3. Sangat mudah terpengaruh dengan tv. Dia suka tengok rancangan kanak2 NHK tu so dia dah mula boleh tiru, baik dari segi perkataan ataupun perbuatan. Kadang2 rasa lawak pulak tengok aksi dia, sebab I dok tengok rancangan tu dengan dia so I tahu laa apa yang dia dok buat tu hasil dari tontonan kat tv.
4. Sangat suka minta didukung atau diriba. Sekarang ni siapa2 pun dia tak kesah dah, asalkan orang tu sanggup dukung atau riba dia. Yang pasti setiap hari ayah laa jadi mangsa, pijak je rumah terus suruh dukung. Kalau dengan I dia suruh jugak tapi I dukung kejap2 je. Bab meriba ni dia jadikan orang macam kerusi, suka2 hati ja nak menenggek, especially depan laptop. Ayahnya nak belikan kerusi kecil untuk dia tapi I tak bagi, cause I tahu nanti dia guna untuk memanjat, baik laa tak payah beli...
5. Menunjukkan minat nak menulis. I akan bagi pencil dan kertas supaya dia boleh menulis, tapi masih dibawah pantauan. Kalau pen/pensel yang dia tak reti buka penutup, I bagi dia main tapi bila dia dah tau cara nak buka, I akan simpan. Tak nak dia conteng dinding! Lepas ni nak belikan board khas untuk dia berkarya, senang sikit nak monitor...
6. Sangat meraikan tetamu, hahaha. Sekarang ni dia cukup seronok kalau orang datang rumah. Biasanya I akan bagitau dia kalau ada sesiapa nak bertandang, so dia macam tertunggu2 kehadiran tetamu, dia jadi extra-alert dengan bunyi2 dari pintu rumah. Dia akan berlari ke arah pintu suruh I buka, padahal orang tak datang pun lagi, haha perasan je lebih...
7. Makin faham dengan arahan. Contoh macam bila I minta sesuatu dari dia, dia akan ambil dan hulurkan. Paling tak pun dia akan pi kat tempat benda yang I minta tu dan tercegat kat situ, kes malas nak ambil laa tu, hish. Kalau ajak mandi ker hapa ker, just sebut je, dia akan pergi sendiri. Senang kerja...
8. Dah mula tunjuk tanda2 nak mengamuk, tapi so far masih under control. Part ni agak mencabar ni...
Tiba2 tak ada idea pulak nak menulis... Cukup laa kot setakat tu je...
Gambar2 ni dah lama dah, 2-3minggu lepas rasanya...
Budak tau panjat tapi takut nak turun. Dulu dia sakan panjat-turun-panjat-terjun meja ni, tapi satu hari tu dia terjelepuk jatuh terlentang, terus serik dah, tapi sat ja pun. Lepas tu berani panjat balik tapi takmau turun sendiri, mesti paksa orang angkat dia. Sekarang ni dia dah lupa dah kisah tragis jatuh tu, siap berdiri lompat balik dah.
Muka confius tak tau nak nangis ka nak senyum bila tengok mama pegang digicam, haha...
Memilih untuk senyum akhirnya... Auta keling betul!
No comments:
Post a Comment