newer› Newest»