Tuesday, April 28, 2009

Cakes

Hari tu cerita pasal roti, hari ni nak cerita pasal kek laa pulak, haa jangan pulak ada yang teringin ek... *jeling2 kat Ina* hahaha...


Ni antara kek yang dibuat sepanjang minggu lepas, minggu lepas diisytihar sebagai minggu kek sedunia! Mula2 buat kek coklat sebab ada tetamu datang rumah. Resepi diambil dari fendi75 kat myResepi. I buat setengah adunan je, kurangkan gula dan tambah choc chips dan badam cincang. Stok choc chips rumah ni ada lebih dari 1kg, tu yang dok membazir tu, hahaha, Rafiqh pun rajin meratah, entah bila nak habis, jangan kau rosak udah ler, sayang woo, kat sini choc chips mahal. Sedap kek ni, lembut dan moist. Dah lama tak makan choc cake yang sedap, so kira resepi ni memang best lah!

I malas nak salin resepinya, sesiapa nak cuba sila rujuk web ni yer...
http://www.myresipi.com/top/detail/1


Ni pulak kek marble trio. Tapi tak sempat nak warnakan sebab si Rafiqh kalut nak tidur, dok tarik seluar mak dia ja, haihhh. Buh 2 warna ja, lepas tu dia tolong sama campak2, hasilnya taraa, buruk nak mampuih! hahaha, tapi ok laa rasanya sedap! Kek ni dah banyak kali dah I buat, memang kena kurangkan gula sebab manis sikit. Dalam bahan2 tu ada gliserin, tapi I taktau menatang hapa benda alah tu, bantai buh freshmilk je... Ni resepi dari MatGebu...
http://www.myresipi.com/top/detail/848




Ni pulak kek pisang, rasanya dah pernah buh dah resepinya kan. Dulu ambil gambar bahagian atas je, ni nak buh gambar bahagian isinya pulak... Rafiqh suka sangat kek pisang ni... Resepi dari Yani kat myResepi...
http://www.myresipi.com/top/detail/3

Last sekali ialah banana-raisin muffin untuk Rafiqh. Yang ni resepi belasah je, kes nak habiskan pisang, yogurt dan kismis.


Alahai, macammana laa badan tak gemuk kan, haha. Minggu ni minggu hibernasi, masak simple2 je... Khamis ni nak pi klinik untuk check up, nanti nak tengok result-nya bagus ker haprak.

5 comments:

Ina said...

ahaha! nasib baik peknen kali ni xde hati sgt nk mkn kek. oven tu skrg ni rajin bakar roti je. selain tu rajin wat kuih (berjangkit dgn fith :P smlm wat cucur badak frozen :D). last buat kek masa bln 2 anniversary ritu. next rasanya bln 7 nnt bday hubby. nasib baik bln 5 dpn bday budak tu xyah wat kek cuma baca yaasin je (kalau dia ada pn mcm lah dh bleh mkn kek :P) ahaha! kalau peknen sblm ni leh kata tetiap mggu wat kek hoho. if not harusla result gula dpt +++ sokmo gak peknen kali ni. tripple tuh! even xde diabetes tp sensitip sgt dgn gula bdn ni :P

kek yg 1st tu dh penah wat n mmg sedap sgt2. kiter skrg wat kek coklat, stick dgn resepi tu je.

kew_chop said...

terliurnye kek coklat tu. bile la dpt start wat cake n kuih balik ni. asal anak tido jek, mak tido. mane ade mase nk buat, hihihi. fith nk no keitai bley..

Fith said...

Ina,
sugoi na,memang tabik ah ina berjaya kontrol nafsu,hehe.fith ni ntah bila nak stop menggemukkan diri ni.tapi lepas ni dah nekad dah,takmau buat kek sampai jun,haha.bila dah pregnant ni mcm2 prob kesihatan senang nak kena.klau time normal takde masalah gula,time pregnant senang sgt laa nak dpt + tu kan,kena hati2 ni,nasihat utk diri sndr,hehe.

Murni,
kena rest byk2 dulu murni,nanti dah segar bugar,boleh kembali aktif di dapur.
ni no keitai fith: 080-3872-5383 btw,fith pakai softbank.sudi2kanlah sms yer,hihi

Ina said...

fith nk salin gak no keitai. nnt leh kacau2 hehe. xpun kot2 mana tau terrrsampai area rumah fith ke leh la cntct n serang (cehhh zaman bila la tuh ;P) hehe.

Fith said...

Ina,
sila2,kacau ler,haha.
bunyi cam dekat je terrrrsampai tu kan,haha...