Friday, April 17, 2009

Azal, ghail dan ghilah


Beberapa hari ni dok ralit baca buku "90tips kedamaian suami isteri". Secara peribadi I rasa tajuk buku ni tak sesuailah dengan isi kandungannya, hehe, pepandai je :-p. Isi buku ni lebih kepada hal ehwal perkahwinan, tak banyak pun sentuh tentang tajuk buku, tapi tak apa laa kan, banyak jugak info baru yang I dapat. Sekadar nak kongsi kat sini beberapa istilah yang dirasakan menarik.

Azal ialah perbuatan si suami yang menumpahkan air maninya di luar vagina isterinya ketika melakukan hubungan jenis.

Azal ni adalah salah satu cara untuk menjarakkan kelahiran, alah yang kita dok sebut perancang keluarga tu. Bagi umat Yahudi, azal ni berdosa kerana dianggap telah melakukan pembunuhan secara tersembunyi, sebab nutfah yang sepatutnya tumpah dalam rahim isteri diputuskan. Hal ni dibantah oleh Rasulullah SAW bahawa memutuskan nutfah dengan menumpahkannya di luar vagina bukanlah perbuatan tercela kerana nutfah bukanlah barang yang berjiwa. Rasulullah menegaskan jika Allah mengkehendaki, orang yang melakukan azal pun boleh saja membenihkan anak. Oleh itu, dalam Al-Quran tidak ada larangan perbuatan ni. Samalah jugak hal-nya dengan proses2 perancangan keluarga yang lainnya...

Azal ni perbuatan yang mubah, iaitu boleh dilakukan oleh suami terhadap isterinya, tetapi perlulah dapat persetujuan si isteri terlebih dulu...


Ghail ialah suami yang mencampuri isterinya yang sedang hamil.

Pada zaman dahulu, masyarakat arab menganggap persetubuhan ketika isteri sedang hamil akan merosakkan janin dalam kandungan, boleh menyebabkan keguguran atau bayi meninggal. Anggapan ni sedikit sebanyak mempengaruhi Rasulullah ketika itu, tapi apabila Rasulullah melihat bukti2 yang terdapat pada bangsa Rom dan Parsi yang mengamalkan ghail ini, baginda tidak jadi menyatakan keinginannya dalam bentuk larangan.

Oleh itu, Rasulullah tidak melarang suami menggauli isterinya yang sedang hamil. Perbuatan ini juga adalah mubah, pilihan setiap individu selagi mana ianya tidak merosakkan kesihatan suami dan isteri...


Ghilah ialah suami yang mencampuri isterinya yang sedang menyusu badan.

Masyarakat arab sebelum kedatangan islam menganggap hubungan jimak suami dengan isteri yang menyusu tu salah, sebab dibimbangi si isteri tu hamil dalam keadaan masih menyusu.

Alasannya sama jugak macam ghail, Rasulullah juga tidak melarang perbuatan ghilah ini berpandukan kepada bukti2 yang ada pada bangsa Rom dan Parsi.

Dalam konteks hamil dan menyusu ni, ada sesetengah pihak yang memandang ianya salah berpandukan situasi di atas tanpa melihat dengan lebih dalam lagi asal usul nas terbabit.


2 comments:

Ina said...

xtau sgt pn istilah2 ni sumer melainkan yg 1st tuh hehe. btw tq for sharing. wah nmpk mcm ada pak ustaz in d making tu. dh start baca kitab nampak hehe :D

Fith said...

fith pun bukan tahu sangat,apa yg terlintas rasa menarik tu just buh je dlm blog.boleh gak buat reference nanti2.
haha,dia mmg sibuk.tgk org baca buku,nak baca jugak.tp taknak buku sndr,nak baca buku tebal2 mcm mama.amin,hrp2 jd laa tahfiz,hihi