Semalam, macam biasalah myLove pi main bola, I pulak ke rumah my junior nak ambil mesin jahit, lepas tu terus ke 100yen shop mencari kotak2 untuk operasi mengemas rumah ni... Tiba2 ternampak satu benda yang menarik, terus datang idea nak jadikan benda ni bekas simpan toys Rafiqh.
Benda ni sebenarnya untuk isi pakaian kotor kan, tapi bantai ja laa buh barang2 Rafiqh, cute laa jugak, murah pulak tu... Yang penting benda ni senang dia nak tunggang sebab ringan, sekali tarik dah tumbang, boleh dia punggah balik apa2 yang dia nak main...
Elok sampai rumah mamanya yang terlebih excited terus pasang, ambil segala mak-neka toys dia campak masuk dalam tu. Sebab dah masuk maghrib, I masuk toilet nak berwudu', bila keluar je tengok2 aiks ruang dapur dah clear, semua mainan yang bersepah dah elok duk dalam bekas tu. Bagus sungguh, terus prektis menyimpan, habis dengan selipar mama pun dia buh sama. Sekarang ni habis je main semua simpan dalam tu. Bukan setakat mainan, apa saja yang dia nampak terbiar tu semua campak ja masuk. Lepas ni kalau hilang apa2, tau dah mana nak cari... Good boy! Jangan hangat2 tahi ayam dah laa yer...
3 comments:
haa nenek dia suruh ajar takut nnt dia buat projek masa balik kg nnt kot. tambah2 nnt ramai geng sakan la kot hahaha. auntie memain je naa rafiqh! slamat tolong mama mengemas! :D
aah, kene ajar awal2. senang. tapi kalo dah besar cam maira ni pandai plak die cari alasan pas main kate nemui nak tido, bertuah nye anak.. anak anak.. pening pala omak ni haaa..
Ina,
memang pun.nenek dia takut karang rumah dia bersepah,haha.
Murni,
haa tu laa kan,dah makin besar banyak laa akal dia nak kelentong mak dia pulak,haha.pandai sungguh nak ngelat,naya mak dia yang kena simpan,hehe.
Post a Comment