Dari pandangan I yang sangat cetek ilmu agama ni laa kan, tak salah pun kalau kita nak minta apa sekalipun dari Allah, memanglah kalau kita meminta2 dari manusia, manusia tu bosan dan menyampah tapi Allah bukan makhluk, Dia suka hamba-Nya meminta2 dari Dia, sebab hanya Dia yang layak makbulkan segala permintaan kita... Tapi kena ingatlah, meminta itu jugak perlukan usaha, tak bolehlah nak tadah tangan tunggu benda tu tergolek dari langit je kan, kena laa buat sesuatu jugak. Habis ikhtiar kita berserah laa pulak, bersangka baik dengan takdir Allah andaikata apa yang kita hajati tu tak kesampaian...
Semua ibu yang hamil pastinya mengharapkan yang baik2 buat anak dalam kandungannya. Antara doa yang selalu disarankan dibaca para ibu ialah:
Selain dari doa di atas yang tak putus2 dibaca bukan saja lepas solat, I tambah sendiri doa2 lain yang mungkin kalau orang lain dengar dia kata I ni merepek, hahaha... Apapun, doa perlu spesifik untuk dapatkan hasil yang betul2 kita nak...
I minta untuk ada anak yang elok rupa parasnya, bermata dan beralis cantik, berambut hitam lebat, berhidung mancung, montel(memang lahir montel pun, sampai kena bedah :-p. Untuk baby kali ni tak minta dah!), berlesung pipit, berkulit cerah, sempurna anggotanya, baik budi pekertinya, pintar, cergas dan cerdas, beriman bertaqwa, jadi anak yang soleh, anak yang mudah dididik, mudah dinasihati dan bakal menjadi mujahid di jalan islam... Banyaklah lagi, tak tersenarai laa pulak.
Walaupun tak dapat semua yang I minta(dari segi fizikal), tapi I puas hati. Sekurang2nya Rafiqh ada lesung pipit walaupun both of us tak ada, hahaha, bengong sungguh! Tak apalah Allah tak penuhi apa yang I minta dari segi luaran tu, semoga Allah makbulkan segala permintaan yang melibatkan akhlaknya, itu dah lebih dari cukup... Buat apa muka handsome tapi perangai macam penyangak kan? Nauzubillah...
Kenapa kita digalakkan berdoa? Kerana doa mendidik hati, supaya kita tak jadi hamba yang bongkak dan takbur. Jadi, janganlah malu nak berdoa... Lagi laa kalau doa tu dari seorang ibu...
Habis dah khutbah sabtu, hahaha...
2 comments:
Betul tu! Lgpun pada siapa lagi kiter nk mengadu. Lagi byk berdoa means lagi banyak kiter ingat pada Allah. Itulah Allah paling suka sbnrnya kan. I kali ni preggy makin bertambah2 plak doa n zikir yang I amal pdhal masa Abang nyer pn dh cukup byk dh. Cz ada amalan2 tertentu yg I br terjmpa so tambah jela kan. Semakin perut besar makin semput plak nak baca sbb xcukup nafas haha. Kalau time solat hajat kena shortcut sket doa yang maha panjang tu sebut main point je xdescribe lebih2. If not silap2 hari bulan hubby kena bg CPR plak kehkeh ;P
Ina,betul2,mmg semput laa,even nak baca quran pun awal2 tu ja suara kuat,pastu makin slow,hahaha.kalau rajin,kongsi2 laa sama apa amalan ina guna sepanjang preggy ni,boleh jdkan panduan fith,hehe
Post a Comment