Friday, April 17, 2009

Visa baby

Entry ni dah lama terperap sebagai draft, atas permintaan Ina http://thelittlesecret.wordpress.com/ , I cerita laa serba sedikit yang I tahu based on my own experience...

Kalau diingat2kan balik kenangan masa nak dapatkan visa Rafiqh ni, aduhai sakit sungguh hati ni dibuatnya. I malas nak ungkit2 lagi dah, kalau nak cerita memang panjanglah entry ni nanti. Ambil point penting saja laa. Apapun, harapnya lepas ni nak apply untuk baby tidaklah serumit masa Rafiqh dulu...

Ada 2jenis visa yang boleh dimohon oleh ahli keluarga bagi sesiapa yang menetap di Jepun ni. In my case, myLove bekerja di sini, I memegang dependent visa di bawah visa myLove, so Rafiqh yang dilahirkan di Malaysia, untuk datang ke sini dia perlukan visa.

Rafiqh boleh memohon samada tourist visa atau dependent visa. Bezanya ialah kalau tourist visa tu once dah sampai sini kena tukar laa ke dependent visa sebab ia limit for 90days only. Kalau dah mohon dependent visa awal2 sejak kat Malaysia, no need to do anything dah laa kan... Tapi untuk dapatkan dependent visa, myLove has to apply for COE(Certificate of Eligibility) from Japan Immigration. Immigration kat tempat kami tinggal ni buka once a week je, pi mai pi mai nak pos dokumen dari Malaysia ke sini dan segala hal lagi, ianya akan ambil masa lebih sebulan untuk settle. Disebabkan I nak balik secepat mungkin so kami decided to apply the tourist visa.

Ni website embassy:
http://www.my.emb-japan.go.jp/index.htm

Kalau rujuk kepada dokumen yang disenarai, alahai senang nak mampuih, in fact sebelum Rafiqh lahir lagi most of the documents dah pun siap ada - mana yang nak di-translate dah di-translate, mana yang nak diphotostat dah diphotostat, pendek kata tunggu Rafiqh lahir, dapatkan sijil kelahiran dan buat pasport then submit je laa... I mula kumpul info berkaitan visa ni sebulan sebelum Rafiqh lahir, I called embassy 2times to confirm the documents, dah laa dapat layanan macam nak tak nak je, then semua yang depa bagitau tu memang mudah sangatlah, walhal bila dah submit banyak pulak yang depa nak lagi. Sebelum usia Rafiqh 1bulan lagi I dah submit permohonan visa tu, tapi last minute baru approved, last minute tu ialah pukul 4petang a day before flight! Hati siapa tak terbakar kan, hish, tercerita pulak, hahaha... Ok2, mungkin I hanya kurang bernasib baik pada masa tu, tapi seriously I tak tahu kenapa diorang perlu ambil masa yang terlalu lama untuk proses permohonan. Adakah silap I berurusan melalui travel agency atau sebab permohonan dihantar ke consular-general of Japan in Penang or what?! Enough about that!

Ini antara dokumen yang I masih ingat depa minta dulu:
1. invitation letter from myLove
2. copy pasport myLove
3. copy alien-card myLove
4. copy account-book myLove(actually they asked for penyata bank, tapi kat sini tak ada penyata bank, so I just bagi salinan buku akaun yang menyatakan berapa baki duit myLove at that time)
5. copy sijil nikah asal
6. sijil nikah yang di-translate *
7. copy sijil kelahiran myLove
8. sijil kelahiran yang di-translate *
9. copy slip gaji myLove
10. surat ber-inkan(=cop) dari company myLove kerja
11. copy sijil kerja myLove(sijil ni dapat dari immigration)
12. copy sijil kelahiran baby asal
13. sijil kelahiran baby yang di-translate
14. copy pasport baby

Yang bertanda * tak penting rasanya, tapi dah sebab memang sedia ada jadi I bagi je laa...

Note: I mohon visa Rafiqh ni bulan januari 2008, so mungkin sekarang dah ada perubahan.

Apapun, harap sangat untuk baby kali ni prosesnya lebih smooth, sebab nak apply tourist visa jugak.

6 comments:

Dandelion said...

Thanks a lot Fith! Ni berguna betul ni kalau2 tetiba terbalik Mesia ke bersalin sana hehe. Kena prepare je pape patut siap2 in case apa2 sng. Parents kat rmh xhbs2 tanya xnak balik ke? hehe. Tulah kalau call mmg mcm nk layan xlayan pastu ended up byk plak benda dia nk. Hubby pn pernah call dolu2 masa memula nk bwk kiter visit dia. Papepun moga urusan kiter semua dipermudahkan, InsyaAllah.

Fith said...

Aah ina,yang penting get ready semua2 dulu.hrp2 semuanya lbh dipermudahkan...
yer la kan,parents ina mesti seronok kalau ina balik bersalin sana,hehe.mcm fith ni semua dok tunggu2 je kami blk,alah diorg rindu kat rafiqh lbh dari maknya.kalau Allah izinkan,kali ni pun fith bersalin di msia laa.

kew_chop said...

tula, kadang2 bengang ngan urusan visa ni. anak2 kite plak takde mykid. ritu balik mesia ade yng ckp kene buat, ade yang ckp tak payah kalo lahirkan obersi neh. last2 mase dah nak pegi wat tu ckp tak payah wat plak. huhuhu, mana satu betui taktaula..

Fith said...

laa ye ker.sistem ntah apa2 kan,mcm takde penyelarasan pulak.better check betul2 laa murni,mengong sungguh diorg tu,haha.

mommy izzdanish said...

hehe..sorry fith..wat forum plak kt cni:p psl urus visa ngan embassy jpn kt penang..mmg sakithati!!kena byk bersabar...dl masa mak+abah nk mai jpon pon..gtu le...sian..kena turun naik penang 2-3x jugak...
mur..pasal my kid..sy penah apply..tau x pej pendaftaran kt apa??kata..bb lahir overc xleh wat mykid..leh wat mykad sj(bila umur 12)..so sgt le sakit hatiiiiiii!!jenuh haku nak usung surat beranak yg saiz a4 tuh...apa punya alasan birokrasi/undang2 pon xtahu le...

Fith said...

Shima,
tuh laa pasal.kali ni pun chotto kowai to shinpai yo,masa family fith nak mai lastyear pun punya laa byk kerenah.mmg selalu sgt dgr embassy jepun ni byk songeh,huhu.sabar je laa kan.
laa pulak dah,klau lahir oversea takde mykid?apa punya sistem daa.hampeh sungguh!dah namapun warganegara msia,bg je laa buat kan,ngok betul depa ni.