Friday, April 10, 2009

Panas

Agaknya sekarang ni dah masuk spring sepenuhnya laa kan. Sepanjang minggu ni cuaca baik je, panas terik. Heater pun tak payah pasang dah, siang2 memang sentiasa buka pintu koridor dapur ni bagi angin masuk, sedap je rasa, nyaman! Time2 macam ni memang syok nak beriadah tapi I masih malas nak keluar dari rumah kalau tak ada urusan penting. Biasanya keluar buang sampah pagi2 buta je, yang ni senang sebab keluar seorang, tinggal Rafiqh kat ayah dia. Kalau nak beli barang atau ada urusan, mesti kumpul 2-3 kerja buat sekali harung. Tak larat nak keluar setiap hari, kat rumah ni pun banyak kerja nak siapkan, ingat surirumah duk rumah goyang kaki ka? :-p

Minggu ni sibuk betul mengemas, "angin" mengemas dah datang, seronok pulak tengok satu persatu kerja selesai... Koridor belakang dah hampir clear, ada sikit2 je lagi, nak tunggu hari boleh buang sampah2 tertentu, baru boleh clear sepenuhnya. Sedap sikit mata memandang...

Sehari dua ni dok kalut membasuh, mesin basuh tu sehari 2-3kali berputar, kuat betul bekerja, jangan kau rosak sudahlah yer, banyak sungguh benda yang nak dibasuh. Winter clothes semua dah get ready untuk disimpan dalam box putih. Lepas ni nak punggah keluar baju2 musim bunga dan musim panas pulak... Harapnya minggu depan dah boleh settle-kan part baju2 ni... Kalau dulu senang ja, satu hari boleh settle semuanya, tak makan pun tak apa, ralit buat kerja, tapi sejak dah ada Rafiqh ni, semua kerja jadi slow, kena buat sikit2, kalau semua nak siap cepat alamatnya berlapar dan terbiar laa pakcik kecik ni...

Hari ni sibuk kemaskan barang2 dalam bilik tidur. Esok dan lusa myLove cuti, bolehlah nak kerah tenaga pindahkan futon2 dan bantal2 dari ruang tamu ke bilik tidur. Dah masuk musim bunga maka berhijrah tempat tidur laa lagi... Dah lama tak guna bilik tidur, rasa excited pulak. Tambahan pulak kedudukan barang nak di susun semula sempena menyambut orang baru ni, hehe, syok sungguh. Tak sabar nak tambah drawer untuk isi barang baby...

Kedai pun dah nampak rupa kedai balik, tak semak dah. Sebelum ni banyak sangat barang, kalau customers datang pun naik malu dibuatnya. Awal minggu hari tu dah susun dah segala yang perlu supaya nampak lebih kemas. Tapi penuh dengan kotak2 jugak laa, kotak2 tu nak isi barang untuk bawa balik Malaysia. Cerita bab kotak nak bawa balik ni, 1 kotak dah penuh diisi baju2 yang nak pindah masuk ke rumah mak, entah berapa banyak barang laa nak bawa balik kali ni, hihi. Tapi tak apa, lapang sikit mata ni tengok almari tak banyak barang, lepas ni pi menyemak rumah mak pulak, hahaha...

Selalunya bila masuk musim bunga ni I sibuk berkebun, tapi kali ni malas laa. Lagi 2bulan dah nak balik Malaysia, tinggal hasil tanaman 3bulan tak berjaga, memang mati laa jawabnya nanti. Pasu2 kat luar tu biarkan je laa, nanti2 sambung balik...

Bila dah panas ni nak buat apa pun senang, nak bergerak pun tak malas2 dah. Bestnya...

4 comments:

Ina said...

betul2. nk wat apa2 pn semangat je. kene pulun habiskan semua. sbb nnt time panas membahang dah tiba pun mcm malas nk wat keje hehe. tp still boleh jd rajinnn gakla kan banding dgn kalau waktu winter. kiter baca fith ada nk urus keta la apa la nape dh nk blk mesia for good ke? bila nk balik tu?

Fith said...

Ina,nak balik for good tu rasanya lambat lagi,plannya dalam 3-4tahun lagi laa.kalau ikut planning 2012 baru nak balik terus.skrg ni bawa blk brg sikit2 supaya tak semput nak keluar duit sekaligus nanti,haha.beriya je cerita nak balik kan,macam dah nak blk sgt laa pulak,hehe.ina lama lagi ker kat sini?

Ina said...

ooo yeke. lama xlama gak la. ingatkan dh nk blk thn depan ke hehe. kami insyaAllah 2011. hubby plan 5 thn je keje sini. xtau la kot tetiba dia nk smbung lama lagi. boss2 dia kt sini lg suka dia dok sini terus haha. syg gak nk tinggal nihon. tambah2 lagi dh simpan 'sesuatu' kt sini. kalau blk ntah bila boleh dpt 'tengok' lagi. rasanya cnfirm la nnt meroyan jugak kot n mesti mcm tercarik2 nnt. konpius adik tgk mak dia nnt haha. tp rasanya cukupla kumpul pengalaman pahit manis kt sini. hidup perlu diteruskan. kiter pn byk lagi impian tak tercapai ni. nak balik mesia n teruskan apa2 yang patut, insyaAllah hehe :D

Fith said...

ooo ina pun tak lama dah laa ye kat sini.
yer la kan,ada kenangan besar kat sini,mesti laa nanti rindu.takper laa jauh dari mata,tetap abadi dekat dalam hati,yer tak.