Dalam beberapa hari ni I dah naik "gila" sasau dengan cd ni, kerja merayau dalam internet dok membelek cd, dari satu web lompat web lain pulak, dah tak boleh nak belek pakai tangan, dapat belek dengan mata pun jadi laa... Naik juling jugak dibuatnya, tangan ni dah gatal2, tak sabar pulak nak meng-order... Lepas berbincang dengan myLove, dia kata belikan dulu untuk Rafiqh dari online shop jepun, nanti dah balik Malaysia tambah lagi koleksi cd dari Malaysia pulak. Ok jugak macam tu kan...
So sekarang I kena survey cd kat pasaran jepun ni dulu. Ermmm so far yang I dah jumpa, harganya not bad laa kan since most of the cds are made in US. Sebenarnya I confius tak tau nak beli yang one-size ker yang multi-size, docchi ka na?(=yang mana satu?)... Yang mana lebih berbaloi yer? Kalau ikut logik, of course laa one-size lebih berbaloi kan...
Dan atas nasihat kawan2, sebagai permulaan untuk percubaan memilih kesusaian, I fikir nak beli campur2 jenama.
Setakat yang dok tengok ni, kalau kat yahoo shopping, auction dll tu hampir kesemuanya jenis multi-size, susah sangat nak jumpa yang one-size. Dari banyak2 kedai yang I jenguk pulak, http://appuppu.ocnk.net/ paling memudahkan kerja survey2 ni, so dalam banyak2 jenama yang ada, I dah jatuh cinta sama brand Fuzzibunz, Happy Heinys, Wahmies dan Blueberry. Yang ni semua I tengok yang one-size je, cumanya tak sure semuanya pocket style ker apa ker, ada yang tulis, ada yang tak...
1. Fuzzibunz
Harga around 2490yen(=rm75++), tak banyak patent menarik, tapi warna2nya cantik laa... Tak tulis pocket style ker tak...
2. Happy Heinys
Jenama ni I paling minat, cantik... Yang ni macam2 corak ada, yang plain pun berlambak. Harga around 2450yen(=rm75++) dan pocket style.
Jenama ni I paling minat, cantik... Yang ni macam2 corak ada, yang plain pun berlambak. Harga around 2450yen(=rm75++) dan pocket style.
3. Wahmies
Yang ni memang ada tulis pocket-style cd. Harga around 2200yen(=rm66++).
4. Blueberry
Pocket style cd, mostly sesuai untuk baby 4-16kg, dengan pelbagai corak menarik. Harga sekitar 2980yen(=rm90++).
Boleh tak tolong suggest-kan jenama yang you all rasa bagus, I masih perlukan tunjuk ajar dalam memilih cd ni. CD jenama2 kat atas ni pun ada kat Malaysia kan, harganya lebih kurang je kan? Tolong ya kepada sesiapa yang sudi berkongsi ilmu, amat2 dialu2 dan sangat2lah dihargai...
6 comments:
mai dulu pon pernah berniat nk guna cd nih..pernah tulis entry regarding this topic,tp lama dah n niat pon terkubur macam tu jer sbb kurang ilmu.pastu bila pergi kedai baby yg biasa2 payah nk dapat.tp izmir pernah belikan cd tu from kawan dia yg mmg jual cd.tp maybe sbb tak berapa reti nk memakaikan,or saiz tak fit dgn rayyan,rasa mcm xbesh jer...pastu terus simpan wat pekasam..heheh so fith, nnti kalau dah try sila la bg review yer..mana tau,bole apply utk our next baby ;)
nih entry lama mai kata tu.. xde apa2 pon ;) Cloth diaper
Itu laa pasal kan,sama macam fith,dulu kurang pendedahan.tapi skrg ni sebab ramai dah yg cuba,rasa more confidence laa.insyaAllah cadangnya nak beli dlm masa terdekat ni utk rafiqh,belum terlewat kot nak pakaikan kat rafiqh kan,hehehe.
nanti2 fith tulis lg lps dah beli.boleh mai cuba utk next baby kan,eh bila tu?hihi.tak sabar nak tgk adik rayyan :d
fith, cikyam dah buat review about cd. hope it helps!
Cikyam,thank you so much ya...
fith, nih review CDs dri akak pula ye.in my collection ada beberapa brand, sbb beli sikit2 n slalu amik otoku setto so dia campur2 dalam tu..
happy heiny`S: the most recommended one to the first timer in Cd-ing. sbb dia pakai magic tape n paling mudah nk pakai, just like the disposables. akak ada dua2, one size (OS) and the multisize. yappari OS nye mmg best lah.iA kalau beli tak shippai lah kot.
wahmies: also have both snap button type n hook tu. mcm review cikyam, fabric dia mmg best. cuma hook tuh ramai yg tak suka, but akak no prob sgt kot since hook dia bagus dri segi senang nk adjust. boleh fit hampir sumer size dan jenis badan baby. cuma mmg leceh sikitlah, amik masa nk hook n unhook tu. huhu.
blueberry; comey, best, tp kt jepon mahal lah.akak punya jenis snap button.
econappy swaddlebees: nih OS,comey dan lbh kurg blueberry cuma fabric dia lain sket. (xigat jenis apa, malas nk check balik.hehe). yg xbest sbb akak punya tu velcro. mmg jenis payah nk bukak (refer review cikyam). harga dia pon sama mahal mcm blueberry sbb tuh akak xminat nak beli sgt.
swaddlebees: pocket type,multisize. antara byk3 yg pakai snap button dlm collection akak, yg nih paling mudah nak pakai. harga pon otegoro.button dia sikit je.pakai pon kemas. cuma bab nak masukkan inserts tuh payah sikit sbb cutting dia ngam2 je. n tak boleh bubuh inserts banyak2 sbb sempit dalam tu.tp elok2 je time dipakai.
fuzzibunz: akak ada byk CD yg nih.multisize pocket diaper. sgt2 recommended.senang pakai, cutting pon kemas,harga pon OK. as for my son, akak beli size M (masa umur 12bulan), and smpi sekarang (umur 21bulan) pon masih yoyuu lagi. saiz M la kot yg paling lama tempoh pemakaian utk babies n toddlers, so berbaloi kalau beli lebih.
mommy`s touch;akak ada all-in-one (AIO) n juga pocket type.dua2 jenis akak suka. AIO tu sbb dh siap inserts dijahit sekali pd CD so tinggal pakai je, disposable diapers to issyou.
utk pocket type,org dok complaint yg pocket dia tak de penutup. (?)camne ek nk explain, means, hujung satu lg tu pon tak berjahit, so inserts boleh dimasukkan both dri depan atau belakang.bagusnya, mudah masa nak keluarkan sbb main goncang2 gitu je pon inserts dah boleh jatuh tanpa perlu kita pegang inserts yg lencun tu.akak ada both magic tapes n velcro. dua2 akak suka. cuma snap tuh byk sgt butang, so kalau xbiasa mmg mendoukusai sketlah. magic tape OK, best. n ruang pocket dia pon agak beso, yoyuu utk bubuh inserts tebal2..(in case nak pakai waktu malam mmg sesuai)
starbunz; sgt kawaiii, cutting sgt kemas, multisize dan senang dipakai sbb button nya sikit.tp harga mahal sket lah.
so utk permulaan, osusume dri akak (utk kegunaan rafiqh esp.) ialah happy heiny`s onesize dan juga fuzzibunz saiz M.wahmies (snap button) pon best.
n utk inserts, di samping yg microfleece ataupon jenis prefold, etc,akak osusume hemp inserts utk pakai malam. kadar serapan taklah secepat microfleece, tp boleh menyerap byk. so selalunya akak gabungkan microfleece selai dgn hemp insert selai utk malam. 12jam pon tak bocor setakat ni. tp lencun lah. hehe.
(btw, kat kedai "bluebear" tgh buat sale (otoku setto) sempena masuknya spring. kot2 fith nak pi tgk2..n kedai nih kalau beli lbh 7000yen postal charge dia free.)
tu je dulu. hope it helps too.gomenne, pnjg sgt komen ni.
Ojasamid,
terima kasih banyak2 kak,sangat membantu penerangan akak ni.since most of the brands yang akak mentioned tu fith pernah tgk kat sini,lg laa senang nak refer,thank you so much.
nak komen panjang2 pun no hal,sgt dialu2kan,hehe.nanti fith nak copy comment akak ni buat entry ya,cause sure ramai lg ibu2 kat luar sana nak tau detail about cds ni kan.arigatou ne...
Post a Comment