Tuesday, April 21, 2009

Sampah oh sampah...

Cerita hal sampah pulak hari ni...

Kat sini kalau nak buang sampah kena buang pada hari2 tertentu. Hari2nya tu pulak berbeza antara satu prefecture dengan yang lain... Kalau kat Malaysia, buang sampah ni senang je kan, semua campak je tapi kat sini kena asing2, ada sesetengah tu siap kena bayar lagi! Ish3, buang sampah pun kena bayar! Contoh barang yang kena bayar tu macam peti ais, tv dll, bukan murah pulak tu, hish...

Kat sini hari isnin, rabu dan jumaat adalah hari buang sampah kertas dan nama-gomi(=sampah dari dapur seperti sisa makanan). Khamis pulak untuk plastik. Selasa minggu pertama setiap bulan adalah untuk sampah2 seperti kain baju, kasut, kipas, periuk belanga, pinggan mangkuk, pet-bottle, tin, botol kaca dan banyaklah lagi. Kiranya benda yang tak boleh buang hari isnin, rabu, khamis dan jumaat tu haa boleh laa buang hari selasa ni... Hari selasa minggu kedua setiap bulan pulak adalah hari buang sampah kotak2, surat khabar dan majalah...
Sampah macam bekas polisterin, kotak2 minuman, pet-bottle, tin dan botol kaca tu boleh jugak buang kat supermarket. Diorang memang ada sediakan bekas khas untuk buang semua2 ni, tapi kena make sure kalau polisterin, botol kaca dan tin tu dah siap dicuci, kotak2 tu kena siap2 potong...

Sejak kahwin, memang tugas I membuang sampah2 ni. Jarang2 sangat minta tolong myLove buatkan. Tapi sejak pregnant 2nd baby ni, dia laa yang kena buang mana2 yang berat especially diapers Rafiqh dan kotak2. Kalau sampah nama-gomi tu selalunya I laa yang buang, seminggu sekali je pun. Yang plastik tu pulak 2-3minggu sekali. Yang lain2 tu memang kerja I laa...

Antara contoh sampah hari selasa minggu pertama setiap bulan... Tunggu bulan depan baru boleh buang ni...




Kotak2 yang dah diikat...



Sampah plastik...


Kotak minuman yang dah dipotong dan bekas polisterin...


Kat apartment kami tinggal ni, semua sampah kena buang sebelum pukul 8.30pagi. Kalau time malas sangat, nak2 masa musim sejuk tu, I belasah je buang malam2. Bukan salah pun, cuma makcik2 kat sini kecoh sikit, haha, peduli hapa haku! :-p Malas sungguh nak keluar pagi2 buta pi buang sampah, sejuk... Dah laa duk tingkat 5, hadoi...

Sekarang ni bab sampah mostly semua dah clear. Tunggu hari nak buang je, so nanti I tinggalkan rumah ni cuci-calat, senang hati...

3 comments:

kew_chop said...

bab sampah ni la yang malas. hehehe, semua en hubby yang buatkan. tambah plak ade bb lagi la ngelat soh die yg buat semua. baguskan kat cni, kalo la mesia leh wat camni bersih jekla. ckp pandai, tapi diri sendiri pun malas..

Ina said...

kt mesia nk try cmni la nnt. tp takut dh elok2 kiter asingkan org kutip smph tu g cmpur balik skali sumer huhu. kiter bab buang2 ni serah kt hubby haha. xkoser nk pk. kdg2 terlepas hari berbondong la bungkusan smpah dlm rmh terpaksa tunggu next month :P

Fith said...

Murni,
wah best laa kan boleh ngelat2,hehe.fith mmg kena buat sndr sbb fith lg tau bab sampah ni compare dgn hubby,huhu...
nak amalkan kat msia susah sikit kot.yg part recycle tu pun org buat derk je kan,hahaha

Ina,
kat msia belum ada sistem khas ni lagi,tu yg diorg pun main campur2 je.kat sini kalau buat hal campur2 tu,diorg pulangkan blk sampah tu depan pintu rumah,huhu...
mmg kan,kalau terlepas hari tu adoi laa,penuh dgn sampah.wah best laa hubby yg urus ek,hehe.