Wednesday, April 8, 2009

Belajar dari kesilapan...

Ni entry suka2 saja tau, bosan dok tunggu cerita Matahari tu tak keluar2 lagi kat web tv3. Mai nak cerita macammana Rafiqh ni diajar belajar dari kesilapan. Mungkin ada ibu2 di luar sana tak bersetuju dengan cara I, terpulang laa kan, hek.

Macam budak2 lain jugak, tengah2 nak membesar ni macam2 benda dia nak cuba, bukan dia tahu pun akibatnya kan... Hah dulu masa anak terbaring je, sibuk suruh meniarap, dah meniarap sibuk suruh mengunjur, dah cekap mengunjur suruh cepat merangkak, dah laju merangkak kalut nak tengok anak berjalan, dah terer berjalan baru mak bapak nak pengsan, hahaha. Bila anak dah start bergerak sendiri, banyak cabarannya kan, nak babyproof rumah laa, nak kontrol itu ini demi keselamatan anak laa. Sikit hari lagi bila dah masuk fasa melasak, tak "menang tangan" dibuatnya, baru nak kelam kelibut suruh anak duk diam2 pulak, macam2!


Rafiqh ni sejak kecil lagi I memang dah biasakan dia untuk faham dengan akibat/kesan dari tindakan dia. Memanglah awal2 tu tak nampak lagi hasilnya tapi budak2 ni mereka belajar dalam diam, dah lama2 nanti baru kita perasan.


1. Iron - semua orang tau iron ni bahaya kan. Kat rumah ni memang iron baju atas lantai je, walaupun jarang2 guna tapi bila time nak guna tu Rafiqh selalu menyibuk sama. Selalunya I iron baju ni time dia tidur atau masa ayahnya ada, boleh tengok2kan dia kat bilik lain. Tapi ada masanya nak kena iron emergency kan. Alkisahnya masa Rafiqh 9bulan gitu, I bagi dia pegang iron yang suam2 tu, menangis laa sekejap, tapi sejak hari tu sampai sekarang dia takkan sentuh iron walaupun iron sejuk kat atas lantai. Kalau I iron baju, dia tak menyibuk dah, tengok2 dari belakang je...


2. Makanan panas - espsecially kuih/cucur yang baru siap masak, suka betul nak kacau pegang2. Dulu I selalu cakap "eh panas tu, sat naih, tunggu sejuk mama suap", tapi tergedik2 nak pegang jugak, so I biar je, haa kena panas2 tu sakit tangan baru tau. Sekarang ni kalau hidang makanan dia takkan kacau dah, kalau acah2 offer dia pegang pun dia akan kata "nanak"(=taknak) atau geleng kepala, nanti mama dan ayah akan ketawa gaya setan, muahaha...


3. Panjat - hobi dia memanjat. Part ni susah sikit sebab kalau jatuh pun seriknya kejap je, seminggu dua kemudian dia akan "hilang ingatan", lupa dah sakit jatuh tu. So biarkan je laa dia terpeleot ker terjelepuk ker, lantak laa. Tapi kalau pi rumah orang/kat luar dia buat macam tu memang dia kena cubit laa jawabnya.

4. Pintu - sekarang ni suka main buka-tutup pintu koridor. I dah pesan banyak kali takut terkepit jari tapi dia tak nak dengar, so biarkan je laa. Minggu lepas terkepit dah, hambik kau, lepas tu tak main dah!

5. Mainan - dulu kan I pernah cerita dia ni kalau simpan mainan dia separuh jalan je, then dia tunggang balik. Lepas training tapi still tak makan saman, I ambil semua mainan dia tu simpan dalam almari. 2bulan lebih jugak laa I simpan, dan selalu cakap kat dia, "tu laa dulu takmau simpan, kan dah kena simpan toys semua, 片付けなかったら、もう遊べないよ(=kalau taknak kemas, tak boleh main dah!)", haa sekarang tau dah lepas main kena simpan sampai habis.

6. Baling barang - ini salah I sendiri, myLove selalu tegur instead of letak baik2 I suka campak2 barang, contoh macam diapers ker baju ker, si Rafiqh ni mengikut je laa. Tapi dia pi baling benda2 berat, yang selalu jadi mangsanya I laa, pernah sampai lebam dahi ni dia baling botol losyen, padan muka sendiri! Satu hari tu dia baling botol susu dia tapi tersalah target naik atas kepala sendiri, hahaha, lepas tu tak baling dah laa, tau pun sakit!


7. Pukul - haa yang ni pun satu hal jugak, part ni mula2 I gundah gulana tengok dia suka tampar2 atau pukul ayah dan mamanya, takut nanti dia terbiasa dan buat macam tu kat orang lain pulak kan, memang dia buat pun kat my juniors. So I google cari info pasal ni, oh rupanya ianya perkara biasa untuk budak 1tahun lebih, mereka baru nak belajar berkomunikasi melalui sentuhan especially dengan orang luar. Tapi takkan nak biar pulak kan, kalau ikut experts diorang suruh jangan melawan/pukul balik, nanti dia akan berterusan macam tu, kita cuma boleh nasihat dan kontrol je, lama2 dia akan stop sendiri. Oh tidak, I tak biar laa, kalau dia pukul orang memang dia free je kena cubit atau tampar kat tangan. Nasib baik laa berkesan jugak cara tu, so dia dah tak pukul2 orang lagi. Baru2 ni pun dia terketuk kepala dia dengan kereta mainan, sakit agaknya, tapi dia ketuk lagi dan lagi, bila tengok dia dok ketuk2 tu I tanya "痛いの?(=sakit?), haa takmau katok2(=ketuk2) orang lagi tau, 痛いよ!(=sakit tau!)"...

8. Toilet - Rafiqh ni jenis penggeli, dia tak sentuh tanah/pasir, takkan pijak rumput kalau tak pakai kasut, takkan masuk toilet, tak makan dengan tangan sendiri dll. Sekarang dia suka naik-turun bendul pemisah antara toilet dengan luar tu. Dia takkan masuk dalam toilet tu tapi saja suka nak main kat situ bila I dok buat kerja dalam toilet. Hari tu dia dok naik-turun, entah macammana dia boleh tergelincir dan jatuh, kepala terhantuk kat wasing machine, menangis laa kan apa lagi, mula laa kena tazkirah free dari mak dia. Bagus jugak jatuh, dah tak main dah.

Nampak kejam kan cara I ni, tapi entah laa, I rasa cara ni agak berkesan jugak, tapi janganlah pulak hentam bagi dia bahayakan diri sendiri pulak. Agak2 laa kan...

Tambahan pulak sekarang ni, untuk persiapkan diri dia yang bakal nak jadi abang tu, I rasa kadang2 I kejam jugaklah kat dia. Kalau dia menangis without reason(read:buat perangai), I akan biar je, jangan harap nak layan. Lama2 dia stop sendiri, haa baru I dukung dan entertain dia. Lepas tu kena bagitau dia laa kan, kenapa dia tak dilayan sebelum tu. Kalau dia nak sesuatu masa I tengah sibuk buat kerja, memang I tak segera penuhi. Melambat2kan dengan cara tarik perhatian dia ke benda lain supaya nanti bila adik ada dan I sibuk dengan adik hingga tak dapat cepat2 penuhi keinginan dia, dia tak laa sedih sangat kan. Sebab dia tau sebelum adik ada lagi mama dah macam tu... Ada setengah ibubapa pilih untuk layan je perangai si anak, nanti2 bila dah tak tahan baru pukul/buat sesuatu. I pulak lebih suka prevent dari awal, apa2 yang rasa tak elok tu halang sejak awal2 dia terbentuk, tak ada laa dia melampaui batas kan. Nanti mana penat dengan adik, dia pulak dok buat hal, time tu baru nak belasah, memang lagi memberontak laa dia kan, haa baru mereng mak dia nanti!

Janganlah pulak kata I tak sayang anak, sayang sangat... Tapi taknak laa sebab sayang dan manjakan sangat dia jadi rosak pulak.

Sekian, entry merapu :-p

4 comments:

fatin51 said...

merapu yg bermakna..bgus cara akak didik rafiqh...moga2 rafiqh akan jadi anak yg soleh..amin~

Fith said...

Amin...Thanks fatin,hehe

p|nKy MaMa said...

izz pon lebih kurg mcm rafiqh jgk..die pn suke sgt nk main iron..pntg tgk dyana nk mengiron kalut ja dia..tp xpenah la biaq bg dia pgg,takut plak..pastu bab jatuh2 tu mmg slalu tp dia xserik pon..lg satu dia suka main kt tempat2 yg boleh menyebabkn jari dia tersepit..pon xserik jgk..
mcm2 la bdk2 ni kan:D

Fith said...

haha,jenis taktau serik laa izz ni yer.tak pun dia tak faham lagi tu,nanti2 dah pandai dia tau laa takmau ulang buat lagi.macam rafiqh ni,la ni tau jugak serik.tp bab jatuh sbb "meghagas" tu tak dak nak serik pun...