Hari ni I puasa, membayar nazar. Tak banyak pun, 3hari je. Tapi kalau boleh nak konsisten puasa sunat hingga balik Malaysia nanti. Kenapa? Sebab I dah risau tahap gaban dah ni, takut melihat bacaan penimbang berat badan dan gerun tengok badan sendiri, hahaha...
Kononnya dengan berpuasa, tak laa asyik makan je waktu siang ni. Malam no hal sangat sebab I jenis yang dinner pukul 7lebih, lepas dinner memang tak makan apa dah... Cuma siang ni, memang tak tahan nafsu sikit. Maklum laa dok kat rumah je kan, makanan depan mata... Tambah2 lagi bosan tak ada kerja, rajin laa dok tengok blog masakan orang then try resepi2 baru. Dah masak kena laa makan, takkan nak buang pulak :-p Haa dah bila asyik makan je, memang laa berat naik. Hish, tensyen betul!
Lebih kurang 3minggu lepas, bacaan berat I 51.5kg, minggu ni timbang dah 53kg, wooo bahaya2... Memanglah sekarang ni tak boleh nak diet kan, tapi boleh kontrol pemakanan, salah satu caranya ialah dengan berpuasa... Dapat puasa seminggu 2kali pun dah ok dah...
Eh tapi macam rosak je plan nak kontrol pemakanan tu, ni baru siap menggodek puding roti ni, hahaha. Semalam buat sebuku soft-bread, buat sahur sekeping then myLove buat breakfast sekeping, banyak lagi baki roti, tu yang terfikir nak buat puding roti tu... Takper2, nanti sumbat Rafiqh makan banyak2, hehehe...
Bawah ni gambar2 semalam, masa nak pi studio gambar. Susah betul nak ambil gambar Rafiqh ni sekarang, suka sangat berjalan, hadoi. Nasib baik laa masa kat studio tu mood dia baik, asyik ketawa je, tu pun satu hal jugak tu, kami pun nak tergelak dibuatnya... Tengok laa gambar 3 of us kat bawah tu, punya laa montel muka I, hahaha. Sabtu lepas masa dok sembang dengan my juniors, bila dok bercerita bab diet2 ni, diorang dok kata yang I ni tak nampak gemuk, nampak biasa jer. Errrkkk, biar betul diorang ni, ker nak jaga hati I je, cet! Lepas tu mula laa keluar teori baby boy baby girl, hahaha, merepek je, layan je laa, buat bahan ketawa...
Montelnya mama, hahaha...
Oh tidakkk... Walaupun cuma 3kg lebih dari berat masa dok susukan Rafiqh dulu, tetap tak mau jugak!
4 comments:
comeynye ape fith montel cenggitu. nanti pas bersalin, dietla sungguh2. hehehe, ckp kat org pandaila tapi diri sendiri pun gemuks tahap gaban nehh.
haha tang nak diet lepas bersalin tu yang takut tu.mgkn sbb wean-kan rafiqh,berat senang naik.
murni fully bf zayyan ker?pasni slim laa tu,insyaallah...takyah kontrol makan pun takpe,bf je senang,hihi...
fith even berat naik tp xnaik kt muka kot. mmg muka fith nmpk kurus. sbb tu kot org xnmpk fith makin berat. somehow betul jugak, kot2 berat tang perut je kot adik rafiqh yg sihat hehe. kiter ni dlm xnaik sgt tp hubby kata muka dh mcm nmpk dh double chin tu huhu. mmg muka kiter jenis bulat n sng sgt affected tang muka ni even berat naik sket pun :P
Ina,
kali ni rasa lain sgt.masa rafiqh dulu mmg byk naik tang rafiqh/perut.tp kali ni fith rasa baby tak besar,even perut pun biasa je,tp badan sndr yg menggemuk.oh tidak,hahaha.ni nasib baik hubby tak ckp apa2 lg,klau tak,lagi ler fith gelabah,hehe.owh ina best lagi tu,berat maintain lg...
Post a Comment