Friday, April 3, 2009

Perubahan

Dalam kegawatan ekonomi dunia hari ni, jepun masih mampu buat pelbagai dasar yang I kira cukup baik untuk menjaga hak dan kepentingan rakyatnya. Bermula 1april yang lalu, pelbagai perubahan2 baru diumumkan dan pastinya disambut baik oleh kebanyakan orang awam. Walaupun ada segelintir yang kurang senang, tapi secara peribadi I menilai perubahan2 itu sebagai sesuatu yang positif, tak banyak negara nak bagi keistimewaan2 macam ni di kala dunia berhadapan dengan masalah ekonomi yang meruncing, yer tak?


Sejak tahun lepas lagi PM jepun dah umumkan tentang cadangan untuk beri potongan harga tol highway on weekends, iaitu naik laa dari mana pun dan turun kat mana pun bayarannya hanya ¥1000(+-RM30), best kan? Setelah pelbagai kemungkinan dibahaskan, akhirnya mereka berjaya melaksanakannya bermula 28march lalu. Mengikut perancangan, discount ni akan berlangsung selama 2tahun, selepas 2tahun akan kembali kepada asalnya, namun ada ura2 mengatakan mungkin bayaran tol highway akan dilupuskan terus, wah bestnya... Bila laa Malaysia nak buat macam ni kan, asyik naik je turun tak pernah pulak kan... ops, nanchatte!

Akibat dari potongan harga ni, banyak servis pengangkutan lainnya turut memberi potongan harga, contohnya macam shinkansen, on weekends boleh dapat discount up to 40%, banyak tu... Begitu jugak bagi bas ekspres dan feri, masing2 nak compete kan, so semua turun harga.

Harga minyak dan barangan lain(seperti cheese) pun banyak yang makin turun. I happy sangat bila dengar harga tepung turun mendadak, yer laa kan, kat rumah ni kadang2 1kg tu seminggu je dah habis. Bila harga tepung jatuh, bermakna harga roti, kek dan segala yang berkenaan tepung pun akan turut merosot laa... yiihaaa...

Selain itu, tarif gas dan elektrik jugak mengalami penurunan bermula bulan ni. Bagi I, inilah istimewanya pemerintahan Jepun, bila harga dunia melonjak naik, mereka naikkan harga jugak, tapi bila harga jatuh, mereka turunkan harga bersesuaian dengan harga semasa. Tak laa rakyat rasa terbeban, nampak lebih fleksibel dan adil...

Apa yang lebih menggembirakan, charge bagi minyak untuk airplane jugak mengalami penurunan sehingga 90%++, so lepas ni boleh laa balik Malaysia kerap sebab harga tiket akan jatuh menjunam. Kalau sebelum ni harga tiket sekitar 40,000yen ditambah charge airport dan fuel charge dan segala mak nenek charge yang I sendiri tak tau sangat tu, semuanya akan cecah hampir 80,000yen, tapi sekarang mungkin tak sampai 60,000 pun! 2-3hari ni I rajin laa dok survey harga tiket kat internet, hehe. Maybe nextweek dah start call travel agencies untuk dapatkan fix price, so boleh buat comparison kan...

Tahun ni jugak, bagi baby yang lahir selepas 1 april ni akan menerima 380,000yen(+-RM13 000) dari kerajaan Jepun, peningkatan sebanyak 30,000yen berbanding tahun2 sebelumnya. Rafiqh dulu dapat 350,000yen. I tak pasti adakah bayaran ni sama bagi semua prefectures atau berbeza, siapa2 boleh bagitau? Apapun yang pasti ianya satu perkembangan yang baik laa kan. Who knows lepas ni kerajaan nak naikkan pulak alaun bulanan baby, selama ni Rafiqh dapat 10,000(+-RM300) sebulan, kot2 lepas ni ditambah lagi kan, best laa jugak, hehe...

Ada banyak lagi perubahan yang menyenangkan, nanti bila I dapat catch up dengan new info, I update lagi... I ni nama je dah lebih 6tahun dok sini tapi kadang2 tengok berita tu blur2 lagi, hihi. Kena refer myLove untuk dapatkan gambaran yang tepat. I kena improve my japanese language laa ni, dok rumah jarang berkomunikasi so kinda lembap dah kemahiran pertuturan tu.

2 comments:

Ina said...

bagus2 fith ulas berita semasa dpt gak la tau mcm2. kiter ni lagilah xmengikuti sgt. hish teruk tul ketinggalan hehe. rasanya byran bb baru lahir tu byk gak dgr prefectures yg buat. mcm 1 jepun je hehe ntahlah xsure gak. papepun alhamdulillahhh :D

Fith said...

haha,fith bukan berani sgt nak tulis benda2 gini,takut salah info.bila dah confirm baru laa tulis,hehe.