Thursday, April 2, 2009

Semalam

Semalam tak sempat nak update blog. Selepas habis kemas rumah pagi tu, my junior message cakap nak datang bawa kohai 1nen(=junior 1st year) jalan2 ke rumah lepas asar. So I ni dok fikir laa nak masak apa yer untuk minum petang. Terlintas nak buat kek pisang lagi sebab hari tu macam tak puas pun makan. Terus ke dapur dan keluarkan bahan2, as usual buat separuh adunan saja laa. Tengah sukat2 bahan tiba2 loceng rumah pulak berbunyi, pergi laa jenguk siapa pulak laa yang datang. Oh jiran rupanya, datang hantar mochi dan sebiji bola kecil untuk Rafiqh, alhamdulillah... Ajak dia masuk dan sembang2 dekat sejam jugak laa. Lepas dia dah balik barulah sambung buat kek. Tengah2 dok mixer bahan2 tu myLove pulak terjongol balik kerja. Semalam kan 1 april, jepun ni dari tadika sampai laa ke universiti depa mulakan persekolahan pada bulan april, bagi fresh graduate pun depa mulakan kerja pada 1 april. So kiranya semalam myLove bukannya pi kerja pun, dia pi dengar presentation laa hapa laa yang dibuat oleh pihak syarikat. Seperti tahun2 lalu jugak, dia akan pergi half day je, lepas rehat tengahari tu dia cabut balik, hahaha.

Bila I tanya dia dah lunch ker belum, katanya belum. So tanya laa pulak, nak buat nasi goreng ker since nasi bekal dia tu dah sejuk, dia kata nak. Terpaksa laa tinggalkan kek tu kejap dan gorengkan nasi. Settle bab lunch myLove baru sambung buat kek. Nasib laa kek tu tak terbantut kan, pukul-stop-pukul-stop, kalau buatnya kek tu merajuk, hampeh jer. Dah selesai bakar kek baru laa melayan si Rafiqh ni. Rafiqh tengok ayahnya balik awal, dia buat muka blank. Macam faham2 je baru pukul berapa time tu. Yer laa kan, dia belum tidur petang, alih2 ayah dah balik, mesti laa dia hairan, hahaha. Dah kalau ayahnya ada, memang seksa laa nak bagi dia tidur. Dia asyik nak main jer, menggedik sungguh. Pukul 2lebih baru dia terlelap.

Lepas asar, I bancuh tepung untuk buat tenpura sayur(kentang, jagung, karot dll). Sambil2 tu bakar mochi jugak. Junior2 tu sampai, borak2 sambil minum petang dan malamnya bersilat kat dapur masak untuk dinner. Tak sempat sangat pun nak hadap laptop ni. YM tu online je tapi Rafiqh laa selalu ambil alih kuasa, kadang2 tu selamber dia jer pi msg siapa2 entah. Pernah sekali tu dia pi call my junior kat ym. Junior lelaki pulak tu, mau tak gelabah mak dia ni kan. Hish, sabar je laa...

Hari ni pagi2 tadi terasa nak makan kuih lapis. Lepas lunch tadi buat laa, hehe, tak jadi. Bekas kukus mak bagi tu kecil sangat, tak muat pun nak isi loyang I tu, akibatnya tak dapat tutup penuh. Apa kes pi kukus tapi tak tutup sepenuhnya kan, hahaha, bengong sungguh! Last2 kuih lapis tak jadi, nasib baik laa buat setengah adunan je, tak laa ralat sangat rasa. I sambung bakar pakai oven je, boleh laa nak makan. Resepinya sedap sebab lembut je kuih tu, next time boleh try lagi, tapi kena pi beli loyang kecil dulu laa...

Petang ni ada appoinment nak pi check up baby. Minggu ni makan tak hingat punya, dapat results tak elok baru tau, hmmm.

No comments: