Thursday, April 16, 2009

Baju baru Rafiqh...

Haa konon2 hari tu cakap takmau shopping baju Rafiqh dah kan, konon2 nak beli time dekat2 nak balik Malaysia sebab dia kekurangan baju lawa2 nak bergaya. Tapi bila I punggah balik semua baju2 spring&summer dia lastyear, keluarkan dari box untuk digunapakai semula, ya Rabbi, kesiannya anak haku ni, baju dia sikit bangat! Terlupa pulak yang semua baju2 yang dia pakai kat rumah dulu tu I dah buang, so yang tinggal hanya baju2 outing je laa. Baju2 outing yang lama tu I bagi dia pakai kat rumah, so maknanya dia dah tak ada baju nak keluar jalan2. I told myLove and got his permission to buy new clothes for Rafiqh, hihi.

Tapi biasalah, being me yang agak berkira nak shopping lebih2 ni I just beli yang betul2 perlu saja. Kami bukannya selalu keluar jalan2 pun, so tak perlu nak membazir... Kali ni I cuma beli 3helai t-shirts, 2helai kemeja, 2helai seluar dan 1 overall. Semuanya I beli saiz besar, untuk budak 2tahun++. Memang nampak besar sikit bila dia pakai tapi tak apa laa, kalau beli muat2 je nextyear dah tak boleh nak pakai, rugi je. Sini bukan macam Malaysia, boleh tibai pakai sepanjang tahun sampai lusuh terus. Habis lama pun 6bulan je nak pakai, tak sempat nak rosak dah masuk musim lain pulak... Boleh je nak simpan bagi adik2 dia pulak pakai, tapi malas laa, nanti tak boleh nak shopping lagi, hahaha.



Part mengemas baju2 semuanya dah settle, mana yang nak pakai dah habis dipunggah dan mana yang takmau pakai dah tu dah habis disimpan. Drawer baby pun dah siap ada, kelengkapannya pun dah diisi penuh. Bila tengok2 balik, banyak lagi baju2 newborn Rafiqh yang tak bersentuh, especially yang hadiah orang bagi, ada yang baru 2-3kali pakai dan ada yang langsung tak pakai lagi. Biasa laa kan, bila hadiah2 ni selalunya buka bila dah habis pantang, eh ker I je gitu ek? Rafiqh masa usia 1bulan dah 5kg, elok habis pantang je ada baju newborn yang muat2 je dia boleh pakai, tu yang tak pakai tu. Jadinya ada banyaklah baju2 newborn dalam simpanan. Bila tengok list hari tu dan fikir2 balik, macam tak perlu je nak beli lagi untuk baby unless kalau girl je kena tambah sikit2 yang warna pink2, hehe. Masa 1st baby dulu tak tau lagi nak budget baju, so memang agak terlebih membeli laa jugak, tapi nasib baik beli saiz besar. Kali ni dah boleh agak berapa helai yang perlu...
Habis dah cerita bab shopping.
Hari ni gloomy je, sejak pagi matahari tak muncul, baju2 yang dibasuh semuanya tak kering. Rafiqh bukan main lagi melayan mata, sedap tidur sebelah heater. Mamanya pulak terkebil2 tak tau nak buat apa, nak baca buku malam2 karang laa pulak kot. Sejak dah habis mabuk2 ni I dah tak biasakan diri untuk tidur siang melainkan kalau penat sangat. Balik dok rumah mak nanti lagi laa, jangan harap dia bagi tidur siang, hahaha. Selalunya I sempat lelap lepas lunch, sementara tunggu zuhur, tu pun tak sampai 1jam. Kenapa tak boleh tidur? Entah, tak tau, my mom kata pregnant2 ni tak elok banyak tidur, tu je. Kat sini memang I malas nak tidur siang sebab malam nanti kalau tak cukup letih, susah mata nak lelap. Bila perut dah besar ni tidur pun mulalah terganggu, so I prefer biar malam2 badan dah tak larat sangat dah, senang sikit, letak kepala terus zzzz...

5 comments:

kew_chop said...

samala gak, ade baju newborn maira dulu x terpakai tapi sampai sekarang takleh pakai coz dpt bb boy la plak. kang pakaikan baju bunga2 tu terkejut bapaknye kang.. bestnye kemas2 nak balik mesia..

Fith said...

tuh laa kan,kalau dapat baby lain gender mesti kena beli untuk dia khas,takleh perturun2 ni...
kemas2 rumah je dulu,brg2 nak bawa blk belum hbs lagi punggah.masih fikir2 apa laa nak bawa blk.murni bila nak blk bercuti Msia?tunjuk zayyan kat sedara-mara

kew_chop said...

tak taula nk balik bile, kalo ade razeki nk balik raye. mak pun nk dtg 6 sampai 14 june ni. tak sabar nk tunggu..

p|nKy MaMa said...

dyana lg la xbyk beli baju utk izz..baju2 yg dia dpt adiah2 tu dr dulu sampai skrg dia dh 10bulan pon boleh lg pakai..jimat duit abah dia hehe

Fith said...

tuh laa kan,kalau semua asyik nak angkut beli,jenuh takdak tempat nak simpan.kalau ikut hati ni mmg berkenan mcm2,tp bawa2 laa bersabar,haha...izz dah 10bln boleh pakai baju2 lama,wah jimat sungguh!